Wednesday, May 28, 2014

Makan seafood di The Manhattan Fish Market

Salam readers...

Buat sekalian kalinya, aku teringin sangat nak makan seafood.
Nak pergi Klang, jauh benor.
Mr. Driver malas nak drive jauh-jauh bawak mem besor ni.
Dan seperti biase, Mr.Driver akan bawak aku pergi makan di The Manhattan Fish Market (TMFM).
Makanan kat sini memang tak pernah buat aku muak.


My Mr. Driver aka buah hati aka FZ. hehe


FZ cakap baju aku ni liplapliplap macam Michael Jackson.
Hoihh... ni jubah ok.
MJ mane de pakai jubah!
Saje je nak ngutuk ai kann!


Muka layu sebab penat sangat melayan karenah makwe yang banyak karenah.


Inilah makwe yang banyak karenah itteww..
Hehehe...


Api...api...api...
Kitorang order Flaming seafood platter.
Sebab tu ada flame camni.
Set yang ni memang jadi kegemaran aku sebab murah dan banyak.


Ada udang, ada calamari, ada mussels, ada ikangg, ada chips.
Dan paling penting ada nasi yang sedap itu.
Kongsi 2 orang untuk 1 set ni.
Memang sangat kenyang!



Monday, May 26, 2014

Food review : The cafe chicken BBQ, Plaza Pantai

Salam readers...

Kengkawan opis kemain lagi duk push aku jadi blogger terkenal.
Uiksss... takmo la aku!
Bukan target aku untuk jadi blogger terkenal pon.
Cukup sekadar ada readers yang dah sedia ada, campur dengan stalker & silent reader... itupun dah cukup.
Takde la aku syok sendiri update entri banyak-banyak tapi takde reader.
Sangat forever alone disitu.

Member opis suggest aku untuk buat entri berkenaan dengan food review.
Aku ok je sebab kitorang pun sekarang asik makan kat luar dan lain-lain kedai, plus aku dan FZ pun selalu keluar makan.
Bila aku pikir balik, ok jugak tu.
Boleh kongsi pengalaman & komen mengenai restoran-restoran yang kitorang pergi.

First entry untuk food review ni, aku nak review restoran yang baru dibuka kat sebelah opis kitorang.
The Cafe BBQ Chicken.

First day opening, memang ramai sangat-sangat orang.
Orang ramai sanggup beratur panjang!
Me is tak sanggup la nak beratur panjang.
2nd day pun sama.
Orang ramai jugak.

Then, aku dan opismate plan nak pergi restoran tu on Monday (19 May 2014) dengan harapan on Monday tu kan semua orang busy.
So senang nak dapat seat.
Tapi rupa-rupanya orang ramai jugakkk... tapi dah rezeki makan kat situ, kitorang dapat meja yang kosong.

Makanan kat situ quite tempting.
Rasa macam semua aku nak makan...  gittewww..
Orang gemuk memang kuat makan kan.. hehe.
Tapi bila melihatkan harga setiap satu makanan, maka baiklah kita order satu-satu je dulu.
Next time kalau ok, then kite boleh repeat makan lagi.
Alah, kate sebelah opis je kan.

Sambil tengok makanan, sambil tu la aku snap menu-menu buat tatapan para pembaca.
Kot la nak try makan kat sini, nanti boleh tengok-tengok dulu nak makan ape.
Dan senang nak siapkan bajet.


Aneka jenis spaghetti.


Pizza pun ada.




Sides.


Yang ni memang memikat kalbu.
Terliur je nak makan.
Tapi kena tahan nafsu. Tunggu gaji masuk, baru kite beli eh.


Dessert yang sangat tempting.


Aneka jenis minuman.
Ada yang sejuk.


Ada jugak minuman panas.


Ice blended pon ada la!


Buat masa sekarang ni ada package lunch meal.


Special meal for student pon ada!


Aneka jenus sup.


Yang ni nampak cam sedap.
Next time la try.



Untuk vegetarian people, aneka jenis salad ada dijual.


Sesape yang tak suka western tapi sukakan nasi-nasi, dun worry.
Kat sini juga ada dijual nasi.
Pineapple olive rice tu nampak cam sedap.
Next time will try.

Eh, semuanya asik next time je..



Their signature dish - Jerk BBQ.
Tengok ayam nye pon dah buat aku terliur dah..


Chicken meal berserta dengan ayam dari pelbagai jenis dan berlainan sos & cara masakan.



Nak makan ayam sesaja pun boleh.
Ni boleh dikira side dish jugak la.



Aneka jenis pasta...


Great Taste, Eat Fresh!


Nampak tak ada ramai orang beratur depan kedai.




Kitorang dapat meja kat outdoor je.
Itu je meja yang kosong masa kitorang sampai.


Azleen.


Maziah.


Me.


Datang 3 orang tapi air sampai 4 gelas.
Heheh... kitorang dapat free 1 air.


Pizza margarita.
Pizza ni sesuai untuk vege sebab langsung takde daging.


Cheese tuu... cheesee tuuu.... nampak sedap je!
Pizza ni leen yang order.


Yang ni aku punya Korean BBQ.
Sedap!!!
The chicken is soooooo moist & tender!!
Rasa cam nak repeat balik je.


Yang ni maziah punya.
Hot hot drum.
Maziah kata yang ni pun sedap.


Menu kami.

Nak order lebih-lebih kang tak berani.
Takut membazir.

So far aku tengok menu kat sini semuanya ok dan sedap.
Cuma portion kecik.
Nasi tu sekadar 5-6 suap je, dah habis.
Dan the service is soooo lembabb.
Ada dua orang chinese girls yang tukang amik order asiklah menggelabah.
Berlari sana sini macam tak pro langsung buat kerja.
Suppose as a waitress, kena la cool je time amik order.

Kitorang tunggu almost 45 minutes, barulah makanan sampai.
Nasib la kami anak-anak gadis yang hot ni sangat penyabar.
Kalau tak, maunya naik atas meja sambil hentak-hentak kaki.


Friday, May 23, 2014

Lunch date seksisstari

Salam readers...

7 May 2014, aku ada lunch date dengan kengkawan seksissssstari.
Seksis sangat kan.
Hehehe...

Aku kan secretary. So ada la kawan-kawan dikalangan secretary jugak.
Siapa lagi kalau bukan the gojes Ayu & the vogue mama Era.
Amboiihh, mama Era sangat kan. 
Jangan marah tau Kak Era. Ngeeee...

Tapi sayangnyaaa... perjumpaan kitorang tu tak cukup sorang lagi member.
Jen Jen.
Dia busy bebenor ada workshop kat hotel sebelah opis aku ni.
Secretary memang cenggitu.
Kalau ada masa free, freeee je la takde kije goyang kaki.
Kalau datang waktu busy, busy sesangat sampai tak sempat nak rehat.
So memang kitorang paham la kenapa Jen Jen tak dapat join lunch date kitorang on that day.

Kalau lunch date dengan geng-geng secretary, takde dah tempat lain.
Mesti kat San Francisco cafe bawah opis aku.
Senang sikit makan kat sini.
Tak pack dan service pun cepat.



Yang tudung ijo tu la mama Era.
Sangat la santekkk bila dia pakai tudung camtu.
Yang si baju kuning biru tu laa Ayu the gojes.
Body makin selim melim.. jeles haku.


Dua-dua putih melepakk..
Masuk je aku, terus gambar jadi gelap.
Pfftttt!!


Dalam ramai-ramai, aku la yang bambam.
Hoihh... bila mau kurus ni??


 Ni je la yang kitorang makan.
Pompuan yang bambam tu makan fettucini carbonara.
Yang kurus the vogue the gojes tu makan roti je..
Nampak tak beza kat situ?
Hahaha...



Thursday, May 22, 2014

Heboh semedang boleh masak nasi ayam.. hehe

Salam readers...

Uikss... dah lama dah tak berupdate kan.
Iollsss malasss sangat nak menaip uollss..
Banyak benda nak kongsi tapi dek virus malas tu datang, terus hilang mood nak bercerita.

Aku dengan bangganya nak umumkan.......

Aku dah pandai masak nasi ayam!!
Yuuhuuuuuu!!

Gile jebeng sangat kan!
Orang lain dah lama dah pandai masak nasi ayam.
Aku ni baru terhegeh-hegeh nak belajar. Haha.
Tapi siapa tak bangga wehhh.
Kali pertama masak, terus menjadi.
Sodaappp wa cakap lu!
FZ sampai tak puas makan nasi ayam aku.
Hehehe...


Salad tu sekadar hiasan je la...
Aku tak makan pon.
Tahu je la kan, aku ni bukan pemakan sayur.

Nasi ayam ni resipi mummy aku.
Memang selama ni pun kalau buat rumah terbuka hari raya, kitorang hidang nasi ayam ni.
Ramai yang request.

Resipi ni semuanya menggunakan based stok ayam.
Maksudnya, guna air rebusan ayam untuk semua makanan.
Masak nasi of course la guna stok ayam.
Sos cili pun guna stok ayam.
Kicap tu pun ada guna stok ayam.
Ate nasi ayam kan....
Ada je aku search internet diorang buat kicap biase & cili biase.
Tak sedap resipi camtu.

Resipi senang je.

Perap ayam dengan halia & bawang putih.
Pastu rebus ayam sampai separa masak.
Ketepikan ayam.

Cuci beras sampai bersih.
Tumiskan bawang merah dan halia yang ditumbuk halus menggunakan marjerin dalam periuk elektrik.
Pastu masukkan air rebusan ayam mengikut kadar beras. Masukkan sedikit garam.
Kalau beras jenis keras, so masukkan la air rebusan tu banyak sikit.
Begitulah sebaliknya.
Then masukkan beras. Tutup periuk.
Biarkan sehingga nasi masak.

Sementara tunggu nasi masak, patah-patahkan cili hidup ke dalam blender. Masukkan sikit halia & bawang putih yang ditumbuk.
Letak sedikit air rebusan ayam.
Blend kan sampai hancur.
Keluarkan dan masukkan kedalam mangkuk.
Letak gula, garam, ajinomoto & perah sikit limau nipis. Siap dah sos cili.

Salutkan ayam yang dah direbus tadi dengan kicap pekat.
Biarkan seketika.
Kemudian goreng dalam minyak panas sampai masak.
Then, settle bab ayam.

Ambil lebihan kicap yang disalut kat ayam tadi.
Letak sikit air rebusan ayam dan letak dalam periuk kecik.
Masak dengan api kecik sampai mendidih.
Angkat dan siap.

Jangan lupa sup ayam.
Panaskan lebihan air rebusan ayam.
Masukkan garam, gula dan ajinomoto.
Masukkan juga lobak jeruk dan taugeh.
Biarkan sup mendidih dan siap dihidangkan.
Settle.

Kacanggg je kan.
Takde la remeh sangat.
Yang penting air rebusan tu kena buat lebih sebab serba-serbi kena guna air rebusan tu.
Kalau tak cukup kang 1 hal pulak.

Alhamdulillah 1st time aku buat, menjadi.
Sedap.
Bertambah-tambah FZ makan.
Siap request suruh aku masak lagi lepas ni. Heheh...
Banggo eden kejap. Ngeee...

Heboh semedang boleh masak nasi ayam.
Orang lain dah berzaman dah reti masak.
Takpe... bagi aku ni dikira 1 kejayaan.
Next time nak masak masakan lain pulak yang lagi mencabar.
Nasi beriyani mungkin.. hmmm...