Monday, June 30, 2014

Ramadhan

Salam readers...

Cemana puasa pertama korang semalam?
Kantoi tak?? huahahaha...
Haramnirajim sungguh tetibe tanya soalan camtu kan? hahah...

Hari ni dah masuk puasa yang kedua.
So far aku on lagi.
Yela, pompuan punya problem ni mana boleh jangka kan...
Aku punya date sepatutnya semalam.
Nasib baik 'ia' tak menjelma. Hehehe...
Korang paham ke tak ni hah??
Aku sembang pasal period ni. Huhu...

Tahun ni aku berazam nak jimat-jimat sikit time berbuka.
Taknak belanja lebih-lebih macam tahun-tahun lepas.
Iskkk... dulu kemain berbuka meriah betul.
Macam-macam kuih ada.
Macam-macam lauk ada.
Tamak sungguh!
Sudahnya membazir. Mesti ada makanan yang tak habis makan.

Semalam pun aku berbuka kat rumah je.
Aku masak ayam masak kicap dengan telur mata je.
Pastu FZ ajak gi bazar Pantai Dalam, aku sempat la beli daging masak kicap dengan air asam boi.
Nasib semuanya sedap.

Masa gi bazar semalam, aku perasan ada 1 gerai kat situ jual samosa je.
Tapi regenyeee, ya ampun!!
Mahal gilossss!!
Bayangkan la harga 4 bijik samosa RM5.
Dah kau kenapa jual mahal-mahal sangat??
Aku tengok takde pulak yang beli samosa kat gerai dia tu.
Tapi tatau la kot-kot dia memang dah ada regular customer ke ape.
Sebab tu berani letak harga cenggitu.
Tapi kannn... cekik darah laa..
Agak la kuih sampai RM5.
Baik aku beli nasi campur RM5. Kenyang pun kenyang.

Al-kisahnya pagi tadi aku tak bangun sahur.
Dah la semalam makan masa berbuka je.
Matikkk la mak!
Kompem tengahari nanti kelaparan.
Tapi takpe... selagi takde halangan (period), selagi tu la aku akan puasa.
Dun worry bebeh!
Iman ku kuat. haha.... dan-dan ngaku iman kuat kan.

Apepun, selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada kepada semua pembaca blog aku tak kire la pembaca setia ke, tak setia ke, stalker ke ape...


Thursday, June 26, 2014

Kemerepekkan...

Salam readers...

Kalau DBP tengok tajuk aku ni, kompem nangis...
Tak pernah-pernah ada perkataan camtu. Hahah...
Ampun bahasa Melayu ku.

Sekarang ni whatsapp menjadi medan utama untuk kite berhubung dengan keluarga dan sahabat-handai.
Malah dalam pekerjaan pun, tak dapat call, tak dapat sms, whatsapp la menjadi tempat berhubung.

Tapi biasalah orang Melayu kite.
Teknologi yang ada digunakan untuk sebarkan semua benda tanpa usul periksa.
Berita yang tak sahih pun cepat-cepat diorang forward / share pada kawan-kawan lain.
Yang jenis pandai sikit, bolehla tapis-tapis berita ni betul ke tak.
Yang jenis bodo, pergi sambung share pada kawan-kawan lain pulak...

Aku ada 1 group kawan-kawan sekolah.
Aku bukan nak cakap ape la kan...
Macam very the KG.COM!!
Asik la duk forward benda-benda bodoh tanpa usul periksa.
Aku tak kisah kalau nak forward benda-benda yang bermanfaat.
Ini tak, benda tak logik pun nak share.
Aduhaiiii...
Nak je aku tegur, kang nanti sentap pulak.
Dah namanya kawan kann...

Pernah sekali aku dapat mesej, 

"Kalau ada orang tak dikenali whatsapp korang jangan layan. Orang tu hantar ayat Al-Quran kononnye ayat Al-Quran tu salah. Jangan baca! Itu adalah pukau. Kazen kat KK baru kena semalam selepas baca ayat tersebut dari whatsapp. Sekarang tengah diubati. Tolong sebarkan agar kita lebih berhati-hati... Forward dari group lain. Tq"

Aku baca je mesej ni aku tatau la nak gelak ke, nak nangis dengan ketahian ini.

Pukau through whatsapp???
What if aku dapat that 'ayat pukau' dan aku pergi forward kat orang lain.
Dan orang lain pulak pergi forward ayat tu pada kawan-kawan dia yang lain.
Dan benda ni akhirnya tersebar ke 1 Malaysia dan 1 dunia...
Then, semua orang akan sakit kena pukau la???

Ishhh.. bodonye!!
Tapi bodo-bodo pun, kawan aku jugak yang forward benda ni.
Hahah....

Tak lama pastu dapat pulak quote ni dari group yang sama :-


Tak fikir ke perasaan kengkawan yang panggil mak dia as Mummy??
Ni la namanya tak berfikir sebelum buat apa-apa...
Dapat je mesej dari orang lain, terus forward kat group.
Langsung tak fikir sensitivity orang lain.

Aku panggil mak aku as mummy.
Kawan-kawan aku pun ada yang bahasakan diri dia as mummy dengan anak-anak.
Tapi takde la panggil mummy tu dengan niat dalam hati maksud "hantu kubur".

Memang la dalam bahasa Inggeris Mummy tu adalah Hantu kubur.
Tapi omputih sendiri pun ada yang panggil mak dia as mummy.
So, anak omputih tu panggil mak dia as hantu kubur ke??

Kebanyakkan perkataan dalam English memang ada beberapa maksud.
Contohnya 'Like'.
Like ada banyak maksud.
Suke, sama seperti dll..
Takleh fikir ke?
Benda basic je pun.

Adoyaiii...


Hah, dulu pernah la diorang duk sebarkan padal makan tembikai ni anak jadi lawa & baik akhlak.
Sekarang ni ape cite??
Forward la lagi... forward...
Forward tanpa fikir kesahihan sesuatu perkara kan...
Bab-bab hadis pun nak main-main.
Tak paham aku!
Kalau ko tak didik anak elok-elok, cane anak tu nak ada akhlak yang baik?
Nak harapkan tembikai ke??
Haihhh!!

Memang kawan-kawan dalam group tu ada yang tak belajar tinggi, yang kerja biase-biase je.
Aku tak kisah pun nak berkawan dengan orang-orang macam ni.
Tapi kalau dah gini la caranya, cemana?
Ada la sorang dua kawan yang aku tengok cerdik sikit dalam group tu.
Cakap tu matang-matang je...
Takde nak cakap merepek.
Bila diorang discuss bab-bab merepek ni, ada la yang tak join.

Stress aku duk dalam group ni.
Aku ingat ada group ni boleh la aku contact balik kawan-kawan lama, share cerita, share experience masing-masing, kongsi masalah dan settle kan bersama...
Ate dah tua kan...
Ingatkan cakap tu matang-matang la.
Ini tak. 
Dah mengalahkan budak sekolah gayanya.
Nak leave group kang, nanti ape pulak diorang cakap.
Kang kate aku tak nak bergaul dengan orang-orang biase pulak.
Serba-salah aku dibuatnya.


Wednesday, June 25, 2014

Selfie version of me! =)

Salam readers...

Nak kate cantik, idok le ku perasan.
Nak kata tak cantik kang, sentap diri sendiri pulak.

Tapi mana-mana pompuan la... tak kire la cantik ke tak, of course rasa diri tu cantik.
Cantik tang muke ke, tang perangai ke, tang gaya ke...
Well, ape yang ada pada diri kite ni kan anugerah yang dah ALLAH swt bagi.
Cantik tu kan subjektif.
Ye tak?

Walaupun ada yang kate aku tak cantik, tak lawa tapi tetap suka ber selfie.
Hehehe...
Eh, kamera makk. Sukati mak la kann... Hahha...
Memang dari kecik aku suka bergambar.
Dulu daddy suka la snap snap gambar aku dan adik beradik lain.

Bila dah tua ni, takde sape dah nak amik gambar aku.
Sobss...sobsssss...
Maka, selfie adalah satu-satunya option yang ada. Hihihi...

Eh, sebelum layan gambar selfie aku yang hagakkk verasan tu, aku perasan masih ada yang tak faham istilah selfie.
Selfie ni maksudnya a picture of yourself, taken by yourself.
Maknanya korang amik gambar korang sendiri.
Kalau orang lain yang tolong amik gambar ko, tu bukan selfie ye.

Oh ye...
Gambar selfie aku banyak di ambil di opis.
Aku snap pun bukan suka-suka.
Tapi sebenarnya ada tujuan lain which is aku nak tengok baju ape yang aku dah pakai for that week.
Sejak aku gain weight, aku dah tak ada banyak koleksi pakaian untuk ke opis.
Banyak baju-baju aku dah tak muat.
So, bagi mengelakkan aku ulang-pakai pakaian yang same for the next week, maka aku berselfie.
Dah alang-alang berselfie tu, aku up la dalam FB sekali.
Takde la FB aku tu bersarang takde ape-ape update.
Huhu...


Nampak tak pipi yang bambam tu??
Dagu tuuu... dagu.... takleh nak sorok lagi ke, Diana??


Kengkonon time ni adalah time ngantuk.
Tapi memang tetiap hari aku ngantuk pon. Hihi...


Aku ingat lagi time ni aku sakit tekak sebenarnye..
Macam tonsil nak bengkak camtu.
Suhu badan pun tak menentu je macam nak demam.
Jadi memang mood malassss gile nak buat kerja.
Feeling nak rehat je manjang....


Wahhh.. ramping tu nampak pinggang tu..
Padahal... hmmmm.......


Ni muke bosan duk opis setelah lama bercuti.
Tudung tu senget benget, bergelembung, berselirat..
Aku main belit je tudung ni.
Malas katanye...


Yang ni pulak 1st time try tudung baru.
Tudung bawal satin.
Suke pulak dengan tudung bawal ni.
Aritu pergi Jalan TAR dengan budak-budak opis, aku tambah lagi sehelai tudung camni.
Pasni kalau ada masa, nak pergi beli lagi laaa....
Selesa kot pakai.
Dah la senang nak bentuk walaupun satin.


Ni tengok gambar pun dah tau dah mood tengah malas.
Eh, ada ke mood aku tengah rajin? Hahaha...

Korang suka selfie tak?


Monday, June 23, 2014

Kurung

Salam readers...


Sangat tak sangka, dikala kite duk makan sedap-sedap, mahal-mahal, ada jugak manusia yang sedang kebulur tahap perut pun boleh jadi lengkung U.
Badan tinggal tulang.
Kesian betul!

Malam 2 hari lepas aku tengah duk sibuk lipat pakaian kat rumah.
Sekali dapat sms dari FZ.

"Tengok tv3 sekarang".

Aku pun bukak la tv3.
Time tu berita tengah tunjuk budak malang ni tengah mengensot keluar dari bilik tempat dia dikurung.
Sebak hati aku wehh!!

Masa tu aku tertanya-tanya siapa budak ni?
Kenapa dia jadi camtu?
Sedihnya tengok dia macam terpinga-pinga tengok orang ramai.
Dengan baju compang-camping & tak berseluar...
Sedihnye... T___T

Terus aku search internet.
Check kot-kot ada berita pasal budak ni.
Rupa-rupanya dia kelainan upaya dan dikurung oleh mak dia.

Tergamak kan seorang mak buat kat anak sendiri macam ni.
Takde perasaan ke ape?
Mentang-mentang la anak tu kurang upaya.
Dia boleh buat ape saje kat budak tu.

Baca kat forum dalam internet, diorang dah sebarkan akaun FB si ibu ni.
Aku pun pergi laa stalk FB dia.
Ok, nampak macam bukan orang susah.
Pakaian vogue the vass, bling-bling bagai, ada kereta...
Takkan la sampai tak mampu nak bagi anak makan?

Naluri seorang ibu takkan tergamak buat anak macam ni.
Semarah-marah seorang ibu pun, sekejap je.
Takkan buat anak sampai jadi kerempeng macam ni.

Aku syak si ibu ni ada masalah mental.
Mungkin dah penat nak jaga anak ni sorang diri.
Ataupun maybe tekanan tempat kerja dan hal-hal peribadi lain yang buat dia jadi macam ni.
Well, kite tak tahu ape masalah sebenar dia.
Sebab tu aku taknak jatuhkan hukum ape-ape pada si ibu.
Kite tak berada di tempat dia, jadi siapa kita nak maki hamun dia?

Biar yang berkenaan buat keputusan.
Kite takyah la nak maki hamun dalam FB ke, Twitter ke...
Sebab kite tak tahu hal disebalik tabir.
Diam-diam je sudah.

Cuma yang kite kena concern adalah condition budak OKU tu sendiri.
Doakanlah semoga dia panjang umur dan sihat.
Mungkin dia ada mengalami trauma, cuma dia tak reti nak cakap macam mana.
Mak ayah kite kurung kite tak bagi keluar rumah 1 hari pun kite dah rasa bengkak hati semacam, ini kan pulak dah berbulan-bulan atau maybe bertahun-tahun kena kurung dalam bilik kotor tu.

Tak terbayang aku cemana budak tu survive sepanjang kena kurung tu.
Aku ada dengar cerita mungkin dia makan minum najisnya sendiri.
Isshhh... tak terbayang la aku!
Sadis betul.
Tapi kuasa ALLAH kan.
Budak tu takde apa-apa penyakit pun.
Aku ni kalau makan makanan lama sikit, mulalah perut memulas ke ape.
Tapi budak tu ALLAH tak bagi dia apa-apa penyakit pun walaupun dia tinggal dalam keadaan yang kotor dan tak terurus.

Aku rasa mungkin kat luar sana masih ada kes-kes yang macam ni cuma kite je yang tak tahu. 
Wallahualam.
Aku mohon la kepada ibu bapa sekalian...
Jagalah anak-anak dengan baik.
Itukan amanah dari ALLAH untuk kita.
Kenapa kita nak sia-siakan 'hadiah' yang ALLAH berikan kepada kita?

Tak terjangkau dek akal bila dapat tahu kejadian sebegini dilakukan oleh orang Melayu kita.
Mohon insaf la wahai ibu bapa yang suka mendera anak.
Takde faedah pun buat macam ni.
Manusia tak suka, ALLAH lagi laa murka.




Friday, June 20, 2014

Holiday 2014 - Hari terakhir (3)

Salam readers...

Sambung lagi kisah holiday panjang tahun 2014 ni.
Dalam setahun memang aku akan amik cuti panjang sekali untuk lari dari opis dan masalah-masalah lain.
Cuti tanpa berfikir hal-hal kerja dan masalah peribadi memang sangat heaven!
Tak penat kepala otak jiwa raga semua.

Entri sebelum ni aku citer aku pegi makan di DipNdip, The Curve.
Dah settle makan, dah kenyang kitorang jalan-jalan lagi sekitar situ.

Agak-agak dah bosan, kitorang beransur ke Mid Valley pulak.
Amboiiii, berapa banyak shopping mall aku pergi nih?
Ko mampu??
Penat tu toksah cakap laaa... tapi seronok kan cuti-cuti camni.
Nak-nak hari ni hari last.
Memang kaw-kaw punya jenjalan laaa...

MV sekarang ni ramai betul pengunjung kan...
Ingat lagi mase mula-mula kenal FZ.
Selalu gak kitorang dating kat MV tapi orang takde la ramai sangat.
Sekarang ni...hmmm... dasat betul.
Pakcik kayo laaaa tauke MV ni.
Parking saje pun dah berapa dah untung sehari.
Perghhhhhh....

Hari yang aku pergi tu kebetulan ada pameran patung-patung transformers.
Ai is peminat transformers kan.
Haruslah amik gambor.



Bumblebee!!
Transformers kesayangan ni...



Optimus prime!

Seriously aku dah tak sabar nak tengok movie Transformers ni.
Ku nanti 26 Jun ini!


Amacam??
Agak-agak boleh jadi partner Bumblebee tak?
 Tapi pinggangku tak seramping bumblebee laa.. Hehehe....


Dia ni macam biase...
Malu-malu nak bergambar.
Yela, orang ramai kot kat sekeliling kitorang ni.

Jalan-jalan dalam MV memang jarang la membosankan aku sebab kat dalam ni ada banyak kedai yang best-best.
Tempat makan pun banyak.
Agak-agak dah malam, barulah kitorang balik.
Esok nak sambung kerja pulak.
Fuhhh lemau kot nak pergi kerja balik.
Rasa seronok pulak cuti lelama ni. Hehe..

Thursday, June 19, 2014

Holiday 2014 - DipNDip - All about choco!

Salam readers...

Ini kesinambungan dari entri pergi makan kat Ikea.

Dah settle makan semua, kitorang pergi jalan-jalan kat The Curve pulak.
Saje cuci mata kat situ.
Panas hoihh hari tu..
Takde angin langsung.

Takde ape nak beli kat situ.
Kitorang jalan-jalan sampai la kat E-curve.
FZ ajak tengok wayang citer Edge of Tomorrow.
Nampak cam best je citer tu.


Tom cruise kan yang berlakon.
Kebanyakkan citer yang dia berlakon ni tak pernah mengecewakan.

Aku bagi rating 3/5 bintang je la kot.
Sebab citer cam tak logik je... berlawan dengan alien dalam mimpi.
Pastu mati hidup semula la.
Banyak kali lak tu...
Bab-bab action, aku rasa best.

Dah habis tengok wayang, kitorang jalan-jalan lagi sekitar E-curve tu.
Ramainye budak-budak kan...
Cuti sekolah la katakan.

Lalu depan DipNDip, teringin pulak nak makan choco choco.
Nyumssss.......
Tengok seat banyak je kosong, teruslah FZ ajak makan.
Just minum petang katanya.

Aku sempat amik gambar menu & harganya sekali.
Kot la lepas ni korang nak try makan kat sini.
























Kitorang just minum ni kongsi-kongsi... Moccachino.
Sedappp!!






Brownies crepe.
Sedapppnyeeeee!!!!


Kat sini memang tak ramai orang.
Tak perlu la nak beratur panjang macam kat branch Bangsar.



Baru makan camni pun, dah RM47.
Kalau makan 2-3 orang atau 1 family, maunya pengsan time nak membayor.

Eh, teringat pulak anak sedara aku, Alia.
Dia teringin sangat nak makan kat sini.
Kak Long dan Abang Zam tak minat sangat makan kat sini.
Memang tak laaa diaorang nak bawak anak-anak kat choco ni.
Takpelah... In sha ALLAH dapat gaji nanti nak bawak la dia pergi makan.
Lagipun dah nak bulan puasa ni.
Bagi la dia peluang makan sekali kat DipNDip tu.
Makan sekali-sekala, takpe laa..
Kalau selalu, memang tak laaa.

Korang nak pergi, ini alamatnye :-

The Curve Mall, 
1st floor at the link 2 to E-Curve, 
No 1b-2
Damansara.
Phone : 03- 77334442
Opening hours : Sat-Fri, 10.00am-12.00am

    Wednesday, June 18, 2014

    Hari ini

    Salam readers...

    Mulai dari hari ini...

    Aku akan stop dengar masalah orang.
    Aku akan stop bagi nasihat kat orang.

    Cukup.
    Tabiat suka dengar masalah orang dan bagi nasihat kat orang akhirnya memakan diri aku sendiri.

    Takpelah.

    Holiday 2014 - Hari terakhir

    Salam readers...

    Tajuk sesuatu sangat kan..
    Macam ni last holiday pulak. Huhuhu...

    Pagi hari Rabu 4 June 2014, aku dan FZ pergi ke Jalan TAR.
    Aku nak shopping shawl.
    Kat Jalar TAR tu shawl boleh tahan mahal kan sekarang.
    Sehelai 15 hengget.... kalu bagi kurang pun 14hengget camtu je.
    Hari tu aku beli 3 helai shawl.
    Dapat la rege RM35.
    Itupun lepas tawar banyak kali..

    Dah settle bab tudung, kitorang pergi ke Ikea.
    Aku nak try makan meatball yang dikatakan sedap itu.
    Pergi time opis hour dengan harapan orang tak ramai.
    Tapi memang tak la kannn...
    Opis hour ke, tak opis hour ke.. memang orang sentiasa ramai kot kat sini.
    Parking dah la susah nak dapat.

    Aku pulak jakun gile.
    Tak pernah-pernah pergi makan kat Ikea ni.
    Selama ni pergi Ikea just beli barang-barang rumah je.

    Sekarang baru la tahu cemana cara-cara nak order makanan kat Ikea tu.
    Kena beratur dulu, pastu amik troli, pastu depan sikittt amik tray pulak.
    Pastu order.
    Time order tu aku kelam kabut sebab taktau nak cakap ape.
    Dah la order sensorang.
    FZ dah duduk sebab cop meja.

    Last last aku order ni je :-


    Yang penne pasta tu aku suke hati je order.
    Bukan ape, ingatkan tak kenyang makan meatballs dengan ayam goreng tu.


    Meatballs yang sedap itu...
    First time makan, ok la... sedap laaa...
    Sos dia yang buat sedap tu.
    Tapi takde la sampai kempunan teringin-ingin nak makan lagi.
    Biase-biase je...
    Tapi kenyang la makan banyak ni kongsi 2 orang.


    Yang ni, ok la jugak.
    Boleh la aku makan. Meatballs tu FZ makan dengan sos meatballs.


    Drumstick fried chicken.
    Tak sedap la bagi aku.
    Ayam keras macam ayam lama je.
    Aku beli sebab nampak sedap je dari kaunter.


    Muka puas hati sebab dapat makan meatballs.
    Aku search internet banyak jugak orang share cane nak buat meatballs ala-ala ikea ni.
    Nanti nak try buat la.
    Boleh makan puas-puas... :)


    Tekak dia dengan tekak aku tak sama.
    Aku boleh je telan ape-ape asalkan makanan tu tak mentah.
    Tapi tekak dia ni memilih sikit.
    Ada makanan western yang dia tak makan. Very the kgdotcom. Haha..
    Sebab tu la aku order jugak penne pasta.
    Kot la dibuatnya dia takleh telan meatballs tu.
    Tapi elok pulak dia makan.
    Banyak pulak tu.

    Lepas ni bolehlah pergi makan lagi.
    Itupun kalau rajin nak mencari parking dan beratur panjang-panjang. Heheh...

    Eh ada lagi Part 2 nih....
    Tunggguuuu!!