Thursday, August 28, 2014

Hangout dengan housemates

Salam readers...

Minggu lepas 21 Ogos 2014, aku dan bebudak rumah ade la plan nak makan malam kat The Manhattan Fish Market, Mid Valley.
Saje je la hang out dengan diorang; mengeratkan silaturrahim katanya.
Kat rumah masing-masing buat hal sendiri.
Bila keluar ramai-ramai camni, baru la boleh sembang kencang sikit.

Balik kerja aku amik teksi terus ke Mid Valley.
Peramah sangat ler pulak pakcik driver tu.
Aku ye ye kan aje la..
Malas nak layan sangat sebenarnya.

Dah mase otw tu, dapat pulak whatsapp dari bos, suruh aku beli acar buah bagai...
Sampai MV, menggelupur pulak aku sensorang pergi cari acar buah.
Actually esoknya tu unit aku ada buat makan-makan.
Masing-masing ada menu sendiri.
Memula aku plan nak bawak pemanis mulut... puding ke, kek ke...
Tak pun aku nak beli garret.
Tetibe bos suruh aku beli acar buah pulak... ok marilah menggelupur cari acar buah.

Aku pergi ke Aeon.
Pernah la tengok ada acar buah kat dalam Aeon.
Tapi habis!! Waaaaa.... matik laa...
Nak buat cane ni...

Whatsapp geng-geng opis.
Discuss kat dalam tu.
Leen willing nak bawak acar tu. Kebetulan ada orang bagi kat dia.
Ok, settle masalah.....

Last-last aku beli red velvet cake kat La Boheme.
Lantak la kann...
Yang penting ada dessert esok.

Lepas tu, barulah aku jumpa housemate dan kitorang terus pergi ke TMFM ni...


Very the orange..
Kalu korang nak tahu, dulu-dulu aku tak berani nak pakai baju kaler oren/merah/kuning/hijau...
Rasa macam tak sesuai dengan kulit aku yang pesen rentung ni.
Sekarang ni semua aku hentam...
Pakai je mane yang ada.
Lawa ke tak lawa, belakang kire.



Sarah


Diana.

Aku asik la duk compare muka sarah & diana.
Diorang ni seiras kan...



Hana...
Tak lama lagi dah nak kawin... wuwuwuw...
Nanti aku dah takde geng la.
Selama ni dia yang suke menempel kat aku tengok tv sama-sama.
Lepas ni nampak gayanya aku tengok tv sensorang je laa... T___T


Our stater.
Quad delight.
Sedapppp kecuali sotong cili tu.. yang tu makan mentah.. uweekkkk...
Ada mushroom, ada calamari, coleslaw.

Order benda ni dulu sementara tunggu main course sampai.
Kemain ko kann.. siap ada starter bagai.


Ni diana punya menu.
Fish & chips.
Telan ailio dah aku ni...


Yang ni pulak feeesh & cheeese.
Memang menu dia nama cenggitu ye.
Sama je dengan fish & chip tapi chips tu cheese...
Aku suke cheese atas chips tuu.. sedappp..
Nyum..nyum....
Terus rasa lapor balik ni.
Yang ni Sarah punya.


Scallops Fish Chicken.
Hana punya ni.
Kenyang sangat-sangat makan benda ni.
Hana puasa hari tu.
So, nafsu makan tu kuat la sikit.
Biasenye idok ler dia makan banyak macam ni.
Tapi kalau dia makan banyak pun, memang badan dia takkan naik lagi dah.
Kecik cinonet camtu je la agaknya sampai bile-bile pon.


Ha, yang ni aku punya.
Small flame.
Benda same je aku order setiap kali pergi TMFM ni kan.
Hahaha...
Nak buat cane... aku craving dengan udang cheese tu.
Ahhh... stressss tengok gambar ni.
Ailio dah meleleh-leleh dah ni. hahaha...

Burn dah aku punya diet hari tu...
Now start balik.
Aku bersungguh ni nak diet.
Siap bet dengan opismate. Who is the biggest loser? Hahah..
Siap aku install Myfitnesspal lagi dalam phone.
Nak tengok dalam sehari aku makan berapa kalori.
Kena kontrol kalori okeh kalau nak kurus ni...
Waaaa... susahnya nak kurus...... T___T



Wednesday, August 27, 2014

Respect

Salam readers...


Aku nak mengadu-domba nih.

Aku kan setiausaha.
Sesape yang nak deal atau jumpa atau ape-ape je yang berkaitan dengan bos, kena melalui aku dulu.
Tu la yang sepatutnya kan?

Tapi tak tahu la kenapa.
Ada sesetengah manusia tak respek kerja orang lain.
Tak respek ofis orang lain.

Benda macam ni dah banyak kali dah jadik.
Tapi aku je malas nak bunyi.
Kadang-kadang aku tak paham, mana letaknya sense of respect orang terhadap orang lain.
Ni common sense kot.
Kite yang waras ni mesti tahu cemana jaga adab.

Contoh yang berlaku pagi ni.
Aku macam biase datang opis je, perkara pertama yang aku buat is check email aku dan schedule bos.
Ok, fine.. hari ni bos aku free.
Belum ada lagi sesape yang booking time dia untuk jumpa ke ape.

Tuptup baru je kejap tadi datang sorang lelaki terus terjah bilik bos aku seolah-olah opis ni dia yang punya.
At least, berhenti kat tempat aku dan tanya la boleh ke tak nak jumpa bos.
Meja aku ni duk sebelah pintu bilik bos kot.
Ini tak, main terjah je.
Dibuatnya masa tu bos aku tengah busy ke ape, tak ke alih-alih nanti aku jugak yang kena??
Dah la aku tak pernah tengok muka dia sebelum ni.

Lagipun ni opis orang kot.
Jagalah adab tu sikit bila masuk opis orang.
Jangan la buat macam opis sendiri.
Opis aku ni banyak benda yang confidential.
Jangan la main terjah camtu je.
Haihhh, stress la mak!

Pernah dulu terjadi, opismate aku tetibe je nak terjah bilik bos.
Time tu bos aku tengah meeting dengan bigboss.
Dia dah siap pegang tombol pintu dah.
Tinggal lagi nak tolak pintu je.

Aku ape lagi, terjerit laaa...
Macam kan urgent sangat nak jumpa bos tu!
Haihhhh!!!
Stress...stresss...stresss!!

Lagi satu hal, training organizer.
Ntah sape-sape ntah yang bagi nombor phone bos aku sampaikan setiap kali ada organize training, sibok nak cakap direct dengan bos.
Padahal aku dah banyak kali dah bagitahu, kalau bab-bab training ni call je training coordinator unit aku.
Tapi ehhh, tak reti bahasa jugak.
Nak jugakk cakap dengan bos aku.
Dah la call banyak kali tanya pasal training.
Dah kau kenapa sangap sangat nak suruh orang attend training kau??
Kalau orang interested, orang akan cari kau la.
Takyah kau sibok-sibok nak call banyak kali.
Suruh email, tak email.
Lama-lama aku pun malas dah nak jawab call kau.
Bosan nak layan karenah orang tak reti bahasa!

Kisah lain pulak tentang karenah budak-budak opis.
Amboiii, banyak nau nak mengadu ni. Hahah,,,

Ada opismate aku ni suka nau panggil nama aku sambil terjerit-jerit.
Eh, bukan aku je. Kalau dia panggil orang lain pun, same je.
Terjerit-jerit dari dalam bilik.
Ya ALLAH, nyampahhhh nye aku!!
Dah macam gaya majikan panggil bibik.
Kau ingat aku kuli batak kau ke??
Ishhhh!!!
Kalau nak panggil, panggil la elok-elok.
Ni office tau. Office!!
Respek la sikit orang lain walaupun kau ada jawatan tinggi!
Bos aku pun boleh panggil aku elok-elok!
Dah jadi tabiat dia dah panggil orang camtu.
Menyirap je aku dengan dia ni.
Kecik besor kecik besor je aku tengok dia.
Nasib baik ko jantan!

Kadang-kadang aku buat-buat tak dengar je bila dia panggil.
Pandai-pandai dia la datang kat meja aku kalau nak apa-apa.
Aku kalau orang bodo camtu, aku malas sikit nak layan.
Nyampah!

Karenah admin aku tu takyah aku cerita laa...
Aku rasa dah berguni-guni kot entri dia dalam blog aku ni.
Perangai bodo.
Tak habis-habis nak mengular.
Ringan je kaki aku ni nak pergi buat report kat HRIR.
Tapi tu la, kang ada yang tuduh aku tutup periuk nasik orang.
Kalau tak report kang, aku pulak yang sakit hati dengan perangai dia.
Nak sound depan-depan pun, tak makan saman gak.
Kalau bagitahu bos pun, same jugak perangainya...
So, ape lagi yang perlu aku buat??

Banyak pulak aku mengadu ari ni.
Dah alang-alang menaip kan. Hahah...



Monday, August 25, 2014

Line Celcom

Salam readers...

Pagi-pagi lagi aku dah membebel.
Celcom oh celcom.
Dulu line ok. Sekarang K.O!

Gile stress kot sejak December 2013, line area rumah aku macam haramm!
Mase tu internet memang cam cadbury la kan.
Langsung tak dapat online.
Sebulan sekali aku call celcom tanyakan progress.

Sampailah bulan April, aku tak tahan dah.
Aku call Celcom dan bermulalah sesi caci-maki.
Aku rasa aku garang sangat kot sampai operator suruh aku bercakap dengan supervisor dia.
Explain semua, the supervisor terkejut sebab benda ni dah terlalu lama.
Dah 5 bulan kot!
And he promised to me benda ni akan settle tak lama lagi.

On the same day, beberapa kali pihak Celcom call aku untuk say sorry & update progress.
Malas dah aku nak layan sebenarnya.
Yang aku nak tahu, line ok. Tu je...

Dalam seminggu lepas tu, line memang cantekk..
Aku ni ape lagi.. lepas geram duk update status dalam FB je la.
Ate dah berzaman tak update status.
Kalau update pun kadang-kadang je. Itupun kalau ada masa kat opis.

Dan lepas seminggu tu, makin hari line makin teruk balik...
Haihh... hangin je aku..
Kecik besor kecik besor je aku tengok celcom ni..

Sampailah semalam, tahap kesabaran aku dah hilang.
Pagi tadi aku call celcom dan marah-marah operator.
Geram wehhh...
Sorry mr. operator sebab aii marah-marah tadi.
Ai is so geram...

Bayangkan laa kadang-kadang usahkan line internet, call pun tak boleh.
Whatsapp kadang-kadang tak lepas.
Line asik E je.
Kadang-kadang kalau bernasib baik, dapat la line 3G.
Nak dapat line H++ memang hazabunn sangat!

Nak search ape-ape, memang mimpi la...
Duk kat rumah layan tv je la..
Nak layan internet, memang tak dapat.
Orang hantar whatsapp pukul 8 malam, kul 9 malam aku baru boleh baca whatsapp tu.
Kalau orang hantar video, tunggu la esok pagi baru boleh download.
Hazab tak hidup mak??

Letih dah sebenarnya nak call celcom banyak kali.
Sebab dah tahu dah result nye tak kemana pon.
Kali ni operator cakap tower ada masalah.
Pah cerohh la masalah munggg!!!
Dah dekat setahun, takkan la takde apa-apa progress??
Makin teruk ada laa...
Haihh.. geram nih.. geram nih..!

Mood aku pun sebenarnya tengah swing lagi ni..
Sakit hati sebab takde line kalau kat rumah.
Paling teruk bile bos whatsapp aku dan aku tak boleh reply....
Bukan sengaja.
Dah takde line kan.

Tu la orang cakap.
Melayu berniaga memang macam ni.
Time mula-mula dulu servis tiptop.
Dah untung juta-juta, mulalah lupa diri.
Line macam taikkk!


Berbuka di The Manhattan Fish Market

Salam readers...

Aku nak habiskan entri-entri lama yang tergendala.
Ni semua citer-citer masa bulan puasa aritu.
Lama kot terperam je gambor-gambor ni dalam pc.
Mase bulan puasa tu rasa malas je nak update.
Tertangguh la entri sampai sekarang baru nak publish.
Mihmihmih...

Aku kan duta MV.
Biase sangat dah pergi MV tu.
Sebut je nama kedai ape, zassssss sekelip mata je aku tahu kat mana lokasi kedai tu.
Hah, gittew kan.

15 July lepas, FZ bawak aku pergi berbuka kat MV.
Time tu teringin sangat nak makan kat The Manhattan Fish Market (TMFM).
Dah booking meja, kitorang terus jalan-jalan jap dalam MV tu.
Tengok deko-deko kat situ.


Aku suka tengok deko-deko yang pihak MV buat sempena perayaan.
Hari tu kan musim raya puasa.
So deko kat MV memang cantik-cantik.
Suke tengok.

Dah suka tu, marilah kite amik gambar.




Macam ada pertandingan wau je.
Cantik gambar-gambar kat wau tu.
Berseni sungguh.


Kat atas pun ada wau-wau yang digantung.
Tetibe FZ rindu pulak nak main wau.
Wau-wau dia semua tergantung kat dinding rumah aku.


Kami ~*


Wau ni pon cantik kan...

Dah jalan-jalan, tengok lambat lagi waktu berbuka.
Aku ajak FZ pergi ke MPH.
Lepak-lepak kat sane sambil baca buku.
Ada gak faedah.


Selfie jap.

Aku & FZ amik buku-buku masakan.
Seronok tengok resipi-resipi yang ada.
Ada resipi yang aku rasa senang, aku snap je gune phone.
Jimat, takyah beli buku.
Mahal. hahaha...

Dah dekat pukul 7, barulah kitorang patah balik pergi ke TMFM.
Orang ramai kot kat situ.


Jarang kan nak dapat gambar dia tengah gelak camni.
Asal amik gambar je, mesti buat-buat muka masam.
Bajet garang sangat la tu....


Cover sikit perut tu, bang oiii!
Hahaha..


Muka aku memang ceria-ceria je selalu.
Ada masalah ke, takde masalah ke memang aku akan senyum.
Cool cool je sudehh... kan?


Inilah yang kitorang makan!


Nyumsss..........

Sedap okeh sehingga menjilat jari.
Kenyang sangat makan ni.
Berbaloi-baloi...


Friday, August 22, 2014

Berbuka ayam madu... bukan dengan 'madu' ya! :D

Salam readers...

Dalam entri yang lepas kan aku ada cerita yang FZ bawak aku berbuka dulu sebelum hantar aku ke rumah Kak Long.
Kitorang berbuka kat Restoran Mahbub, Bangsar.
Itupun aku sempat booking.
Nak booking tempat lain memang dah tak sempat sebab time booking tu pun dah pukul 4:30petang.

Best jugak kekadang kalau makan kat Mahbub ni.
Kat sini paling femes nasi beriyani ayam madu la..
Perghhhh.. sedap tau!
Nasi bukhara dia pun sedap.

FZ amik aku balik dari opis.
Pastu balik rumah aku jap sebab nak amik beg semua.
Then, barulah pergi ke mahbub tu.

Jalan raya masa bulan puasa tu toksah cakap la..
Mana-mana je jem.
Memang sakit jiwa gak la aku dibuatnya.
FZ apatah lagi.
Dalam jem tu pun, masih ada orang gile bawak kereta sambil bersantai-santai.
Ada jugak jenis nak masuk line orang tapi tak bagi signal.
Pastu aku perasan jugak cina-cina bahalol drive macam jalan tu mak bapak dia punye je. Nak masuk line orang pun tak bagi signal, pastu main pakat masuk camtu je.
Nak je aku tunjuk jari tengah aku ni!
Tapi memang kebanyakkan diorang ni drive macam taikk kan?
Gile kurang ajar.
Eh, emo pulaksss... hiks.

Perjalanan dari rumah aku ke Mahbub biasanya amik masa 15 minit je tapi disebabkan jem, dekat sejam baru sampai.
Takpelah. Sabor je la di bulan puasa ni.

By time aku sampai je dah pukul 6:30 lebih.
Awal lagi kot.
Takpelah.. lepak-lepak je dulu.
Orang pun dah start ramai dah datang bungkus makanan.


Buah hati saya.....
Eh, tetibe 'saya' pulak heh.


Tudung tu aku rasa cam nak campak-campak je.
Gelembung sana-sini.
Hijabster, tolong la aku cemana nak pakai hijab elok-elok sikit, boleh??
Aku ni dah macam orang kgdotcom je pakai tudung selekeh.


Daging kambing yang very tenderrr....
Ya ALLAH, terbayang-bayang daging kambing yang sedap ni.
Amik 2 ketul je.
Tu pun rasa tak cukup.
Nak tambah lagi cam...takyah la. mahal.
Heheh..

Masa ni rasa cam nak nyanyi, "kalau aku kaya...."


Aku cam biase makan nasi beriyani ayam madu.
Ayam mesti bahagian thigh.
No..no..no to chicken breast atau wing ye.
Me dun like.


FZ punya nasi bukhara.
Dia ni suka makan chicken breast tapi tetibe dia dapat thigh jugak.
Gambar ayam takde kat atas ni sebab ayam terbenam dalam nasik.
Gile besar kot ayam dia.
Jeles aku.
Tapi apepun, ayam madu gak yang sedap.
Nyum...nyum.......

Ok, dah.
Tu je aku nak citer.
Hahah.. ending cam hampagas sangat kan.
Eh, sukati la. blog aku kan. :D



Thursday, August 21, 2014

Cerita bulan puasa

Salam readers....

Oh hooooo hoooiiiiiiiiiiiiii.... (tiru Datuk M. Daud Kilau)

Cerita dari zaman purba baru nak di publish ye Diana!
Bagus betul. Hahaha..
Takpe la awok-awok... at least tetap ada cerita kan.

18 July 2014, aku apply AL dengan bos aku sebabnya family aku nak datang KL.
Yuuuhhuuuu!!
Diorang sampai awal dah. Tapi tu la aku kan kerja.
Takleh la cuti lama-lama.

Khamis malam aku balik rumah Kak Long.
Tapi sebelum tu FZ ajak kitorang berbuka sama-sama dulu kat Restoran Mahbub.
Aku rasa aku tak cerita lagi kot yang ni.
Takpe, next entri nanti eh.

Dalam 8 lebih camtu, aku sampai rumah Kak Long.
Rehat-rehat pastu diorang sibuk pulak ajak aku pergi Danau Kota.
Patah kaki hoihhh!!!!
Tapi takpelah... bukan selalu pon kan.

Balik dari Danau Kota dah lewat malam.
Mandi-mandi, tengok tv kejap, pastu tido.

Next day, Iwan ajak pergi Times Square pulak.
Aku dengar Times Square je terus lemah badan...
Terbayang-bayang dah serabut dengan budak-budak takde hala tuju.
Paling serabut bila tengok budak-budak Melayu rosak kat situ.
Yang pompuan perangai macam bohsia. Yang lelaki perangai macam bohjan.
Serius menyampah...

Eh eh.. emo pulak dia.
Mihmihmih...

Daddy, mummy dan Kak Long pergi ke Jalan Tar.
Aku, Iwan dan Alia pergi ke Times Square.
Macam biase aku pergi naik teksi.
Takmo la naik train. Penat..


Kat area rumah Kak Long ni senang je nak dapat teksi.
Pastu driver teksi kat sini tak memilih pon tempat mane nak pergi.
Cakap je nak pergi mane, nanti dia hantar.
Kalau driver teksi kat area Kerinchi, semua poyo-poyo..
Yang dekat-dekat taknak hantar.
Nak yang jauh-jauh.
 Ade tu pulak taknak hantar yang jauh, nak yang dekat-dekat je.
Nyampasss!
Sebab tu aku lagi suka naik teksi 1 Malaysia.
Mana-mana diorang kena hantar.
Sampai ke negeri lain pon.
Kalau dia taknak, nanti boleh report.
Dan paling penting teksi 1 Malaysia ni memang selesa.
Ape yang tak selesa nyee... besar kot. Kereta Exora okeh.

Ok, dah sampai Times Square kena la merayap-rayap sampai tingkat atas.
Tingkat atas barang lagi murah.
Tingkat yang bawah-bawah ni banyak baju mahal je.

Masa zaman aku kurus dulu seronok la datang sini sebab ada saiz baju.
Berkenan je, beli.. berkenan je, beli.
Sekarang aku dah bambam... saiz baju adalah yilek!
Nasib la kan... sape suruh makan banyak?

Iwan sibuk sangat nak pergi Romp.
Dia suka seluar jeans kat sana.
Eh sekarang ni Romp dah ada saiz untuk orang besar eh?
Sampai saiz 38.
2-3 tahun lepas aku pergi Romp kat MV dia kata sampai saiz 32 je.
Ke kat TS ni je yang ada saiz sampai 38?
Ke aku salah dengar?
Eh..!


Dah ada lelaki sorang, aku suruh dia je la yang bawak barang.
Gataiii sangat nak datang sini kan.
Aku memang flat gile dah kaki ni.
Yela, nak angkat kaki 5 kilo ni pun dah tak larat. Cano tuh?


Amik gambar jap kat sini sebagai bukti kat FZ yang aku kuar dengan adik dan anak sedara.
Bila ajak join, taknak!
Pastu meroyan sebab aku kuar dengan orang lain.
Siap tuduh-tuduh aku bawak orang lain jugak.
Ala, dengan adik dan anak sedara je pon.
Mana ada bawak orang lain.
Aku nyampah kalau orang tuduh tak kena tempat ni.
Ahhhh... nyampasssss!!
Orang gile je suka tuduh bukan-bukan nih!

Eh, emo lagik! Sigh....


Iwan dan Alia.


Alia sekarang dah besar.
Kalau aku dan Iwan plan nak pergi mana-mana, dia mesti akan ikut.
Takdenye dia nak ikut mama dia pergi shopping sebab dah terbiasa sangat ikut mama dia tu.
Lagipun mama dia tu asik-asik pergi Jalan Tar-Masjid India.
Idok le rase nak bawak mummy daddy tu pergi tempat lain.
Tapi nak buat cemana, mummy pun suka pergi Jalan Tar tu.
Tempat shopping kegemaran mummy tuuu!


Iwan tu sibokk je nak sabotaj gambar aku.
Senyap-senyap je dia inter frame kat belakang.
Grrr!!


Yang minah ni pun memang suka jugak selfie guna henset aku.


Suka datang area ni sebab pijak lantai yang ada color tu.
Jakun sungguh!


Tangga kat belakang tu bila kite pijak je, dia bunyi piano.
Sengaja je tunggu semua orang turun dulu, pastu baru kitorang turun.
Semata-mata nak dengar bunyi piano tu kann...
Very the kgdotcom ok. Anak sape la ni? Hahah..


Time ni aku dah letih sangat dah.
Tercari-cari mana tempat yang boleh duduk.
Berjalan dengan orang kurus ni memang payah sikit.
Aku yang bambam ni termengah-mengah kejar diorang.
Grrr...


Eh, mamat poyo mane nih?
Pasan ensem la tuh...

Dah shopping semua, Iwan kata dia nak belanja tengok wayang.
Citer The Planet of the Apes.
Aku punyalah penat sampai 15minit pertama movie tu, aku boleh tertidur.
Aku ingatkan cerita ni tak best.
Rupa-rupanya best gile.
Rasa nak tengok buat kali kedua je tapi FZ pulak takde mase.
Nak pergi tengok sorang-sorang memang tak la kan..


Masa ni kitorang tenagh duduk-duduk sementara tunggu waktu tayangan.
Penat gilossssss...
Dapat duduk sekejap ni rasa best pulak.
Boleh hilangkan lenguh kaki ni.

Balik rumah dah petang masa tu.
Rehat-rehat... tengok mummy masak.
Sehinggalah berbuka.....
Memang heaven habis makanan berbuka hari tu.
TQ mummy sebab masakkan menu berbuka yang best-best!


Ketam masak cili api, udang masak sambal merah, ikan kerapu bakar, sotong goreng kunyit, ayam kicap...
Fuhhh.. lengkap.
Tu yang best bile berbuka dengan family tu.
Menu memang terbaekk!
Kalau makan kat kedai ni, mau nye bayar ratus-ratus.
Makan kat rumah, jimat.
Makan banyak-banyak pon boleh!



Monday, August 18, 2014

Chillis & menu makanan-makanan beserta harga

Salam readers...

Qué pasa??
Estoy sano, gracias a Dios.

Amboii speaking mexico pulaksss, dah kenapa kau Diana??

Eh, korang yang tak paham tu, rajin-rajinkan laa pergi masuk google translate ye.
Jangan jadi pemalas cam haku ni.

Sepatutnya entri ni di publish bulan Jun lepas.
Tapi pemalas punya pasal, tertangguh sampai hari ni baru settle menaip.
Amboiii, bunyi cam busy benor je.

Aku dan team gojes suka sangat merayap time lunch.
Dah bosan makan kat food court yang harganya mahal nak mampsss...
Nasi secoet, ayam masak merah dan telur dadar RM9.
Ko mampu nak makan mahal hari-hari tapi tak berbaloi?
Baik aku pergi makan kat luar.
Mahal sikit pon takpe asalkan portion banyak.
Ate perut gajah. Sikit-sikit tu namanya merasa..
Banyak-banyak tu la namanya makan. Hihihi...

25 Jun 2014, aku and the gojes pergi ke Bangsar Shopping Centre semata-mata nak pergi makan kat Chillis.
Leen la yang nak sangat makan kat sini.
Aku dan Maziah pulak tak pernah makan kat sini.
So, kami berdua adalah sangat jakun.
Nak order ape pun tak tahu.
Leen la yang ajar kitorang order.
Owh lupe, Farid pun join sekali.
Hehehe... sorry Farid. Ketinggalan nama kamu. Hiksss...

First, kite tengok dulu buku menu Chillis.
Kite orang Islam kena peratikan betul-betul ingredient dalam makanan dia.
Sebab ada yang halal, ada yang tak halal.
Pepandai korang la nak order ape ye.







Korang jangan pulak gatal mulut pegi order minuman beralkohol pulak...
Hazab korang kat neraka nanti.
Sia-sia je mati kena seksa.


Ha, yang ni halal...
But still kena peratikan elok-elok.

Eh, korang tengok sendiri la ye menu-menu ni.
















Dah tengok menu, kitorang mula la start order.


Maziah.
Dia dah bertukar unit dah... Sejak tu, dah jarang dah jumpa dia.
T___T


Leen... kemain berseri-seri muka dapat makan kat Chillis.
Nak pergi lagi tak lepas ni, Leen?


Aku la ni... sape lagi kan.


Favvy Leen, Tostada Chips.
Lepas ni kalau aku datang kat Chillis, aku nak order tostada chips ni.
Sedap... pastu boleh re-fill lak tu.
So, makan banyak-banyak yang ni..
Tak re-fill rugi. Heheh... kiasu sungguh aku nih!


Ni menu Leen.
Ape ntah dia order ni. Aku pun dah lupe.



Triple Dipper.
Sedap!!
Makan yang ni pun sebenarnya dah kenyang.


Chicken salad; Farid punya.


Beef, chicken & prawn.



Cheese, diced tomatoes, pastu ape benda lagi ntah 2 benda lagi tu... guacamole ke ape ntah.
Hahaha... ai is jakun okeh..
Makanan mexico ni aku reti makan je.
Nak menyebutnya nama satu-satu tu memang idok le ku reti. 


Tortilla.

Daging-daging dan bahan-bahan mixed tadi tu kena makan dengan tortilla.
Tortilla ni pun boleh refill kalau tak cukup.
Sangat sedap dan kenyang!
Serius tak tipu.
Sampai buncit perut aku makan banyak sangat.

Next time aku nak bawak FZ pulak makan kat sini.
Tengok dia jakun ke tak.
Heheh..