Thursday, October 30, 2014

Annabelle yang buat aku membebel.. huh

Salam readers...

Baru ade kelapangan nak jenguk blog kesayangan.

Aku sebenarnya dah lama sangat tak pergi tengok wayang.
Ade je citer best yang nak tengok tapi tu laa takde kelapangan.
Semua salah FZ tau!
Dia busy, kelas swim sana sini.. pastu tak bagi aku tengok wayang sensorang.
Dah tu cane?
Merana la sensorang bila dapat tahu filem kegemaran dah habis tayangan kat pawagam. 
Nyampasssss.... T___T

6 Oct lepas kan hari kedua raya haji.
Kalau hari pertama tu kitorang pergi karok, hari kedua tu kitorang pergi tengok wayang pulak.
Sebenarnya takde citer best pon nak tengok tapi aku rasa cam nak try tengok Annabelle.
Cam seram je aku tengok trailer.
Padahal opismate aku bagitahu citer tu tak best sangat.

Ahh.. tak kire...
Nak tengok jugak.
Aku kan suka tengok movie genre horror, seram, bunuh-bunuh, saiko semua.
Hihi...

Kitorang tengok movie kat MV la.
Punyalah banyak cinema kat KL ni, GSC MV jugak yang jadi pilihan.
Bukannya ape, dekat dengan rumah aku.

Nasib time kitorang sampai tu orang tak ramai lagi kat kaunter wayang.
Sekejapan je beratur, terus dapat beli tiket.



Ni la budak yang suka buat-buat merajuk.
Konon nak suruh boifren pujuk......

Wehhh, jangan muntoh k!


Dapat boifren yang pandai pujuk, sekejap je dah boleh senyum.
Auuwwwww!!



Saiko dia ni... saiko!

Nak buat cane kan...
Kadang-kadang kena jugak buat-buat merajuk.
Kalau boifren tak pujuk tu, dia dah tak sayang la tuuuu! T___T

Nasib aritu dia pujuk.
Still sayang.... still sayanggg..... *tangan didada mata ke atas.


Yeayyy, dah dapat masuk hall.
Tetibe jumpa pulak benda alah ni.
Seram oihhh tengok patung ni.
Kalau orang hadiahkan aku patung ni, cepat-cepat aku buang... Takuitt!


Yang ni tatau la posing pesen ape...


Kasut sama-sama merah...

Eh, nak citer kemenyampahan aku mase duduk dalam hall ni..

Seat aku bersebelahan dengan 2 seat lain which is sepasang couple yang duduk kat situ.
Budak kolej mungkin.
Gile menyampah aku dengan diorang tu.
Dua-dua sama je perangai. Elok sangat la berkapel.

Kesahnya, time citer start tu merpati 2 sejoli ni sibuk duk sembang-sembang pasal citer ni.
Potpetpotpet mulutnya.
Haiihhhh... kot la dah tahu sinopsis, dendiam je dah la.
Ni tak, cara dia cakap tu macam sengaja nak suruh aku dengar.
Macam la aku heran sangat.
Grrrr..........

Tapi kan memang betul la cakap orang.
Citer ni tak best pon.
Terkejut terkejut camtu je la... Itupun sebab efek sound seram.
Ingatkan lebih kurang cam The Conjuring tu.
Kalau movie TC tu memang kecut perut la kannn...

Movie ni aku rate pon setakat 2/5 bintang je.
Rasa laa cam rugi je tengok wayang citer camni.
Silap-silap tahun depan dah masuk HBO astro.


Eh, pes time aku pakai cermin mata time kuar jenjalan.
Serius rasa tak selesa, janggal, malu.....
Tetibe je rasa malu. Ntah pape ntah...


Dah macam Nuha dah aku nengoknye... Hahaha..
Gelakkan diri sendiri.


Elok je dia ni pakai seluar pendek.
Padahal dalam hall tu sejuk kot.


Bajet ensem lerr tuh.


Apepun yang ni jugak maintain cun..


Walhal.............

Tuesday, October 28, 2014

Cerita Raya Haji yang dah berkepuk tapi baru nak publish.. ngeeeeeee.....

Salam readers...

Ewahhh... 8 hari uollss aku tak update belog.
Aku malas nak menaip la lately.
Pastu malas nak edit gambar.
Malas nak letak watermark.
Malas nak ingat tarikh bile kejadian itu berlaku.
Eh, malas semua laaaa...
Hahaha...
Sampaikan budak opis aku (sape lagi kalau bukan Farid) komplen, "Ape la Kak Na ni update belog cerita yang dah berkurun lamanya..." T____T
Nak buek cemano dik oiii...
Hakak khenn femalesssss...

Si Ekin pulak siap cakap, "Sedih la bile bukak blog Kak Na, tak update....8 hari Kak Na..."

Hokey...hokeyy...
Hakak hapdate la ni ye.
Demi hadek-hadek ku sayam... hihi...

Ni cerita Raya Haji yang lepas ye.
Aku beraya kat KL je.
Tak balik kampung sebab plan asal family aku nak datang KL.
Tapi last minute tak jadik disebabkan Kak Long takde.
Kak Long balik Perak, kampung belah Abang Zam.
Aku sentap sebenarnya.
Orang lain beraya dengan family, aku pulak beraya sensorang.
Itupun mujur ada FZ.
FZ kan tak jadi balik kampung dia kat Johor tu sebab tak sampai hati biarkan aku beraya sorang-sorang.
Padahal mula-mula dia beriya-iya dah nak balik kampung.

Pagi tu aku sengaja bangun lewat.
Taknak dengar takbir raya. Takuittt nanti sedih pulak.

Agak-agak matahari tegak, barulah aku bangun.
Kalau dah namanya pompuan, mana-mana pon pergi, akhirnya ke dapur jugak.
Aku dah tatau nak masak ape.
Bukak fridge, tengok ade daging.
Pastu terpandang pulak rempah nasi arab.
Okeh, masaklah nasi arab untuk raya tu.
Senang pon senang.
Rebus daging sampai empuk, pastu amik stok daging campur dengan rempah nasi arab.
Toskan beras basmati yang direndam 30minit, pastu letak dalam periuk yang dah diletakkan stok daging tadi.
Pastu tanak je la nasik tu sampai masak.
Kejap je dah siap.


Makan camni pun dah sedap.
Takyah dah buat lauk lain...
Sekadar makan sorang, boleh la masak masakan ringkas camni.

Tengahari FZ datang rumah bawak macam-macam lauk.
Memula rasa cam tak bermakna je raya tahun ni.
Tapi tetibe je ehhh, meriah la pulak.
Hahaha....


FZ bawak ketupat nasik, sambal kacang, gulai ayam, pastu sayur ape ntah...
Pastu dia teringin nak makan nasi arab yang aku masak tu.
Bertambah-tambah dia makan.
Seronok pulak nengoknya....

Dah settle makan semua, dia ajak aku keluar.
Ingatkan nak pergi mane.
Rupa-rupanya pergi karok.

Kelasss makk... orang lain beraya kunjung rumah sedara-mara, aku pulak berkunjung ke pusat karok. T___T


Outfit raya....
Kononnye laaa...


Menyanyi kemain lagi bersungguh-sungguh.
Hihi...


Dia ni pun kemain lagi bersungguh-sungguh menyanyi.
Dah lama tak karok kann....

Mase pilih lagu tu aku perasan kenapa la mata aku ni kelabu sangat.
Agak-agak mata bertempek kat skrin tu barulah nampak tajuk lagu.
Rasa cam dah teruk je mata aku ni.
Dulu aku pernah la pakai cermin mata tapi aku pakai time tengok tv je.
Sekarang dah nampak melampau-lampau sangat rabunnya.

FZ suggest aku pergi check.
Balik karok, kitorang singgah kat kedai cermin mata.

Check punya check, power mata aku dah naik 250!!
Hoihhh, tinggi tu.
Itupun siap pakej mata kiri silau lagi...

Maka, terpaksa la labur duit beli cermin mata baru.





Itupun aku pakai kat opis dan masa tengok tv je.
Aritu ade pergi tengok wayang, pun aku pakai jugak.
Hoihhh, tak selesa.
Aku bukannya suka sangat pakai cermina mata nih.

Tapi nak buat cemana.
Dah namanya rabun kan...
Selesa tak selesa, kenalah pakai jugak.



Monday, October 20, 2014

Simply D yang simple, NU Sentral

Salam readers...

Sebulan yang lalu (terperam lama-lama nih! mihmihmih...), team FM ajak pergi makan di Simply D, NU Sentral.
Aku on je kalau bab-bab makan ni.
Sebab tu badan gedabukk.. hihihi...

Kebetulan pulak hari tu birthday Ekin.
So celeb birthday girl la..
Sorry ye birthday girl.
Entri dah basi dah.. baru nak publish. hihi..

Kitorang pergi time lunch hour.
Nasib baik kitorang sampai cepat.
Kalau lewat 5 minit, kompem beratur panjang nak dapatkan seat.
Ramai jugak yang makan kat sini.


Birthday girl... Ekin..
Chinese look kan dia... dah la kulit putih melepakk...


Leen.... ketua FM.
Hahaha... dia ni pun kulit putih melepakkk...


Mase kuar dari opis, terserempak pulak dengan Min.
Ajak dia join sekali....
Dia ni pun putih... cina kann..


Ha, dalam ramai-ramai, yang ni kelam sikit.
Sejarahnya, dia dilahirkan lepas waktu asar sebelum waktu maghrib.
So, paham-paham aje la ye.
Tonyoh fair & lovely saploh tong pun belum tentu jadi putih.


Kena order kat kaunter dulu.
Pastu bayar terus.


Dah bayar, diorang bagi nombor meja.


Sementara tunggu makanan sampai, kite sanp snap je dulu.


Deko adalah biase-biase saje.
Kedai ni sempit aje ye kawan-kawan.
Meja pun berhimpit-himpit dan limited.
Bagi aku, tak berapa comfortable la...


Vietnamese Salmon Pho...
Ekin punya..


Chili chicken pastamee, Leen punya..



Fusilli creamy seafood marinara, aku punya....
Sedap!


Carbonara, Min punya...
Banyak gile kot carbonara. Very the creamy!


Ni la makanan kami berempat.


Time kitorang makan, still ade yang masih berdiri tunggu seat.
Kesian diorang.
Ade customer sebelah meja kitorang (takde dalam gambar), punyalah lama dah habis makan.
Tapi still tak bangun-bangun.
Langsung tak consider orang lain yang sedang beratur.
Kok ye pon nak sembang, pergi la tempat lain pulak.
Tak kesian ke tengok orang lain berdiri lama-lama?


Total makan berempat hari tu...
Ok la ni...


Dah habis makan, kitorang terus nak balik opis..
Sekaliiiiiii LRT delay la....
Hadoiiii...
Dah la kitorang dah lewat time tu..... T___T

Tenangkan diri kejap.
Kitorang singgah pulak di Coffee Planet.
Saje cari tempat nak duduk sementara tunggu LRT gerak balik.






Minum lagi....
Memang kembung perut camtu je.

Tunggu punya tunggu, still LRT tak elok.
Aku bagi cadangan untuk naik teksi je.
Maka, naik la teksi kami berempat.
Nasib teksi ada.... fuhhhh... sampai jugak opis on time. :)

Thursday, October 16, 2014

Shopping

Salam readers...

Citer sehari sebelum raya haji baru-baru ni...
Aku adalah tak balik beraya di kampung tahun ni.
Memula parent aku kata diorang nak datang.
Tapi lalass tak jadi sebab Kak Long kena balik kampung belah suami.
Kononnya ada majlis tahlil...
Kononnye laaa.....
Terus parent aku kata tak jadi datang.
Aku suggest suruh sewa homestay atau hotel.
Tapi kononnye pulakkk parent aku taknak aku membazir duit aku untuk bayar sewa.
Ok fine!
Malas dah nak suggest ape-ape...
Merajuk!!

FZ pulak dengar je aku tak balik, terus dia pun cancel plan nak balik kampung dia.
Dia kesian aku beraya sorang-sorang.
Padahal aku tak kisah pon kalau dia balik kampung dia kat Johor tu...

Ingatkan musim raya ni takde la ramai orang sangat KL.
Rupa-rupanya jalan jem jugak.
Shopping mall pun ramai je orang.
Eh, diorang nak tak beraya ke?
Chit chat dengan member member, rupanya ramai yang tak balik kampung.
Oooo.. patutlah KL jem jugak macam hari biase...

Pagi Sabtu, FZ pick up aku kat rumah.
Awal pagi kot...
Baru bajet nak bangun lewat..
Tapi takpelah.. berkorban waktu tido ku sebab dia dah berkorban untuk temankan aku beraya....
Shhoooooooo sshuuuweeetttt...! 

Kitorang ada plan sebenarnya..
Nak gi cari barang aku & barang dia jugak kat Jalan TAR.
Aku tak kire... dia memang kena pergi jugak sana walaupun dia tak suka.


Kitorang breakfast kat Jala Emas Cafe, PJ.
Makanan kat sini sedap-sedap tapi harga la mahal sikit...


Dia ni mengantuk lagi tapi tu laa... gatal nak kuar pagi-pagi..

Dah breakfast sume, kitorang terus ke Jalan TAR.
Dia nak cari kasut sukan....
Aku pulak macam biase kalau gi Jalan TAR memang takde tujuan lain melainkan beli tudung.
Now, aku adalah pengumpul tudung yang murah-murah...
Sebelum ni aku asik pakai tudung mahal-mahal je...
Pernah aku beli tudung ariani RM100 sehelai. Sayang duit ohhh...
Padahal tudung je pon.
Mahal atas jenama je.
Pastu pakai pulak trend Fareeda.. Pun mahal sekitar RM70-RM80 sehelai..
Dulu Fareeda murah-murah je ok..
Bila dah start femes, barulah harga tudung dia naik sampai cecah ratusan ringgit.
Sayang duitt je beli tudung mahal-mahal.
Pastu aku pakai shawl... Harga pon sekitar RM10-RM25 sehelai...
Sekarang ni aku just pakai bawal plain je...
Senang... Harga pon murah..
Boleh dapat M4.50 je sehelai...
Jimat berganda-ganda okeh..

Pakai tudung mahal-mahal pon dapat pujian orang je...
Buat ape nak orang puji kan?
Duit sendiri jugak yang membazir.
Takleh bawak mati jugak pujian-pujian tu.

Aku bawak FZ sampai ke Masjid Jamek..
Hahaha... Sempat belikan dia handkerchief..
Aku tengok dia dah berpeluh-peluh macam dah habis marathon 10km..
Kesian pulak...


Ade 1 kedai kat Masjid Jamek adalah kedai kegemaran aku untuk beli tudung...
Memang kat situ ade macam-macam kaler..
Suruh dia cari kaler yang kite nak, mesti ada.


Sibuk memilih sampai tak sedar FZ tangkap gambar.
Aritu aku sambar 10 helai tudung berlainan kaler.
Puas hati...... dapat tudung banyak tapi bayar sikit..
Heheh...

Lepas tu kitorang pergi ke Sogo....
Orang takde la ramai macam biase tu...
Aku ni kalau berjalan-jalan memang suka sangat pergi ke bahagian living.
Suke tengok barang-barang rumah dan elektrik.
Tak beli pon takpe... tengok-tengok je pun dah buat aku senang hati.
Makcik makcik sangat perangai kannn...
Hahaha...

Pergi kat bahagian bantal, barulah teringat bantal kat rumah tu dah macam tak selesa je.
Sempat la beli bantal ... eh, lupa dah brand ape...
TERamat TERsangat laaa selesa..
Regenya pun RM70 sebijik afer discount...
Wahhh...... kemain bantal mahal.
Sebelum ni aku guna bantal paling mahal pon RM30 je..

Takpe, try bantal mahal.
Tengok tido lena ke tak pasni...
Kalau tak lena jugak, tatau laa...

Ader lagi la 2-3 barang yang aku beli.
Alang-alang datang kan.
Aku payah sebenarnya nak datang ke Sogo ni melainkan time parent aku datang.
So, kali ni dah datang dengan FZ, haruslah shopping barang-barang keperluan.
Dia pulak anje-anje kann aku...
Barang berat semua dia bawak.
Aku bawak barang yang ringan-ringan je...... haha.

Dah shopping, perut rasa lapar pulak.
So, aku bawak FZ pergi food court Sogo.
Aku suke food court kat Sogo ni. 
Macam-macam makanan ade....


Pakwe penat melayan makwe shopping.... hihi


Makwe yang selalu eksaited bile pakwe ajak pergi shopping mall...
Kalau pergi shopping mall tanpa tujuan, mestiiii....at least....akan ada barang yang dibeli.
Dah namanya pompuan kan..


Kitorang order char kueh teow.
Daddy pun suke sangat makan char kueh teow ni...


AKu order jugak tauhu bakar...
Ooohhhh, sedapnye tauhu bakar dia...


Ni la food stall yang aku suka.
Penang...

Dah settle makan, cari barang FZ pulak.
Sian dia nak cari kasut sukan.
Keluar masuk Al-Ikhsan sume... nasib la jumpa kasut yang dia suka.






Kasut yang dibeli takde kena mengena dengan kasut-kasut di atas.
Aku lupa nak snap gambar kasut yang dia beli tu.

So, dua-dua happy.
Aku dapat barang-barang aku. Dia dapat barang dia.
Penat-penat pon puas hati.
Tapi bile seluk-seluk poket... waaaaa....!!!! Duit dah susut.
Tu laa... shopping tak henggat!