Wednesday, December 31, 2014

Holiday 12/2014 : Hello Kitty Town

Salam readers...

Sambungan dari percutian Kekna di Johor...

Oleh sebab Kekna dah lentuk awal malam sebelumnya, takde masalah laaa Kekna untuk bangun awal pagi untuk breakfast.
Kemain lagi pukul 6 pagi Kekna dah bangun dah....
Kalau hari kerja, pukul 6 tu sibuk membuta lagi.. hahah.

Dah mandi, siap-siap semua, Kekna dan FZ turun sekali pergi Cinta Terrace.
Kat situ ada buffet breakfast.



Muke segar je sebab terlebih cukup tido kan....

Kat sini ada macam-macam makanan.
Tapi kan ada 1 je kurang... 
Makanan kat sini lack of seasoning.
Semuanya tawar. Takde rasa.
Hadoiiii....


Bubur ni jugak yang sedap sebab kite letak perasa sendiri.


Soto ayam madura katanya...
Tak kena dengan selera Kekna.

Dalam banyak-banyak makanan, kari ayam yang paling best.
Chef kat sini pandai buat kari je kot...
Makanan lain memang kurenggg la sikit.

Kekna ada jugak call Khairol, tanya dia dah turun breakfast ke belum.
Tapi dia cakap dia lewat sikit.
So, lepas makan Kekna dan FZ masuk bilik memasing, rehat...



Dalam pukul 9:15 camtu, Khairol whatsapp Kekna bagitahu diorang dah siap makan...
So, kitorang jumpa kat lobby resort je.

Kitorang plan nak pergi ke Sanrio Hello Kitty Town sama-sama.
Macam biasa, kitorang pergi sana guna waze laaa....
Memang waze sangat membantu untuk kemana-mana.
Kompem takkan sesat.
Sape la yang reka waze ni ye.... genius betul!

Kitorang bertolak dari resort ke Hello Kitty Town pukul 9:30 camtu, sampai sana dalam pukul 10:10 pagi.
Nasib la kitorang berempat dah beli e-ticket siap-siap.
So takyah sibuk nak beratur beli tiket dah.
Kitorang just kena beratur untuk dapatkan tag tangan je, pastu terus boleh jenjalan kat dalam tu.
Excited kemain laaa nak pergi ke tempat-tempat comel camni...
Lagipun memang Kekna minat dengan Hello Kitty.


Sesape nak makan-makan ke ape, kat sini ada Red Bow Cafe.
Kekna tak sure apa yang dijual kat sini sebab Kekna nak masuk cafe ni...
Just duduk kat luar je amik gambar...



Khairol, Lyana & Baby Rayyan


Eh, Baby Rayyan tengok Auntie Nana laaa...


Amboi, excited benor dia tuh! Hahaha...


Dah dapat tag, terus kitorang naik ke tingkat 1.
Kat sini la HK Town tu.

Korang layan gambar aje la ye...













Masa kat dalam ni, baby Rayyan kemain berlari sana-sini.
Suke benor dia ni...
Kawasan luas, bebudak suka la lari sana sini kannn...
Tak terkejar mak si Rayyan ni.
Hahahaha....

Last last Kekna amik dia dan dukung.
Bawak lari dari mak dan ayah dia...
Menangis terlolong terus...
Hahaha... suka betul sakat baby.










Sempat beratur dan amik gambar Mimmy White & Dear Daniel.





Masa ni Kekna masuk dalam Wishlist Booth.
Ni macam kelas Hello Kitty la..
Jap lagi staff akan bagi kita bracelet dan loket sorang satu.
Pastu kite pasangkan sendiri loket tu kat bracelet.
Dan paling best benda tu akan jadi yang kite punya...
Yeayyyy!!!
FZ punya haruslah jadi yang Kekna punya. hahaha...


Yeay!! Dapat 2 loket...
Comel kan!

Dah habis kelas, Kekna cecepat beratur untuk masuk ke Kitty House.
Yang ni korang WAJIB masuk sebab cantikkkk sangat!
Gerammm je Kekna dengan barang-barang dalam Kitty house ni.
Comel sangat-sangat-sangat!

Ada limit beberapa orang untuk masuk dalam rumah ni...
Takleh masuk ramai-ramai.
Bagus jugak diorang buat camni.
At least takde la bersesak kat dalam ni.



Yang ni ruang tamu...










Meja makan...




Macam-macam hiasan ada dalam kabinet ni...




Dapur!
Cantik betul.
Terus Kekna berangan-angan nak dapur camni...

Nanti dah kawin Kekna nak request la kat laki Kekna suruh buat dapur camni...
Hehehe....
Angan-angan je sudehhhh....






Bilik air yang sangat comel!









Yang ni bilik tidur utama.
Cantik betul katil dia!





Wardrobe!







Kat sini bilik no.2... 
Pun cantikkkk.....

Nak cat bilik kaler ni laaaa....


Dah kuar dari Kitty House, Kekna dan FZ lepak kat Cinnamon Cafe.
Lepak dengan Khairol dan Lyana pulak....


Lyana belikan ni untuk kitorang semua.
Terima kasih Yana!



Baby Rayyan tu nampak cam dah penat je...
Heheheh...

Dah makan, kitorang berpecah balik.
Kekna dan FZ pergi beratur kat Cookie Studio.


Rugi tau tak datang sini...
Ini pun wajib datang jugak...


Sampai giliran, kita akan diberi biskut sorang satu.



Butter cookie...


Pastu kite letak la jem strawberry & jem coklat kat atas cookie tu.


Ini FZ punya...


Yang ni Kekna punya...


Dah siap letak jem, kite boleh makan cookie ni...
Sedap ok...
Tapi kesian FZ, dia batuk...
So, dia tak makan habis pon cookie ni..
Kekna je yang tolong habiskan.
Kekna ok je bab-bab makan ni. hahahah...


Keluar dari Cookie Studio, ada persembahan Hello Kitty dan staff pulak.


Kekna sempat la tengok sekejap...




Ada 1 tempat yang Kekna tak sempat nak pergi...
Hello Kitty Black Magic.
Ramai sangat orang beratur. Tak larat dah nak berdiri lama-lama.
So, Kekna dan FZ naik ke tingkat 2 pulak.
Tingkat 2 ni Bob the Builder.
Sesuai la untuk bebudak laki.. hihihi...




Kebetulan masa Kekna pergi tu, ada persembahan dari Barney and Friend.
Best sangat persembahan dia.
Ramai bebudak yang berdiri sambil join menari dengan Barney.
Kekna pun siap goyang-goyang jugak. Hihihi....

Naik ke tingkat 3, ada banyak permainan.


Kekna sempat naik 2 permainan je.
Bertie The Bus dengan Thomas & Friends.
Sebenarnya ni permainan budak-budak tapi Kekna saje je menggedik join sekali main.
Hahaha... tak salah kan..

Kat sini ada banyak kerusi kalau nak rehat-rehat...
Toilet pun ada kat sini.
Jangan risau, toilet nya adalah sangat bersih.

Seharian duk kat HK Town ni, perut rasa lapar pulak.
So, Kekna dan FZ decide nak keluar dari sini....
Ingatkan nak balik terus, tapi ternampak pulak Super Heroes Boutique.
Haruslah singgah!




Replika kereta Batman.

Kat sini banyakkkk sangat pilihan pakaian.
Cantik-cantik lak tu.
Kekna & FZ sempat sambar sehelai baju sorang.
Masa tu ada sale.
Harga baju yang RM200 ke atas, tinggal RM70-80 je.
Haruslah beli kan.....

Tapi kannnn FZ duk la berkenan dengan T-shirt superman Kekna...
Sibuk je tau... hahah...

Keluar dari situ, kitorang singgah kat Aeon Bukit Tinggi.
Lunch kat kat situ.
Kekna lupa nak snap gambar sebab penat dan lapar sangat-sangat.

Sampai resort, memasing terbongkang tido.

Dalam pukul 6 petang, Kekna turun pergi mandi kolam.
Dah banyak kali dah Kekna usha kolam renang kat resort ni..
Geram geramm je nak turun mandi.
Petang tu kebetulan tak hujan... memang cantik sangat laaa nak terjun kolam.








Kitorang mandi sekejap je pon...
Air sejuk okeh!!!

Pukul 8 malam, kitorang bersiap-siap nak pergi makan malam kat Gleneagles Terrace.
Malam tu ada BBQ okeh. So mahal sikit la kalau walk-in.
Tak kisah la mahal ke murah sebab kitorang pun memang dah tak larat dah nak kuar mana-mana malam tu.
Khairol pun nak join sekali makan kat sini.
So, kitorang lepak reramai kat situ.













Ni je la cerita untuk hari kedua...
Penat dah nak menaip citer panjang-panjang.
Hahahaha....

Pasni Kekna nak citer pengalaman Kekna jejakkan kaki kat Universal Studio Singapore pulak ye...
Tunggguuuuu!!!