Wednesday, January 14, 2015

Aiskrim Magnum

Salam readers...

Bulan lepas Kekna ada attend function MACC kat Mid Valley.
Ikutkan Kekna malas nak pergi.
Tapi dah bos yang suruh, so terpaksala Kekna pergi jugak.
Kekna kan jenis suka berkurung je dalam opis taknak bergaul dengan orang.
Mujur laa Mid Valley dengan rumah Kekna tu tak jauh sangat.

Function pukul 9:30 pagi.
Pukul 9 baru Kekna bertolak dari rumah.
Mujur la senang je nak dapatkan teksi.

Dah sampai kat sana, daftar diri dulu.
Pastu Kekna tunggu Leen sebab ingat nak pergi breakfast dulu.

Kitorang pergi breakfast kat Delicious.


Yang ni Kekna punya.



Yang ni Leen punya... Big breakfast.

Dah breakfast, kitorang naik balik dengar MACC tu berceramah.
Alang-alang tu kitorang ada jugak singgah booth booth yang ada kat situ.

Event sepatutnya the whole day.
Tapi Kekna nak kena balik opis jugak sebab ada kerja kena settle kan.
Sebelum balik opis, sempat la Kekna singgah kat Magnum.
Bukan magnum nombor berekor-ekor tu ye...
Tapi Magnum aiskrim yang very the yummy itu!

Kebetulan on that day orang tak ramai sangat beratur.
Acu kalau pergi hari minggu, berjela-jela kena beratur.





Memula kita kena pilih nak brownie ke, nak vanilla...
Kekna haruslah pilih brownie....


Dah pilih ape yang nak, barulah pilih topping.


Tapi sebelum pilih-pilih tu, kena la bayar dulu.
Kekna amik yang paling murah sekali. RM9.90.

Sebelum masuk tu Kekna ingat mahal bebenor laa makan kat sini.
Padahal saploh hengget je!
Memang mampu sangat nak makan berkali-kali kat sini.


Dah bayar, baru pilih topping.
Ada macam-macam topping yang kita boleh pilih.
Limit 3 topping je tau.
Takleh lebih-lebih.







Kekna pilih rose petal, gold nuggets dan oreo...


Ada 3 jenis coklat untuk salutkan kat aiskrim.
Memandangkan Kekna dah pilih brownie dan topping Kekna pulak semuanya kaler gelap-gelap, so Kekna amik la white choco.
Kang kalau amik dark choco je semua, takut kelat pulak nanti.


Abang ni tengah buat yang Kekna punya... :)


Tadaaaaa.... Inilah yang Kekna punya.
Itam macam Kekna jugak. Hihihi...


Yang ni pulak Leen punya...
Putih macam orangnya jugak. Hihi...



Orang tak ramai, so memang senang la nak dapat tempat duduk.
Kalau pergi weken, jangan harap la dapat duduk kat dalam.
Lepas beli je, terus keluar kedai makan kat luar.

Puas hati la dapat makan aiskrim Magnum ni.
Kekna memang suke bebenor dengan aiskrim ni.
Kekna memang jarang makan aiskrim lain.
Even dalam peti ais rumah Kekna pun memang selalu ada aiskrim ni.
Memang Kekna buat stok.

Dah habis makan, barulah Kekna dan Leen balik opis.
Nasib baik Leen drive kereta sendiri.

Balik opis buat kerjalah...
Hohoho....


Rasa macam gedabuk gila Kekna time ni....
Kekna baru je timbang berat badan tadi.
Kekna dah turun 2 kilo uolsss!!
Hahaha,, terasa macam kejayaan besar pulak sebab selama ni berat Kekna asik naikkkk je.
Payah sungguh nak turun.
Bila dah turun 2 kilo ni rasa macam..waahhhh!!
Pasni nak turun lagi dan turun....
Biar kurus macam zaman Kekna muda-muda dulu.
Eh, Kekna dah tua ke? Hihii...
Umur je dah tua... jiwa muda lagi... kikiki..

1 comment:

Liyana said...

hai kekna :)

iols x suka magnum manis bebenau hihi
kite eskim malaysia je hehehhe