Wednesday, January 21, 2015

Bila bersama keluarga

Salam readers...

Lemau kepala otak Kekna nak memikiorkan tajuk hape nak letak untuk entri ni.
Huhuhu...

2 minggu lepas Kekna memang penuh dengan aktiviti.
Jumaat 2hb Januari tu Kekna cuti.
Takde la cuti sesaje.
Kekna nak temankan daddy Kekna pergi IJN.
6 bulan sekali mesti daddy Kekna kena buat check up kat IJN tu.
Dah tua-tua ni kann memacam la penyakit yang menyinggah.

Khamis malam Kekna bertolak ke rumah kak Long kat Segambut sebab daddy stay kat sana.
Sampai je rumah Kak Long, rehat kejap...
Pastu Kak Long bawak kitorang makan kat Fiske Steakhouse.
Kitorang bertolak lewat sangat kann so meja memang penuh.
Tak pepasal kena tunggu sekejap.

Ni first time Kekna makan kat sini.
Dan makanan dia adalah sangat sedappppp uolsss!
Kekna order spaghetti oil olio.. rasanya memang sangat sedappp...
Lagi sedap dari Kekna masak. Hihii...
Patutlah ramai orang makan kat kedai ni.
Harganya pun takde la mahal sangat.


Daddy, Fifi dan Kak Long...


Abang ipar Kekna, Abang Zam...


Anak sedara Kekna, Alia...
Anak sedara pun lagi besauu dari mak sedara.
Acaner tuh??
Kikikiki...

Dah settle makan, kitorang terus balik.
Lagipun Kekna penat satu hari duk buat kerja kat opis, balik opis je terkejar-kejar packing barang, pastu tunggu teksi datang pick up dalam kehujanan... hoho..
Tapi betul tauu... Kekna bukannya nak promote sesaje.
Applikasi myteksi tu memang sangat berguna.
Sekejapan je menunggu, mesti ada teksi yang akan pick up kita.
Takde charge tambahan pulak tu...
Hari tu Kekna naik teksi executive lagi.
Memula ingat nak amik teksi budget tapi peak hour memang susah la diorang nak datang amik kite.
Tapi bila Kekna tekan je teksi executive, berlambak yang nak amik.
Senang... pick up depan rumah lak tu.
Takyah susah-susah nak berjalan ke stesen teksi.

Esok pagi, Kekna bangun awal.
Yela, nak pergi IJN kan.
Pergi awal, bolehlah balik awal.

Dah lama betul Kekna tak jejakkan kaki kat IJN.
Dah lain dah sekarang ni... makin luas dan selesa.
Cafe pun makin besar.
Dulu Kekna pergi, cafe kecik aje...
Kiosk jualan pun banyak.
Dah sampai IJN tu, Kekna dan daddy breakfast dulu sebab daddy kena makan ubat.


Dah breakfast, kitorang lepak kat ruang legar IJN.
Daddy macam biasa la, baca surat khabar.
Kekna pulak pergi beli majalah kat Mynews.

Nak layan whatsapp yang masuk pun Kekna malas sebab takut bateri cepat habis.
Bukan whatsapp apepun...
Whatsapp pujuk memujuk. Hmmmm....

Pukul 11 pagi jugak laa settle urusan kat IJN tu.
Pastu Kekna bawak daddy Kekna pergi MidValley.
Kekna janji dengan dia nak bawak makan kat Tony Romas Steakhouse.
Kekna tahu daddy memang suka makan steak.

Pergi MV naik teksi.
Tak susah pun nak dapatkan teksi kat IJN tu sebab berlambak teksi menunggu kat tepi jalan tu.

Dah sampai MV, Kekna bawak daddy pergi tukar duit dulu.
Bulan Feb ni daddy ada urusan di luar.
So, kena tukar duit.
Kekna awal-awal lagi dah bagi daddy duit untuk belanja kat sana nanti.

Dah settle tukar duit, terus kitorang pergi ke Tony Romas.
Daddy suruh Kekna tolong order kan untuk dia..
So, Kekna order la ape yang biase Kekna order kalau makan dengan FZ.


Suka nau daddy dapat makan ribs.
Tak habis-habis mulut dia cakap sedappp..
Ha, memang la sedapp daddy.
Harga pun sedapp.. hihih...

Dating dengan daddy ni kompem la gambar Kekna takde.
Hahahah...

Slow-slow daddy makan.
Yela, portion besar kot.
Kekenyangan daddy Kekna tengok.

Kekna : Wahhhh, 80 hengget dah masuk dalam perut daddy... hihi
Daddy : Hihihi... sebab tu la kenyang sangat-sangat ni...
Kekna : Hihi... ok la tu. Bukan selalu daddy.

Lepas bayar je, daddy mintak Kekna resit.

Daddy : Meh sini la resit tu.
Kekna : Nak buat apa?
Daddy : Nak tunjuk kat Ali, daddy makan ni dengan anak daddy.  *Ali tu kawan baik daddy.
Kekna : T______T

Sebak hoih...!
Kekna toleh sekejap kat daddy, tengok-tengok air mata dia mengalir.

Gulpp!!
Tertelan ailio Kekna ni.
Bila dah jadi macam tu, Kekna sesaje je la buat tatau apa-apa.
Padahal perasaan sebak tu dah tersekat kat kerongkong dah ni...

Kekna : Awatnye daddy tetibe selsema pulak nih??
Daddy : Resdung daddy datang.

Dan-dan je kan nak tipu anakmu ini....
Daddy...daddy....
Mana ada resdung yang datang siap pakej airmata..
Lagipun Kekna kenal dengan daddy Kekna tu.
Kalau resdung dia datang, takdenya selsema datang macam tu je.
Biasanya dia akan bersin banyak kali dulu, pastu baru selsema.

Kekna : Pasni daddy nak gi mana pulak? Nak beli apa-apa tak?
Daddy : Daddy nak gi toilet. Nak kencing...

Then, Kekna bawak dia pergi toilet dalam Aeon.
Toilet dalam Aeon tu selesa sikit.
Bersih pun bersih.

Lama berzaman jugak la Kekna tunggu dia kencing tuu...
Tapi naluri anak kannn...
Mak ayah mana boleh bohong.
Time dia keluar je dari toilet, Kekna tengok mata dia still berair tapi dah tak selsema.
Ok, resdung dah sembuh... T__T

Malam tu jugak daddy balik ke Terengganu.
Tapi kesian daddy bawak beg berat-berat naik LRT dari Sogo ke TBS.
Sedihnyaaaaa...
Kalau lahh Kekna ada kereta, takdenya Kekna hantar daddy separuh jalan macam tu.
Jem tak jem, Kekna tetap hantar daddy sampai depan-depan TBS tu...
Terus mood Kekna down masa tu..
Kesian mengenangkan orang buat daddy macam tu. T___T

Sabtu, Kekna dibawa ke Bangi.
Kaklong kan ada rumah kat Bandar Seri Putra tu.
Dah lama sangat dah Kekna tak pergi sini.

Kebetulan ada sales gallery kat kawasan berdekatan.
Perumahan baru akan dibangunkan tapi lupa dah Kekna apa nama perumahan tu.
Tapi developer nya MKH Berhad.
Besar-besar hoihhhh rumah tu..
Regenye pun juta-juta...
Telan ailio je laaaaa.
Ni yang nak berangan 'Kalau aku kaya' nih!
Hahaha...



Saje amik gambor dengan anak sedara..
Dah remaja dah anak sedara sulung Kekna ni...

Dah puas ronda-ronda, Kekna dibawa ke pasar malam Bangi.
Besar tau pasar malam tu.
Banyak pulak gerai, jual macam-macam.
Sempat Kekna beli lampu tido.
Murah je RM10... Comel lak tu. Hihi...

Ahad petang barulah Kekna balik vista.
Rindu nak jumpa katil sendiri. Hihi...


No comments: