Wednesday, January 14, 2015

Doa memohon kesabaran dan doa memohon kekuatan

Salam readers...



Dalam hidup ni ada bermacam-macam dugaan sehingga menduga kesabaran kita.
Kekna selalu diduga dengan macam-macam perkara.
Dan pastinya Kekna redha je.

Kekna pernah menjadi mangsa buli di sekolah, Kekna pernah dimaki hamun depan staff lain...
Semuanya buat Kekna tabah.
Sabar memang diperlukan dalam hidup kita.
Nak buat keputusan pun, kena bersabar.
Nak buat apa saja sekalipun, kena bersabar.
Ketika marah pun kenaaaa sabar.
 Dalam Islam sendiri pun terdapat banyak doa-doa untuk memohon kesabaran.
Doa di atas adalah salah satu doa yang biasa Kekna amalkan...

Salah satu lagi doa yang biasa Kekna amalkan adalah doa dari Surah Al-Hadid ayat 13.
Ayat ini adalah ayat untuk memohon kekuatan ketika difitnah, dipulaukan, dianiaya atau dibenci.
Kekna sebagai blogger sejak 2009 lagi memang ada haters.
Ada haters yang siap mendoakan Kekna mati awal, ada haters yang mendoakan hidup Kekna kucar-kacir.
Nauzubillah.....


Maksudnya :

Lalu diadakan di antara mereka dinding yang mempunyai pintu. Disebelah dalamnya ada rahmat dan disebelah luarnya ada seksa...

Kekna ni orang biasa.
Yang tak lari dari berbuat salah, silap dan khilaf.
Orang lain pun pernah buat salah besar dengan Kekna tapi takde la pulak Kekna mendoakan yang tak baik untuk diorang.
Tapi itulah... hati manusia ni lain-lain.
Kekna pun bukannya baik sangat.
Kekna ni pun jahil.
Tetapi setiap hari Kekna akan cuba untuk mengubah diri supaya menjadi lebih baik dari hari sebelumnya.
Kekna tak suka nak benci-benci orang. Betul!
Kite benci orang pun, ada jugak orang lain yang bencikan kita.
Sama je kan...

Orang fitnah Kekna macam-macam.
Orang kata Kekna kurang ajar, orang kata Kekna tinggikan suara.. sedangkan benda tu Kekna tak buat pun.
Mendengar sesuatu hanya pada sebelah pihak je memang tidak adil.
Even dalam 'Mahkamah ALLAH sekalipun, DIA mempunyai saksi.."
Saksinya adalah tangan, mulut, kaki, mata, lidah...semuanya!
Tiada hukuman yang dibuat tanpa bukti dan saksi.
Jadi tak perlulah kita nak judge orang lain macam-macam kalau kita tak kenal betul-betul orang tu.
Tambah pulak tanpa mendengar cerita yang sahih dari kedua-dua belah pihak.
Lagipun siapa kita untuk menghukum?

Kekna memang jenis huhahuha tak tentu pasal.
Kekna memang suka buat lawak bodoh kekadang.
Kekna selalu jugak cakap lepas.
Tapi itu tak bermakna hati Kekna ni jahat.

Kekna takkan kata kalau benda tu tak betul.
Kekna takkan cakap kalau benda tu tak sahih.
Tapi biasalah... manusia.
Orang macam Kekna ni laa yang selalu disalah erti.
Takpe....

Lambat laun orang akan tahu jugak.
Orang kata, tak kenal maka tak cinta. :)

Cuma apa yang Kekna boleh buat sekarang ni, berdoa dan terus berdoa.
Kembali kepadaNYA, in sha ALLAH semuanya akan berjalan dengan lancar.
In sha ALLAH.



No comments: