Tuesday, January 13, 2015

Entri sekali harung

Salam readers...

Holla...holla...hollaaaa!!!

Waduhhhhh lama benor nih Kekna tak update.
Femalasssss bebenor!
Al-maklum laa nak menaip entri ni kena ada mood.
Kalau takde mood, takleh update sebab nanti entri jadi emo.
Huhuh...

Dah alang-alang menaip ni, Kekna nak update sekali harung la entri ni.
Ni semua berlaku tahun lepas & awal tahun ni...

30 Disember 2014, FZ bawak Kekna makan malam.
Kekna pulak tak berapa sihat.
Tapi kesian pulak kat FZ makan sensorang.
So, Kekna pun keluar aje...





Dah lama kitorang tak makan Pizza Hut PJ.
So, malam tu FZ belanja makan pizza.
Dengar kata pizza yang baru tu sedap.

Tapi memang sedapp pun!
Kekna memang suka cheese cheese ni...

Ingat lagi dulu, pernah FZ bagitahu, "Kalau abang owner pizza ni, abang reka pizza cheese je.."

Tu-tup tak lama lepas tu, keluar la pizza Deluxe Cheese. hahah...


Side dish, tempura prawn.
Favorite kami berdua...
Tapi kannn sekarang ni Kekna dah takleh makan benda-benda berminyak sangat la...
Nanti jadi pening. Huhu...

Order banyak-banyak, pastu tak habis.
Terpaksa laa Kekan bawak balik rumah.

Ok, dah namanya entri sekali harung kannn so Kekna nak update semua gambar yang ada dalam henset kesayangan Kekna ni...

2 Jan 2015 baru-baru ni, ramai orang-orang opis cuti.
Kekna malas laa nak cuti sebab bos cuti kan...
Boleh la berjimba kat opis.
Huahahaha...

Kekna decide nak bawak Alya datang opis.
Lagipun budak gedik tu asik la duk cakap, "Nak pergi opis umi... nak pergi opis umi"

Asal nampak Menara TM tu je, mesti tunjuk-tunjuk, tu opis umi...
Kesian la pulak kannn...
Kebetulan 2hb tu orang tak ramai, so bolehlah bawak dia pergi opis.

Tapi sebelum tu kitorang breakfast dulu kat Delicious Mid Valley.
Kekna la yang ajak makan kat situ sebab lepas tu aku nak pergi Aeon Big nak shopping barang-barang opis.
Si Alya ni pulak boleh harap.
Dia pulak yang sibuk duk mengangkut barang-barang opis Kekna.
Hihihi...


French toast with beef bacon & honey sauce.
Sedapppp okeh!


Yang ni FZ punya.
Blueberry french toast.

Dah makan, dah shopping, FZ hantar Kekna dan Alya balik opis.

Alya memang excited gile kot dapat datang opis aku.
Kemain lagi kan! Menggedik sungguh!
Hahahah...
Opismate Kekna pulak memang dah biasa dengan dia.
Dia pun ingat lagi opismates Kekna... so memang tak kisah kalau Kekna biarkan dia main-main kat opis tu.
Semua duk melayan kegedikkan dia je.
Hihihi...


Tengok movie.
Dia ni sebijik cam Kekna jugak.
Suka sangat tengok citer seram-seram, bunuh-bunuh...
Pastu merungut taknak tengok dah.

Bila Kekna tanya, "Dah tu baby nak tengok citer ape?"
Dia boleh jawab, "Chucky..."
T____T


Kebetulan depan meja Kekna ada white board.
Asik la dia melukis kat situ.
Tatau la dia lukis ape... Kekna biarkan aje dia melukis sebab Kekna pun ada kije kena buat.


Tengahari, Kekna bawak dia turun pergi food court & belikan dia nasi ayam.
Banyak jugak dia makan.
Sedap katanya.
Impress la jugak Kekna sebab sebelum ni dia jarang nak makan nasi banyak-banyak.
Kalau makan pun, sesuap dua je.
Asik nak makan jajan je...
Kekna memang tak galakkan dia makan jajan pun.
Kan tak elok.

Dah makan, bagi dia hisap susu pulak...
Kompem-kompem la dia kenyang.
Dah kenyang tu, bawak dia pergi toilet, basuh tubuh sikit, lap muka, tukar baju, tukar pampers semua, terus Kekna bagi dia tido...
Lena betul dia tido. Sejuk la katakan.
Berselubung dia dengan selimut Kekna.
Dah nak balik tu baru la Kekna kejutkan dia.
Itupun dia merungut-rungut taknak balik...
Hadoiii laaa.. si kenit..si kenit!

Petang, FZ datang pick up Kekna kat opis dan hantar balik rumah...
Hari tu pulak kemain lagi hujan lebat kan...
Nasib baik ada yang pick up. Hihih...

04 Jan 2015, Kekna ke Pertama Kompleks sensorang sebab nak belikan hadiah untuk anak sedara, Alyssa.
Dah janji lama untuk belikan dia hadiah sebab result UPSR dia baru-baru ni melepasi target Kekna.
Kekna pulak jenis menepati janji.
Hari tu Kekna call dia, Kekna tanya la dia,

Kekna : Kakak nak hadiah ape?
Alyssa : Ada satuuu je benda yang kakak nak.
Kekna : Apa dia?
Alyssa : Malu la nak bagitahu...
Kekna : Bagitahu je laa...
Alyssa : Handset...

Gulppp...!
Tersedak iolssss dibuatnya...
Ok la.. ok la... Angah belikan.

Pergi Pertama Kompleks, tengok handset yang berkenan.
Dah check segala benda, terus Kekna grab.
Takyah cakap banyak....
Yang penting, janji dah tertunai.


Kekna belikan dia Samsung Grand 2 Gold.
Henset yang Kekna nak dulu tapi masa tu harga mahal lagi.
Last last dapat kat anak sedara.
Tapi takpelah...
Ni pemangkin kepada anak-anak sedara yang lain untuk belajar bersungguh-sungguh..
Result K.O, takde hadiah. Hahah...

Dah beli, Kekna lepak dalam Sogo.
Tunggu FZ datang.
Makan-makan dulu sebab dedua rasa lapar.


Kekna dan FZ dedua order yang sama.
Char Kueh Teow.


Pastu Kekna order ni.... Tauhu Bakar.
Sedap!

Dah makan, kitorang turun tingkat bawah untuk cari pembalut hadiah.
Nasib baik laa ada wrapping paper yang comel-comel.
Kekna kan suka princess princess ni...
So, haruslah beli wrapping paper  princess...


Balik rumah terus balut...
Nyesal pulak tak beli wrapping paper comel ni banyak-banyak.
Dah la murah...

Ok, sekian saje cerita Kekna hari ni...
Fuhhh, jenuh menaip panjang-panjang.
Hihihi....

Next ada lagi entri citer tahun lepas punya tapi baru nak update.
Huahahahah...







No comments: