Tuesday, January 20, 2015

Fenomena Caliph Buskers & AJL...

Salam readers...

Datang opis pagi tadi, tetibe je kedengaran lagu Romancinta.
Pastu lagu tu berulang-ulang banyak kali.
Kekna ingatkan memula lagu tu datang dari radio.
Rupa-rupanya bos Kekna yang pasangkan lagu tu.

Uihhhh... fenomena sungguh ni!
Sampai bos Kekna pun tergila-gilakan lagu ni.
Hahaha...


Kekna bukan nak cakap ape laa...
Masa penyanyi asal menyanyikan lagu ni, Kekna tak berapa minat sangat.
Mungkin personaliti penyanyi asal tersebut yang agakk selekeh bagi Kekna yang membuatkan Kekna tak suka kot.

Tapi masa Caliph Buskers yang buat persembahan di AJL dengan menyanyikan lagu ni, automatik Kekna terus suka!!
Meremang bulu roma Kekna ni dik non!!
Siap pakej nangis lagi.
Iya, Kekna nangis masa dengar lagu ni.
Rasa macam penghayatan vokalis tu sampai ke jiwa Kekna.
Gittewww!
Poyosss sangat kan... hahaha

Siapa sangka orang yang cacat penglihatan mempunyai kelebihan yang tak semua orang ada iaitu vokal yang mantap!
ALLAH swt itu MAHA ADIL!!
DIA mengurangkan sesuatu tetapi DIA melebihkan sesuatu yang lain.

Siapa sangka penyanyi jalanan dalam sekelip mata diangkat ke pentas AJL yang gah.

Seperti peminat-peminat lain, Kekna jugak expect lagu ini yang menang.
Tapi lagu lain pulak yang menang.
Entahlah, mungkin Kekna yang buta seni kot.
Juri kan lebih arif...

Tapi kan Kekna sebagai pendengar, Kekna rasa lagu terbaik haruslah lagu yang penuh makna, yang boleh relate dengan kehidupan sebenar...
Lagu itu haruslah senang difahami pendengar, muzik yang boleh meruntun jiwa, alunan yang merdu...

BUKANNYA lagu yang memerlukan kita untuk google lirik, barulah faham maksudnya.

Kalau nak katakan muzik rap/hiphop itu bertaraf antarabangsa, then balada pun bertaraf antarabangsa jugak what!
So, ape bezanya?

Kita amik contoh lagu hindustan laa...
Sekarang ni lagu-lagu hindustan banyak yang jenis ala-ala bhangra.
Tapi Kekna nak tanya la, ada ke lagu-lagu macam tu femes? Evergreen?
Takde kan?
Balik-balik lagu Kuch Kuch Hota Hai tu jugak yang orang duk dengar.
Kenapa orang suka dengar?
Sebab alunan muzik dia yang sedap...

So, macam tu lah sepatutnya menjadi lagu terbaik.

International International pun tapi lagu tu tak sedap didengar, sepatah haram pun lirik pun orang tak paham (melainkan kena google dulu lirik, baca & barulah faham), tak payah la nak jadi lagu terbaik sangat.

Ok, tu je komen Kekna.
Kontroversi tak? 
Hihihi...


1 comment:

Liyana said...

iols pun nak lagu ni menang. bergenang mata tengok dorang ni perform isk isk