Tuesday, January 6, 2015

Holiday 12/2014 : Universal Studio Singapore

Salam readers...

Morning!!!
Korang sihat ke? Kekna sihat-sihat aje walaupun mood swing bagai kan...
Orang kata life must go on....
Kawan-kawan Kekna pulak kata time will heal.
Eh, ape yang Kekna melalut pepagi ni? 
Nanti-nanti Kekna citer ye lepas semuanya settle.

Ni Kekna nak kongsi citer hari keempat Kekna bercuti kat Johor tu.
Yela, hari pertama tu kan bermalam kat rumah adik FZ.
Pastu hari kedua check in di Pulai Spring Resort dan jalan-jalan kat Country Garden Danga Bay.
Hari ketiga Kekna pergi Hello Kitty Town.
Hari keempat ni pulak Kekna nak pergi ke Universal Studio Singapore!

Memang Kekna teruja sangat-sangat-sangat nak pergi USS ni!
Salah satu wishlist Kekna untuk tahun 2014 akhirnya tercapai jugak.

Nasib baik kenalan Kekna kenal dengan orang dalam Odyssey Shuttle Bus ni...
So senang sangat la urusan nak pergi ke USS ni.

Ikutkan pukul 7:30 pagi Kekna kena berkumpul di hadapan Tune Hotel, Johor.
Kat situlah Kekna & penumpang lain akan naik bas ke USS.

Pukul 8 pagi kitorang semua bertolak dari JB ke USS.


Awal pagi pun muka dah pucat lesi.
Acaner tu??

Alhamdulillah perjalanan dipermudahkan sehinggalah di Imigresen Singapore.
Kat sana Ya ALLAH, lamanya kena berdiri menunggu untuk cop passport.
Kaunter tempat Kekna beratur tu memang lembsss giloss!
Dekat sejam jugak la baru la kitorang lepas.
Sabo je laaa...

Dah masuk Singapore, hati dah tenang dah....
Yeayyy, suka bangettt nih!


Dah sampai USS!
Ramai betul umat manusia kat sini.
Bercinta jugak la time nak scan tiket ni...

Tapi bila dah masuk dalam USS, terasa... wahhhhhhhh!!!!
Suke...suke...suke.....
Rasa macam kat dunia lain.

Korang tengok gambar aje la naa....








Kekna ada laa tengok review dalam blog-blog orang.
Katanya dalam banyak-banyak tempat, yang paling best adalah kat Transformers the Ride ni.
Tapi makkk aihhh... panjang berjela dia punya barisan.
So Kekna decide untuk jenjalan tempat lain tu.








Bumblebee....


The mummy....


Kat sini pun ada roller coaster.
Boleh la masuk sebab time ni takde la ramai sangat yang beratur.
Itupun dalam 45 minit gak laa menunggu, barulah sampai giliran.


Roller coaster kat The Mummy ni memang BEST!!!!
Terhuyung hayang jugak la aku lepas kuar dari tempat ni.
Hahaha...

Siap ada renjis-renjis air lagi..
Kalau korang datang sini, better korang masuk.












Tengah duk berjalan-jalan tu, ternampak persembahan dari Puss in the boots.
Seronok pulak tengok persembahan ni....

Time lunch, perut pon dah rasa lapar.
Kekna singgah kat Friar's.
Makan kat situ je...


Kekna & FZ makan ni je...



Total SGD29.00.
Kalau darab dengan duit kite, mau RM70 ooiiii....
T___T

Kat dalam USS ni ada banyak kedai makan.
Kiosk pun banyak...
Tapi kena tengok jugak la halal haram kann...
Agak-agak ada tulisan cina ke ape, better takyah masuk.
Tapi biasa la kalau pergi tempat orang ni, ada tanda halal pun belum tentu 100% halal.
Tawakkal je la...

Perut dah kenyang, ape lagi sambung jenjalan laaa...




Shrek's castle.
Lawa gile kot....!






Nampak tak ada tengkorak tergantung??
Hihihi...

Masa ni dah petang sikit.
So Kekna ajak FZ untuk masuk ke dalam Transformers.
Beratur panjang pun beratur laaa...
Orang kata awesome sangat kan... so WAJIB la try.


2 jam setengah ok beratur...
Ya ALLAH, bertabah sangat Kekna hari tu.


Kat belakang Kekna tu adalah All Spark.

Betullah cakap orang.
4D Transformers Simulator Ride ni memang TERsangat BEST!
Kalau boleh Kekna nak ulang-ulang kali naik.
Tapi bercintaa laaa nak beratur lagi kannn...
Kalau pergi hari biasa, mesti tak ramai orang sangat & mesti Kekna naik banyak kali.
Hihihi...


Keluar dari Transformers, tengok-tengok hujan lebat kat luar.
Siap pakej kilat petir lagi.

So Kekna lepak-lepak jap kat tepi jalan.
Tengah-tengah lepak tu, tetibe salji turun.
Semua orang kat situ bersorak.
Terasa macam sambut Christmas lak.

Ala... bukan salji betul pun.
Dia guna buih je.... tapi sebijik nampak macam salji.

Agak-agak hujan dah berhenti, Kekna sambung jalan-jalan lagi...


Nampak tak kapal kat belakang tu?
Tu kapal dalam movie Madagascar.
Besar kannn kapal tuuu....

Dah puas berjalan-jalan kat dalam, Kekna jenjalan kat luar pulak.


Sesapa yang datang sini, wajib amik gambar kat sini.










Gambar terakhir kami berdua!

Masa ni kitorang dah penat.
So, tunggu bas datang je.

Bas memang akan datang pukul 7:30 malam.
Nasib la Kekna dah tunggu bas awal-awal.
Ada orang kena tinggal uollsss....

Sampai Johor pukul 9 lebih malam...
Kitorang singgah makan kat Sekinchan Ikan Bakar belakang Tune Hotel.




Dah rehat, dah makan, kitorang terus balik KL.

Keluar tol Skudai, Kekna dah lentok dah...
Tido tak hengat!
FZ kata dia ada berhenti 2 kali.
1 kat Machap, 1 lagi kat Pagoh.
Kat Machap tu dia berhenti sejam macam tu... kat Pagoh dia berhenti dalam 45 minit macam tu sebab mengantuk sangat.
Tapi dia cakap Kekna tido dengkur kemain, terus dia takleh tido...
Hahahah...

Kul 4 lebih pagi kitorang sampai KL.
Kekna apelagi, nampak aje katil terus sambung tido la..
Penat seharian berjalan dalam USS tu.
Tapi enjoy tetap enjoy!

Next time ada rezeki lagi, in sha ALLAH Kekna nak jejakkan kaki kat sini lagi.
In sha ALLAH...




No comments: