Friday, January 30, 2015

Kerana kesabaran itu ada hadnya...

Salam readers...

Setelah sekian lama Kekna bersabar.

Kawan-kawan fb dan kawan-kawan terdekat mesti selalu dengar Kekna merungut tentang coverage Celcom yang teruk bila Kekna kat rumah since 2013.
Bayangkan laaa, nak call tak lepas. Nak mesej tak lepas. Nak whatsapp pun tak lepas.
Orang lain dah sembang tajuk lain, Kekna baru je boleh baca whatsapp diorang.
Acaner tuh?

Beratus kali kot Kekna call Customer Service Centre (CSS) Celcom untuk buat aduan.
Dan Kekna jugak dijanjikan dengan bermacam-macam janji palsu sampailah Kekna dah naik muak dengar!

First time Kekna call CSS pada Disember 2013.
CSS bagitahu ada masalah kat pencawang dan janji line akan kembali pulih pada 01 Januari 2014.
Tapi sepanjang Januari tu, line makin teruk!
Sekali lagi Kekna call CSS.
Diorang kata Celcom sedang upgrade sistem dan coverage akan elok by February 2014.
Kekna sabar je menunggu.
Dari Februari bawak ke bulan Mac
Dari bulan Mac ke bulan April, line tetap tak elok-elok jugak.
Bayangkan laa kalau Kekna balik rumah je, terus takde line.
Usahkan nak call orang, nak berinternet pun tak dapat!
Tapi bulan-bulan Kekna bayar bil tak pernah tertunggak.
Ok, fine la kannn...
Kekna call CSS sekali lagi.
Jawapan kali ni memang kelakar.
Diorang bagitahu Celcom memang ada masalah dan janji coverage akan elok sehingga Disember 2014!
Hangin laa Kekna!
Terus Kekna mengamuk nak bercakap dengan supervisor CSS.
Kekna pun dah lupa dah apa nama dia.
Dia pun terkejut macam mana Kekna boleh sabar selama ni.

Kekna ingatkan bila dah bercakap dengan supervisor, masalah akan settle la.
Rupa-rupanya takkkk...
Coverage phone makin teruk dan teruk!

Saban bulan Kekna buat aduan, tapi macam tak diendahkan aje...
So, Kekna decide untuk hantar surat cinta kat pihak atasan Celcom.
Kekna nak tengok masing-masing menggelupur ke tak.

Dengan bantuan orang terdekat Kekna, akhirnya Kekna dapat email orang-orang atasan Celcom.
Dengan segala hormatnya Kekna mengirimkan email cinta tersebut pada hari Isnin baru-baru ini.
Hari Selasa, beberapa kakitangan Celcom menelefon Kekna.
Diorang tanya macam-macam.. sejak bila... rumah kat mana...
Siap buat appointment nak datang rumah Kekna sebab nak check ape masalah sebenarnya.
Malam hari Selasa tu jugak abam Celcom datang ke rumah Kekna...
Kekna namakan dia S.


S : Akak complaint kat siapa kak?
Kekna : Kenapa?
S : Semua tengah melompat kak....
Kekna : Complaint kat CEO.
S : Patut laa...

Patut la korang semua menggelupur kan....
Kalau tak, takdenya sampai nak datang rumah bagai.

S bawak booster lagi.
Katanya free...
Ok. kalau free tak pelah...
Fungsi booster ni pulak is tangkap signal dari mana-mana signal yang kuat dan boost the signal ke kawasan terdekat so that coverage kat situ boleh jadi kuat.

S bagitahu jugak report Kekna sebenarnya tak pernah sampai pun kat diorang.
Maknanya CSS tak pernah forward report Kekna pada pihak technician Celcom.
Tau tau je case closed.
Sebab tu takde apa-apa tindakan diambil.
Haram jadah punya CSS!!!!

Paling mengecewakan tindakan ini yang biasa diambil oleh CSS bagi mengelakkan diorang bayar gantirugi kepada Celcom.
Contohnya, if ada sesuatu report yang dibuat dan dihantar kepada Celcom  tapi report tu takde basis dan Celcom tendang balik the report kepada CSS, maka CSS kena bayar certain amount kepada Celcom.
That is why CSS tak forward aduan orang kepada Celcom.

Tu cerita S la...
Based on that story, maknanya CSS tak professional la!

Geram betul Kekna dengar cerita macam ni.
Macam sia-sia je Kekna buat report selama ni.

Sekarang ni pun coverage kat rumah Kekna still tak elok lagi sebenarnya tapi takde la teruk macam sebelum ni.
S cakap coverage tak kuat sebab bangunan Kekna dikelilingi oleh bangunan-bangunan tinggi.
Tapi dia cakap team dia akan cuba untuk boost kan signal kat UM so that signal boleh sampai ke kawasan Kekna.
Yalah... ape-ape je laa...
Yang penting, Kekna nak tahu dalam masa terdekat ni Kekna nak coverage rumah Kekna laju macam dulu.

Diorang kata diorang nak update Kekna something hari ni.
Tunggu je laa...
By 3pm nanti takde update apa-apa, Kekna sendiri akan call diorang.
Malas dah nak sabar-sabar sebab dah lama sangat dah bersabar sebelum ni...


No comments: