Friday, January 16, 2015

KLCC

Salam readers...

Kisah bulan lepas jugak Kekna dibawa jenjalan ke KLCC.
Kekna jarang ke KLCC.
Tak gemor... huhu...
Kat sana ada ramai sangat orang dan majoriti adalah warga asing.
Sangatlah Kekna tak suke.. Hohoho...

FZ bawak Kekna datang sini pun sebab Kekna bagitahu nak beli kasut.
Masuk Vincci, ada la berkenan kasut tu.
Terus Kekna grab. Harga pun baru RM60+.
Pastu Kekna rasa macam tak cukup je beli sepasang.
So, kitorang masuk Isetan.
Kekna beli kasut Everbest.
Kopakkk duit hoihhh... Harga RM300+, sale 50% tinggal RM150++.
Ok la tuu kannn...
Lagipun Kekna beli kasut ni sebab FZ berkenan sangat.
Sesuai dengan kaki Kekna katanya.

Si kecik Alya ni kalau jumpa Kekna je mesti excited terlebih.
Dalam Isetan tu sibuk pulak dia ajak main sorok-sorok.
Dia yang menyorok, last-last dia tak dapat cari Kekna sebab Kekna pun menyorok dari dia.
Pastu menggelupur dia ajak FZ cari Kekna jugak.
Dah jumpa je, terjerit-jerit.
Hahahah....

Kalau Kekna ke KLCC, Kekna suka sangat makan kat foodcourt.
Banyak pilihan makanan dan murah.
Hehehe...


Spaghetti meatballs.
Kesahnya Kekna tak tahu pun FZ belikan spaghetti ni untuk Kekna...
Yang Kekna ni pulak dah pergi jalan-jalan tengok makanan lain...


Walaupun Kekna memang suka western, tapi kekadang tekak Kekna ni transform jadi tekak Melayu pulak.
Kekna beli nasi ayam penyet.
Nampak cam sedap je...

Bila dah duduk je, FZ cakap,

FZ : Nampak sedap je nasik tu...
Kekna : Nak ke? Kalau nak, boleh je nak tukar...
FZ : Abang memang belikan sayang spaghetti ni...
Kekna : La... yeke? Takpelah. Sayang makan spaghetti yang abang beli tu. Abang makan nasi ni ye..
FZ : Eh, takpelah. Sayang makan aje la nasik tu.
Kekna : Laaa... takpe la.. Sayang pun suka jugak spaghetti tu.

Then kitorang tukar makanan.
Tapi Kekna bangun balik sebab nak belikan waffle untuk si kecik Alya.
Kesian pulak dia tak makan apa-apa.


Mood Alya tak elok sangat sebenarnya.
Ntah ape dia gaduh dengan FZ pun tatau laa.
Kekna datang je dia terus mengadu bagitahu, "Papa buat kat baby..."

Olo..olo....olo....
Dia ni memang selalu mengadu kat Kekna macam-macam.
Dia kena cubit kuat-kuat kat pipi pun dia mengadu kat Kekna.
Acaner tu?

Waffle tu pulak besar.
Memang tak habis la.
Kekna dan FZ yang habiskan.


Si bacin....



Dah settle makan, kitorang jalan-jalan lagi...


Kekna : Baby, posing macam kakak kat atas tu....

Hihii...

Kekna laa yang selama ni mengajar dia posing.
Tapi bila dia dah besar ni, dia punya posinggg tuuu hoihhhh Kekna dah takyah ajar lagi dah.


Yang ni dia posing sendiri.


Masa ni memang kelakar.
Kat sebelah dia tu ada badut.
Elok-elok dia posing kat tepi zirafah tu, tetibe dia perasan badut tu nak datang kat dia.
Terus dia panik, berlari-lari kat Kekna.
Muka tu pucat lesi.... hahahha...
Penakut rupanya minah tecit nih..... Kahkahkah...


Tadi kemain lagi gaduh.
Sekarang siap berpeluk-peluk kaki lagi.
Kemain kann...


Tengok tu... ramai orang kann...
Nak-nak kalau hari cuti.
Hmmm....

Ok la... Kekna nak lunch kejap.
Kalau rajin Kekna update lagi ye.
Kalau rajin laa... kalau....

No comments: