Thursday, January 15, 2015

Lunchie di TGI Fridays, The Garden

Salam readers...

Dah lama benor Kekna tak buat food review kan.
First food review untuk tahun ni adalah kat TGIF.
Bagi penduduk Kewl ELL, memang terbiasa atau mungkin pernah sekali pergi makan kat sini.
Salah satu restoran francais yang femes...

Kekna pernah makan sekali lamaaaa dulu.
Itupun dengan kawan... Dia jugak yang order kan macam-macam.
Pastu Kekna tak makan-makan dah...
Tak reti aihhh Kekna nak order makanan kat sini.

31 December tahun lepas, sempena new year eve, Kekna dan kawan-kawan pergi ke TGIF, The Garden.
Olohhhh, setakat The Garden tu, sekangkang kera je dari opis Kekna.. Hihihi...
Opismate Kekna nama Farid tu la asik laa duk berzikir kat telinga kitorang ni, Bila nak pegi TGI.. Bila nak pergi TGI...
Hoihhh...
So, marilah kita pergi ke TGIF secara berjemaah ye.

Sebelum order, meh kite tengok dulu menu apa yang ada kat TGIF ni...















Menunya adalah sangat banyak.
Harga pun estimate RM50 seorang...
Kalau tak mampu, jangan masuk.
Kekna pun terkemut-kemut tatau nak makan ape.
Tengok regenya pun, tertelan-telan ailio ni haa...


Inilah Farid... lelaki yang suka sangat berzikir kat telinga kitorang nak makan ape... nak makan kat mana... hihi..


Perkenalkan sekali lagi, Cik Puan Azleen.
Lately gambar dia semua pesen ayu-ayu..
Biasenya gambar dia mesti ada posing yang tak senonoh... hahaha!


Yang ni toksah diperkenalkan lagi...
Tuan tanah yang very the ayu... hahaha...
Jangan mareee uolss!
Sendiri angkat bakul la kan.


Yang ini pulak Ekin. Minah Melayu nak jadi Korean.
Mana tak nya... opis aku tetibe TERbelajar bahasa Korea pulak dengan dia nih.
Nasib baik muka tu ada ala-ala cina sikit.
Kikikiki...



Yang ni Farid punya.
Kekna pun dah tak ingat nama ape... 
Dah lama sangat kan.. Hihi..
Nampak sedap kan.... Farid kata dia bagi 7/10 bintang.
Kire ok la tu kan....


Beef ribs ni pulak Kekna punya.
Katanya menu ni adalah menu baru kat TGIF.
So Kekna teringin la nak cuba.
Sedappp but jujur Kekna cakap, takleh lawan dengan kesedapan beef rib kat Tony Romas.


Burger yang besar ni pulak adalah Leen punya.
Kekna teringin jugak nak order burger tapi besor sangat.
Kekna tak reti nak makan burger besor-besor ni.
Burger mekdi tu pun susah payah Kekna nak makan.






Menu yang paling lambat sampai.
Ekin punya...
Nampak sedappp je.



Kami!

Bagi Kekna, TGIF ni sama je macam Chillis, Kenny Rogers,...
Harga makanan lebih kurang sama.
Menu je lain-lain.
Kalau sekali sekala nak makan kat sini, ok laaa...
Tapi selalu tu, bangkrap mak nyah!

Kekna bagi 7/10 bintang untuk TGIF ni...
Kalau next time Kekna diajak lagi untuk makan kat sini, Kekna ok je.
Kikikiki....



No comments: