Friday, February 27, 2015

Balik kampung 14 Februari 2015

Salam readers...

Hollaaa...holla...hollaaaaa......
Kekna in da house!!
Petang-petang cenggini baru rasa happy kan sebab waktu kerja dah nak habis..
Weeeeeeee...... Kekna tak sabar nak dating dengan katil dan bantal ni.
Huhuhu...

Citer balik kampung hari tu.
Kan Kekna dah bagitahu Kekna balik kampung dengan flight.
Takmo la naik bas.
Jauh bebenor nak pergi ke TBS tu.
Baik naik flight je.
Sekejapan je dah sampai ke destinasi.

Tiket Kekna malam 14 Februari 2015, pukul 8 malam.
Tq kepada yang menghantar Kekna... hihi...

Kekna sampai kat KLIA2 terlalu awal aritu.
Kul 5 lebih dah sampai.
Sehari sebelum fly, Kekna dah buat web check-in.
So, lepak-lepak dulu kat level 2.
Ramai jugak yang lepak kat situ masa tu.
Masing-masing menunggu flight jugak kot.

Ni 1st time Kekna naik flight sensorang.
Kecut perut jugak la sebab KLIA2 ni kan besar.
Kang dibuatnya Kekna salah masuk lorong ke ape, matik laaa...
Hahahaha...
Penakut paittt nih!

Kekna pulak memang sengaja tak makan sebab nanti dah sampai kampung baru nak makan puas-puas.
Dengar kata kakak ipar Kekna ada buat nasi beriani.
Rugi laaa kalau tak makan kan!
Hihihi...


Si hantu selfie... hihi...

Lepas ke Kekna melepasi kaunter pemeriksaan, Kekna sempat berkenalan dengan 2 orang makcik yang datang dengan 2 orang cucu lelaki dia.
Iollsss kan peramah. Kikiki...
Kebetulan diorang pun nak naik flight yang sama dengan Kekna.
Kekadang Kekna terfikir, ALLAH swt akan hantar pertolongan kepada kita bila kita memerlukan.
Macam malam tu kan Kekna tak biasa dengan KLIA2.
Terhuyung-hayang tatau nak menghala kemana.
Tapi DIA ringankan mulut Kekna untuk bertanya kepada makcik 2 orang tu.
Makcik-makcik tu pulak baik sangatt... Cucu-cucu dia pun baik sangat.
Makcik tu siap suruh cucu dia assist Kekna sekali sampailah kitorang sama-sama naik flight.


Ada orang request gambar Kekna dalam flight. :-)
Gedikkkk sangat tau!

Flight delay 5 minit sebab menunggu 7 orang yang belum naik.
Sepanjang perjalanan tu flight bergegar uolssss!!!
Mengucap panjang Kekna.
Dalam kepala otak duk teringat kes-kes kapal terbang terhempas...
Huhu... nauzubillahi min zalik!

Tapi alhamdulillah Kekna selamat sampai pukul 9:10 minit malam.
Macam biasa, ada driver & bodyguards yang dah menunggu Kekna kat airport.
Hihih...


Yang baju putih tu driver.
Yang 2 orang lagi tu bodyguards.
Hihihih....


Sebab flight delay, diorang pergi minum dulu.
Kesian betul.
Kekna suruh diorang tunggu kat sana pukul 8:30malam.
Tak kire la delay ke tak delay ke... hahahaha
Kekna mengaku memang kejam! Hahaha.. so what??
Aii is kakak okeh. Kakak boleh buli adik. So what?? -___-

Baru je masuk dalam kereta, Amisha terus tanya,

Amisha : Angah.....
Kekna : Ya...
Amisha : Angah nak kawin ke?
Kekna : *Tersedak ailio* Hahahah... kenapa? Tak suka?
Amisha : Jangan la kawin, angah.....
Kekna : T____T

Itu soalan pertama dia... hahahah..
Hadoiiii....
Amisha...amisha....
Takut benor kasih sayang angah dia beralih arah. Hahaha...

Dah sampai rumah, ape lagi serbu nasi beriani laaa...
Hahahaha...
Balik kampung memang confirm tak boleh diet.
Semua makanan nampak tempting je...



No comments: