Wednesday, February 25, 2015

Buat review haruslah jujur kan...

Salam readers...

Baru ada masa nak update ni...

Ya ALLAH busy nya Kekna...
Macam-macam hal la...
Bunga-bunga cinta laa...hape la... kikiki...

Ni nak habaq maiii...
Kekna nak mintak maaf la sesangat if ada yang tak senang hati dengan entri Kekna hari ni.
Kot la ade yang tak sependapat dengan Kekna ke ape.
Kekna bercerita based on experience Kekna sendiri.
If korang mengalami situasi dan pengalaman yang berlainan, takpelah...

Office Kekna dengan NU Sentral memang dekat sangat jaraknya.
Memandangkan food court kat opis Kekna ni jenis bisnes cekik darah, so adalah lebih baik Kekna makan kat luar aje.
Bayangkan laa nasi secoet dengan ikan goreng dengan sayur sikit dah cecah RM8-RM9!
Dah kenapa??
Tu tak campur dengan air lagi.

NU Sentral tu kan tempat baru.
So, tempat-tempat makan kat sana pun of course la yang baru kan...
Ada restoran baru namanya Gravy Factory.
Tengok harga makanan, ok mampu bayar.
Tak mahal sangat dan tak murah sangat.
Standard la makan kat restoran kan.

Geng-geng opis Kekna menggelupur dah nak pergi makan kat sini.
Yela, restoran baru kan.
Excited nak try tu memang lain macam... haha..

29 Jan 2015, Kekna and the gang keluar lunch sama-sama.
Tak sabor dah ni nak makan kat kedai baru.
Orang yang paling excited sekali is Ekin & Farid la... kikiki...


Tempat dia sangat selesa.
Kedudukan antara meja pun jauh-jauh.
Tak sempit dan tak perlu berhimpit.
Kirenye memang selesa sangat lahh!

Decorations pun simple je...
Memang just nice.


Menu list...
Pun simple... fotostat je boleyyy... haha..



Lunch buddies Kekna, Azleen.


Ekin...


Kekna.... -_-


Farid merajuk aritu sebab Ekin dan Leen mengusik dia..
Terus taknak tengok kamera.. Hahahha..

Ok, jom tengok menu yang ada di Gravy Factory.










Betul kan Kekna cakap.
Takde la mahal sangat dan takde la murah sangat...
Kan...kan..kan...


Azleen punya, smoked salmon salad.
Leen kata ok-ok je laa...
Sama je macam kat tempat lain.
Takde wow factor.


Yang ni Farid punya, Chicken ala King.
Farid punyalah excited nak datang sini tapi bila dapat makanan, terus muka dia jadi kelat.
Hahahaha... tobat Kekna kesian!
Ni signature dish kat GF tu tau...

Chicken ala King ni muak je Kekna tengok.
Bayangkan mushroom soup berlambak macam tu makan dengan nasik...
Kembang tekak Kekna.
Tatau la cemana makanan rekaan macam ni boleh jadi signature dish.
Kekna tengah menaip ni pun rasa kembang tekak. Huhu...

Hari tu Farid makan tak habis pun.
Kesian dia.
Dah la dia lapar sesangat masa tu.

Kekna try jugak rasa.
Nasik tu dah jadi kembang duduk dalam soup tu...
Ish... sape la yang reka makanan macam ni.
Kok ye pun nak reka makanan lain dari yang lain, buat la elok-elok sikit...
Mushroom soup makan dengan roti boleh la...
Ini dengan nasik??

-___-


Kekna punya Fish & Chips...
Memula tengok macam wow!!! Portion besar ok...
Fish fillet tu lagi besar dari purse Kekna ok.
Rasa macam puas hati sesangat la ni...

Kekna dah makan separuh.
Sampai part yang separuh lagi tu, Kekna bagi Ekin sikit, Farid sikit...
Mase tu baru Kekna perasan air ikan tu still keluar.
Maknanya ikan tu tak masak!!!
Yang Kekna dah makan tu, bahagian nipis.
So, memang la masak.
Yang tak masak ni is bahagian yang tebal tu.
Dah la hanyir bau tanah.
Potong terus selera Kekna.

Serius frust...
Kekna panggil waiter mengadu benda ni.
Then the waiter amik meal Kekna tu dan bawak pergi ke dapur.
Tak lama lepas tu, dia datang balik dan tanya sama ada Kekna nak yang baru atau takkan dikenakan apa-apa charge.
Kekna pilih taknak charge.
Yela, kalau amik yang baru tu pun, belum tentu ikan tu masak.
Entah-entah mentah lagi..
So, baik tak payah.


Yang ni Ekin punya.
Chicken Maryland.
Ekin kata ayam tu ok... sedap.
Tapi brown sauce dia tu memang out!!
Ekin cakap memang tak sedap langsung!!
Tapi dia makan je la ayam tu kan...
Taknak membazir.

So, kitorang secara automatiknya banned this restaurant.
Servis ok, tempat pun menarik tapi kalau makanan tak sedap, semua benda pun jadi tak best.
Memang kitorang frust sangat-sangat.

If ada tauke restaurant yang baca entri Kekna ni, Kekna nak mintak maaf banyak-banyak.
Nak buat review, memang kena jujur.
Kekna tak suka tipu-tipu.
Kalau sedap, memang Kekna akan cakap sedap.
Kalau tak sedap, Kekna akan cakap tak sedap.
Berdosa kalau menipu.
Dan akan memalukan Kekna jugak.

Ada sesetengah blogger terutamanya yang dah terkenal, apabila dibayar untuk buat review, kemain puji melangit walaupun produk tu tak sehebat mana.
Padahal boleh je tolak the offer.
Tapi sebab duit punya pasal kan sampai sanggup menipu reader sendiri.
Yang menjual kosmetik ke ape, please la jangan nak menipu.
Gambar sebelum kemain snap guna kamera biasa.
Tapi gambar selepas je, guna kamera 360. Guna kamera yang ada software beauty face.
Memang la muka akan nampak flawless.
Mencari rezeki dengan menipu customer, tak berkat jadinya.
Lagipun customer tu reader kita jugak.
Sanggup menipu reader sendiri semata-mata nak untung... ish..ishh..ishhh...

Kekna taknak jadi macam tu.
Biarlah orang nak cakap ape.
Lantakkan.
Yang penting kena jujur.

So back to the story.
Kekna tak tahu la experience orang yang pernah ke restoran ni cemana.
Mungkin bagi Kekna menu kat sini tak sedap.
Tapi bagi orang lain sedap je.
Tekak memasing.

Tak salah jugak kalau korang nak try makan kat sini.
Manalah tahu kot-kot ada menu yang best.
Mungkin hari tu Kekna salah order makanan ke...
Kalau korang nak pergi, order la makanan yang lain dari yang Kekna dan kengkawan order.
Kalau ada yang sedap, share la kat sini ye...






No comments: