Wednesday, February 11, 2015

Dating secretary @ Penyet Express KL Sentral

Salam readers....

Fuhhhh...fuhhhh..fuhhhhhhhhhh......
Tiup-tiup segala habuk dalam blog ni.
Dah bersawang dah. Kikikiki...

Akhir bulan lepas Kekna ada berjumpa dengan kengkawan secretary kesayangan.
Nama je duk 1 bangunan tapi susah kemain nak jumpa.
Nak kena buat appointment dulu barulah boleh jumpa.
Yela, masing-masing busy dengan kerja kan.
Ikutkan sekarang ni pun Kekna busy.
Kerja bertimpa-timpa.
Tapi demi blog kesayangan, Kekna luangkan sikit masa untuk update.

Dah lama sebenarnya set time untuk jumpa tapi kebanyakkan masa mesti busy.
Kalau jumpa pun, mesti tak cukup korum.
So, 28 Jan 2015 akhirnya dapat jugak kami bertemu 4 orang.
Lokasi kat Penyet Express KL Sentral.


Jen Jen & Kak Era.
Jen Jen baru je bertukar status jadi ibu orang.
Congrats Jen Jen!
Moga Zaheen jadi anak yang soleh.... amin....

Kak Era pulak makin hari makin manis plak Kekna tengok.
Ada anak dara cun ohh... hihihi...


Yang itam berkerak ni takyah diperkenalkan lagi ye...


Ayu... dia ni pandai je pakai tudung macam-macam fesyen.
Kalau Kekna ni, tak reti den.
Setakat tudung bawal tu ok la lagi.
Kalau shawl, memang Kekna fail.
Malas haihhh nak belit-belit.

Tapi si Ayu ni kemain lagi... belit sana belit sini, tup-tup dah siap.
Menjadi pulak tu.


Kak Era order bakso kongsi-kongsi untuk kitorang berempat.


Pastu main order, masing-masing amik nasi ayam penyet.
Yela, dah namanya pergi restoran ayam penyet, mestilah order ayam penyet kan...


Kami... :)

Kitorang amik gambar banyak-banyak sebab masa ni ada orang mintak gambar Kekna dengan kawan-kawan.
Takut Kekna kuar dengan lelaki lain lerr tuhh...
Hahahah....


Time jumpa, macam-macam citer kuar.
Citer dah lama peram.
Bila dah jumpa, gamat la jadinya...
Seronok keluar dengan diorang sebab masing-masing sekepala.
Tapi kelakar la dengan Ayu sebab dia ni blur dan lurus sangat.
Hahhah... comel je...
Jen Jen dengan Kak Era kemain lagi taknak amik gambar sensorang.
Malu katanya....
Tapi kalau bab amik gambar in group kemain laju... hahaha..


Kak Era, yang banyak bagi nasihat berguna.
Orang berpengalaman la katakan...

Ayu, yang kelakar yang manis...
Suka sangat dia sebab dia baikkkk sangat.

Jen Jen pun sama.
Baikkkkk sangat. Cakap pun alahai...lembut betul.
Tak pernah cakap benda-benda yang tak elok.



Dua orang single woman snap gambo banyak-banyak.
Ada sesape berkenan?
Kikikiki....

p/s: Korang, kita plan nak jumpa lagi kan...
Bawak Kak Fara sekali kan.
Bila?
Nana ok je mana-mana & bila-bila...
Roger-roger ya!

No comments: