Friday, February 6, 2015

Menyahut panggilan Baitullah

Salam readers...

Hari ni baru ada kelapangan untuk Kekna update belog kesayangan.
Blog yang lagi 1 tu nanti-nantilah ye...

Dah lama sangat dah parent Kekna memasang impian nak menunaikan umrah.
Tapi itulah, rezeki belum berpihak kepada diorang.
Tahun ni kebetulan ada rezeki lebih sikit, tu yang terus zassss daftar untuk ke sana.
Bersyukur sangat Kekna rasa sebab impian diorang nak jejakkan kaki ke tanah suci tu tercapai.
Entah bila laaa agaknya giliran Kekna pulak ye...

Kekna pernah cakap dengan FZ if Kekna kahwin tak kisahlah dengan dia atau orang lain, Kekna nak honeymoon kat sana.
Nak amik berkat.
Honeymoon kat tempat lain tu lain citer.. banyak lagi masa yang ada.

Biasanya bila dapat tahu ada sedara-mara yang nak pergi umrah atau haji, mesti sedara mara akan datang berkunjung.
Macam tu jugak laa dengan family Kekna.
Sedara mara ramai... tetiap hari ada je saudara mara yang datang.
Kalau la Kekna duk kat kampung mesti best!
Kekna suka sedara mara datang rumah. Hihihi...


Antara sepupu sepapat Kekna yang datang rumah.
Gambar ni adik Kekna yang amik...


Daddy Kekna dan Ayah Long..
Kalau dah namanya adik-beradik, cara duduk pun lebih kurang sama.
Ayah Long Kekna ni retisss tau.
Dia penah berlakon dulu dalam filem ape ntah.
Tapi masa tu filem hitam putih lagi.
Daddy & Ayah Long Kekna memang aktif menyanyi sampai sekarang.
Daddy Kekna pun selalu dijemput untuk jadi juri pertandingan nyanyian kat Terengganu...

Dulu kawan-kawan daddy pernah jugak ajak Kekna join kelab nyanyian diorang.
Tapi Kekna tolak... taknak la Kekna masuk kelab bagai.
Susah nak commit nanti.
Daddy Kekna sokong je kalau Kekna join sebab dia tahu Kekna ada bakat.
Tapi biasa laaa... Kekna rasa bakat Kekna takde lah hebat sangat pon.
Mommy Kekna suka la Kekna tak join kelab menyanyi tu.
Kekna acah nak masuk AF pon, dia tak restu. Hahahhaa...

Ok...ok... dah termelalut pulak dahhh... Hahahha...
Back to the main story.

2 hari sebelum berangkat umrah, kazen Kekna ada buat kenduri nikah.
Kekna tak sempat nak balik.
Takpelah... nanti bila dah dapat date sanding nanti Kekna akan balik...
In sha ALLAH...



Dari kiri : mommy, Cik Rus, pengantin lelaki (Abang Ji), pengantin pompuan (tatau nama..huhuh), Cik Ton, dan Mak Su.
Berdiri kat belakang dari kiri : Daddy dan Ayah Su Mat.


Ni pulak family Kekna bergambar dengan pengantin...
Tema kaler biru.
So, semua orang kena pakai biru.

Ni pun time sanding nanti tatau lagi buat tema apa.
Matikk la Kekna kena cari baju... huhu...

Eh, termelalut lagi khennnn... hihi...

1 Feb 2015... hari yang ditunggu dah tiba.
Kekna kemain lagi tak sabor nak jumpa family kat KLIA 2.

Parent Kekna akan naik flight belah petang untuk bertolak dari Terengganu ke KL.
Awal-awal lagi Kekna dah bagitahu Kekna akan sampai selepas maghrib.
Kak Long pun ikut Kekna jugak tapi dia bertolak dari Bangi.


Gambar ni adik Kekna amik masa kat Lapangan Terbang Sultan Mahmud.
Yang baju pepel tu aunty Kekna (adik mommy), Cik Rus.
Yang tengah tu mommy Kekna. Kalau korang tak cam jugak tatau laa...
Banyak kot gambar dia dalam blog ni...
Yang berjubah biru tu aunty Kekna jugak... adik kepada mommy, Cik Ton.


Family abang dan adik Kekna, Iwan yang hantar parent Kekna ke airport Terengganu.


Ni kazen Kekna...
Bujang ni... kije dengan Air Asia...
Dia pun ada time nak hantar rombongan ke KL.




Sempat daddy ber selfie dengan mommy kat dalam flight..
Hahahah...

Maghrib barulah Kekna bertolak dari rumah ke KLIA 2.
1st time Kekna kesini.
Kalau takde urusan, buat ape nak datang sini kannn...
Tapi makk aihhh besornyee airport sekarang.
Dah macam shopping mall dah!


Adik daddy Kekna, Makcik Jie pun ada datang (yang pakai baju merah hujung sekali)..
Kekna rindu jugak dengan Makcik Jie...


Bersembang anak beranak.


Amik berkat sikit dengan adik. Hihi...
Moga-moga Kekna juga berpeluang nak jejakkan kaki di tanah suci satu hari nanti.
In sha ALLAH...


Tengah-tengah sembang, tetibe krup krapp krupp krapp perut Kekna bunyi.
Gastrik!! Huhuhu...

Kekna masak hari tu tapi malam Kekna takdan nak makan...
Last Kekna makan masa lunch.
Pastu tak makan-makan dah sebab sibuk kemas rumah.
Terus Kekna ajak FZ temankan Kekna makan...
Lapor hoihh!


Singgah kat Kopitiam ape ntah namanya...






Makan ni je dah RM51++... Bangkrup!!

Lega dah dapat makan...
Hilang gastrik Kekna.. Fuhh!


Ha, ni la boifren Kekna sejak azali lagi.


Love both of them!


Amik gambar beramai-ramai.... kenangan ni...



Adik bongsu & anak sedara bongsu...

Kekna balik awal masa tu (dalam pukul 11:30malam) sebab FZ dah penat menunggu.
Dia duk bersembang dengan daddy Kekna je...
Dengan mommy, dia ketaq lutut hoihh.. hahaha...


Flight ke tanah suci pukul 2:30pagi...
Bayangkan laaaa.... lama gile kot menunggu.

Keesokkan harinya, Kekna dapat gambar-gambar diorang kat sana dalam whatsapp.
Alhamdulillah diorang dah selamat sampai disana...






Seronoknya dapat pergi sini kan.....

Semoga semuanya berjalan dengan lancar disana dan dapat pulang dengan selamat.
Amin!

Tak sabar nak jumpa diorang next week!



No comments: