Wednesday, March 11, 2015

Berkunjung ke rumah baru Maksu

Salam readers...

Beberapa entri yang lepas Kekna ada mention yang maksu Kekna ajak datang makan-makan kat rumah baru dia.
Wahhh, tak sabar dah ni nak makan masakan Maksu.
Suke..suke...suke...

Tambah Kekna suka bila kitorang akan berkumpul sedara-mara.
Rindunya nak berkumpul ramai-ramai.

Lepas asar, Kekna dan adik-adik gerak ke rumah Maksu.
Mommy dengan Kak Long 1 family gerak dulu naik kereta lain.
Kekna naik dengan Iwan.

Pesat sungguh pembangunan kat Terengganu sekarang ni.
Kalau kat KL banyak perumahan mewah sedang dijalankan, kat Terengganu pulak banyak perumahan kos sederhana dibina.
Memang elok sangat la tu sebab mampu dimiliki oleh orang-orang Melayu.
Kalau kat KL ni nak dapat rumah sebijik pun kena ada at least RM400K dalam tangan.
Acaner tu??
Mimpi je la nak dapat rumah sendiri... T___T
Menyewa je la Kekna bila dah kawin nanti.. sobss...sobsss...

Ok, back to the story.
Cantik betul rumah Maksu ni...
Dah la besar.
Kalau tak silap Kekna sewa sebulan pun baru RM300 lebih camtu...
Rumah 3 bilik tido, 2 bilik air.
Ok la tu kan..
Mana nak dapat rumah sewa harga macam ni sekarang.
Duk pulak tingkat tinggi.
Memang takyah pasang kipas ke ape.
Bukak je tingkap, angin kuat masuk dalam rumah.
Dah jadi sejuk...
Pemandangan pulak mengadap pantai..
Memang lawa laaa...


Mak nampak lagi muda dan kurus dari anak.
Acaner tuh?? Huhuhu...


Tok Mi dan cucu-cucu...
Setakat ni Tok Mi ada cucu pompuan je.
Pasni Nana bagi Tokmi cucu lelaki pulak eh...
Hahahah... Gataiiii..


Mee bandung in da house....
Terbaekkk la maksu masak.
Nyesal sebelum datang rumah maksu tu dah bantai nasik sepinggan.
Kalau tahu maksu buat mee bandung, nasik tu Kekna dah tak pandang dah...


Fruits cocktail...


Ni kuih tradisional.
Kekna tatau ape nama dia.
Bukan pukat buruk atau roti jala ye sebab yang ni ada inti...
Makan dengan kuah santan..

Kekna suruh mommy je suapkan Kekna sebab kalau nak harap Kekna makan sekeping pun belum tentu habis.
Dah tua-tua pun suruh mak suapkan makan lagi eh? Hahahahah...


Antara yang hadir...
Penuh dengan family Kekna je la...


Baju pink tu Cik Ton.
Mak sedara Kekna. Pesara guru ni.
Yang tudung kelabu tu menantu Cik Ton, Kak Ida.
Yang free hair tu Maksu...
Yang tudung itam tu of course la mommy Kekna dan yang pakai tudung oren biru tu Kak Long...

Alhamdulillah kat Maksu sebab dah dapat duduk rumah idaman.
Dulu maksu ni hidup susah...
Makan pakai pun ala kadar je.
Sekarang seronok tengok maksu se family.
Berkat usaha sendiri bukak perniagaan kedai makan.
Maksu pulak memang pandai memasak...

Tu la kan...
Orang kata usaha tu penting.
In sha ALLAH pintu rezeki tu terbuka luas.



No comments: