Friday, March 6, 2015

Kisah balik kampung lagi...

Salam readers...

Penatnya Kekna hari ni...
Lembik dah rasa badan.
Turun naik tangga, keluar masuk amik barang, beli barang.
Huwaaaa!!!

Tapi takpe.
Kekna tetap gagahkan untuk update blog kesayangan ni.

Daddy Kekna kerja kat MajuIkan tau sekarang ni.
Lepas dia pencen dari Syarikat Air Terengganu, kat sini la dia kerja pulak.
Daddy Kekna pulak jenis takleh duk diam.
Dia suka bekerja.
Anak-anak memang takleh halang dia bekerja.

Oleh sebab dia kerja kat MajuIkan tu, dia selalu la bawak balik ikan besar-besar, macam-macam jenis pulak tu.
Kekadang ikan yang tak pernah Kekna dengar pun, ada dia bawak balik.



Pagi tu daddy Kekna bawak balik ikan ape ntah.. namanya Remong Belang.
Daddy la yang bagitau.
Daddy cakap ikan ni 100 gram RM6.
So maknanye sekilo RM60!
Perghhhh...

Sehari sebelum tu, daddy bawak balik ikan kerapu.
Dah siap buat masak 3 rasa dah... Hihihi...

Kalau daddy bawak balik ikan, biasanya Kekna akan tolong mommy siangkan.
Tak sampai hati pulak biarkan orang tua tu siang ikan sensorang.
Walaupun Kekna ni sebenarnya kembang tekak jugak main dengan isi perut ikan tu.
Geli kata kau!
Hanyir dia tu kekadang sampai Kekna makan guna sudu. Cuci tangan banyak kali sampai bau hilang tau.
Huhuhu...

Kekna suka balik kampung sebab petang-petang mesti ada makan-makan.
Kampung Kekna ni terkenal dengan keropok lekor.
So, time minum petang tu wajib ada keropok lekor.
Sekarang ni ada 1 kedai keropok lekor sedaapppp gile, dekat sangat dengan rumah Kekna.
Keropok dia makk aihhh lembut gile.
Masa balik aritu, Kekna ingatkan nak beli la bawak balik KL.
Tapi takdan nak beli sebab sold out. T___T



Satu makan makanan wajib ada masa minum petang is pisang goreng.
Pisang goreng kat sini sedap.
Besar.
Tak macam kat KL. Potong kecik-kecik.
Hohoho... mengidam lerrr pulok.

Beberapa hari sebelum tu, Kekna ada pergi ke Mydin Mall dengan mommy dan Kak Long.
Macam biasa la bila Kekna balik je mesti ada yang request spaghetti bolognese.
Sekali sekala balik, ape salahnya kalau Kekna masakkan.
Kesian tau kalau tak tunaikan.
Lagipun modal bukannya banyak sangat pun.

Petang tu, Kekna siapkan awal-awal kuah spaghetti sebab ikutkan petang tu auntie Kekna ada buat makan-makan.
Daddy Kekna terintai-intai ape anak dara dia buat kat dapur.

Daddy : Buat ape tu?
Kekna : Kuah spaghetti...
Daddy : Wahh... sedap ah... bagus bagus...

Senyum lebar Kekna.
Kekna tahu daddy suka spaghetti bolognese yang Kekna masak.


Tenkiu banyak-banyak kat FZ sebab dia yang ajar Kekna buat spaghetti ni...
Cuma biasa la Kekna kan derhaka sikit.
Suke-suke je tambah sosej dalam tu. Hihi...

Citer rumah auntie Kekna tu lenkali Kekna citer dalam entri lain eh... 


Dah balik dari rumah auntie, Kekna panaskan kuah spaghetti dan rebus spaghetti terus.
Habis 1 paket spaghetti dengan 1 botol kuah bolognese.

Fuhhhh...
Suka Kekna tengok diorang makan.
Daddy asik la duk puji sedap.
Kombang idung Kekna ni. Hahahaha...

Anak-anak sedara Kekna pun puji jugak.
Yela, bukan selalu makan macam ni.

Malam tu jugak masakan Kekna habis.
Puas hati penat masak tapi berbaloi... :)

No comments: