Monday, March 23, 2015

Mandi kolam di TH Hotel, Kuala Terengganu

Salam readers...

Ewaahhhh... Lama betul Kekna bercuti dari update belog ye...
Mood adalah kelaut untuk menaip ye sayam-sayam.
Tapi dalam FB memang Kekna aktif.

Eh, sebut pasal FB, ramai betul yang add Kekna lately.
Tatau la datang dari mana tapi Kekana syak datang dari pompuan sawan.
Takpelah. Biarlah dia dengan kesawanannya yang tak habis-habis tu.

Ok, abaikan pasal ni.

Sambung citer pasal balik kampung hari tu.
Lama dah ni tertangguh entri ni.
Hihih...

Kekadang kalau balik kampung ni, ade je aktiviti on the spot.
Tak dirancang pun sebenarnya.
Asalnya Kekna sepatutnya ikut parent Kekna pergi ke Kota Bharu.
Tapi itulah, bila fikir balik cuaca KB yang tersangat panas tu, Kekna rasa was-was pulak nak ikut.
Lagipun bukannya Kekna ada apa-apa pun nak beli.
So Kekna cancel ikut diorang pergi sana.

Al kisahnya tetengah duk sesaje kat rumah, abang Kekna (Abang Yu) ajak pergi mandi kolam.
Kekna dengar je terus laaa excited...
Terus menggelupur bersiap nak mandi kolam.
Hahahaha...

Maka, kitorang pergi bertujuh. Naik 2 buah kereta.
Kekna, Abang Yu, Kak Ejam, Alyssa, Amisha, Iwan dan Alia.

Kitorang mandi di Tabung Haji Hotel, Kuala Terengganu.

Kolam hotel ni open to public.
Tiket masuk untuk adult RM15/orang.
Kanak-kanak (umur 5-12 tahun) RM13/orang.
Towel dan makanan luar tak dibenarkan sama sekali.
Maksudnya makanan tu korang takyah la susah payah nak masak ke ape.
Kalau rasa lapar, nak tak nak kena order je dengan hotel.
Tu pun kalau mampu.
Kalau tak mampu tu, tahan je la lapor tu ye.
Dah settle mandi kang, korang pi la cari kedai kat luar hotel yang jauh lagi murah.
Towel pulak kena sewa RM3/helai.


Pemandangan kolam rekreasi TH Hotel.
Cantik kan...
Kalau sekadar nak beriadah dengan family tu, boleh sangat la datang sini.

Lagipun kat K,T ni ape lah sangat hiburan yang ada.
Ni pun dah kire ok sangat dah.


Memula Kak Ejam order air 2 gelas dengan keropok lekor.
Sekejapan je habis.
Bebudak ni kan cepat lapar bile berenang.

Kesian pulak Kekna nengoknye..
So, Kekna order la pizza, air segelas sorang, dengan keropok lekor.





Total RM99.00.
Menangis Kekna ok!!! T____T
Kalau makan kat luar tak sampai RM50 pon....
Sobsss...sobssss....


Bajet... buat-buat tido 
Nyampassssss...  -___-


Abang Yu dan Kak Ejam.
Kak Ejam maintain je kurus...
Nyampasssssss haku! -___-


Kolam ni kecik je.
Tapi cukup la kalau sekadar nak beriadah dengan family tu...


Alia... pemalu benor orang nak snap gambar...


Misha ni asik nak berkepit dengan Kekna je...
Time berenang pun nak berkepit.




Ada orang puji Kekna comel.........
Hahahhaha...

Tapi tangan Kekna dah rentung...
Huhu... lama kot Kekna berenang.
Dari kul 2:30 petang sampai kul 6 petang.
Ko ghasee??
Huhuhuhu....

Kolam ni dibuka setiap hari dari pukul 7 pagi sampai 7 malam tau.
Kot kalau takde ape nak buat, boleh la datang mandi manda kat sini.

Alamat :

Tabung Haji Hotel,
Jalan Lapangan Terbang 
21300 KT.
No. phone : 09-6686666



No comments: