Monday, March 2, 2015

Serbu ke kedai makan Maksu

Salam readers...

Al-kisah balik kampung lagi.
Awal-awal lagi masa jejak kaki kat rumah, Kekna dah bagitahu mommy yang breakfast esok pergi serbu kedai Maksu.
Maksu ni adik ipar mommy.
Maksu ada kedai makan kat belakang pasaraya Hock Kee Seng Astaka, berdekatan dengan Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu.

So far masakan Maksu memang terbaekkk!!
Kak Long dengar je aku ajak mommy nak pergi kedai Maksu, tetibe dia pun nak join sekali...
Shahril & Shazrin pun sama.
Ok, meh kite pergi ke kedai Maksu secara berjemaah... :)

Sanggup Kekna bangun awal pagi semata-mata nak pergi ke kedai Maksu.
Tak sabar ni nak makan masakan Maksu.


Kak Long order nasi lemak ikan bilis...


Kekna dan Shahril order nasi minyak Terengganu.
Nasi minyak Terengganu ni lain sikit tau.
Kuah gulai dia manis, sambal pun manis gak....

Allahu, Kekna teringin lagi nak makan bila tengok gambar ni... huhu...


Mommy makan nasi impit gulai kacang...
Sedap mommy cakap.


Shazrin pulak order nasi lemak ayam goreng.


Pastu Maksu bagi pulak daging gulai...
Very the empukkk uolssss!!!
Ya ALLAH, kat KL ni mane Kekna nak cari nasi minyak Terengganu??
Huhuhu......


Adik bongsu Kekna.... Shazrin.
Puas Kekna kejutkan dia dari tido.
Hoihhhh, liat betul ni... Tu la, tido lewat lagi..


Mommy....


Shahril...


Kak Long...




Lupa pulak Kekna nak snap gambar Maksu dan Ayah Su.
Sibuk makan sambil sembang kannn...

Memang tak puas la makan makanan Maksu.
Tu tak makan lagi nasi goreng cina maksu...
Fulamakkkkk terbaekk uolllsss!!

Oleh sebab tengok anak sedara suka sangat dapat makan masakan dia, Maksu ajak pergi rumah dia 2 hari akan datang.
Katanya nak buat makan-makan.
Kebetulan pulak Maksu baru je pindah ke rumah baru.
Kekna pun ape laggiiii, melompat la...
Sukaaaaa!!

Kekna bukan sesaje nak promote ke ape.
Tapi memang sedapp...
Ikutkan kalau weekend memang tak menang tangan Maksu dan Ayah Su berniaga.
Kedai memang penuh dengan pelanggan.
Siap ada pelanggan tetap lagi.

So, sesapa yang ke Kuala Terengganu, jangan lupa singgah ke gerai Maksu Kekna tau.

Gerai No. 21,
Belakang Pasaraya Hock Kee Seng, Astaka,
Kampung Tanjung.

Berdekatan dengan Dataran ShahBandar.


No comments: