Monday, April 13, 2015

Bila Kekna memasak dan resipi-resipi

Salam readers...

Sejak duduk jauh dari family ni memang Kekna rajin memasak.
Yela, kalau duk kat kampung, bab masak-masak ni Kekna serah kat mommy je.
Dia kan chef terhandal dalam rumah tu.
Kekna tolong apa-apa yang patut je.
Kalau tak tolong nanti, mau nye berterbangan periuk belanga hempap kat dahi Kekna.
Ape ni anak dara malas duk dapur?
Hihih...

Kekadang kalau ada masa lapang, Kekna akan masuk google dan search resipi-resipi yang senang-senang.
Kalau resipi susah, memang fail la kan...
Rempah ratus pun bukannya Kekna tahu pun satu-satu. Kikiki...
Acu sebut jintan manis ape jadah ntah... memang Kekna tak tahu....
Hahaha.. pecah rahsia! Opppsssieeee...

Kalau dulu Kekna minat sangat baking mem-baking ni.
Seronok nak deko sebenarnya.
Sekarang ni dah slow sikit baking.
Kalau baking pun time teringin nak makan ape-ape... macam hari tu tetibe Kekna teringin nak makan congo bars.
So, cecepat pergi dapur tengok bahan-bahan semua ada, terus Kekna buat.
Buat pun sikit je sekadar nak makan sorang kan.

Sekarang Kekna lebih suka fokuskan untuk belajar memasak masakan harian.
Kang nanti nak masakkan untuk laki...
Takkan nak bagi makan kek aje kan.
Kenalah belajar masak lauk pauk jugak.
Masalahnya Kekna masih tak boleh belajar masak sayur-mayur sebab Kekna memang tak makan sayur.
Huhuhuhu....

Sekarang ni Kekna fokus masak lauk pauk yang senang-senang.
Berlambak-lambak dalam internet tu resipi yang senang.
Tapi sebenarnye Kekna banyak jugak rujuk kat mommy.
Dia kan chef terbaik... hihih..

Bila Kekna masak, Kekna tak reti masak satu lauk je.
Mesti at least ada 2 lauk.


Hari tu Kekna masak telur masak tomato dengan ikan bawal goreng.
Kekna suka sangat ikan bawal sebab isi dia lembut....

Telur masak tomato ni senang je....
Pejam mata je boleh siap.
Kot sesape yang pemalas nak masak tu, boleh laa buat kuah ni...

Kat bawah nanti Kekna letak resipi ye...


Sehari selepas tu, Kekna masak sambal sardin, ikan goreng dan telur dadar.
Kali ni buat 3 lauk.
Makan macam ni pun dah sedap dah...
Resipi sardin tu kalau ada yang mintak, Kekna lengsinggg nanti.
Masak sardin ni benda basic je tau....


Ni 1st time Kekna try buat kari ikan merah version mamak.
Masakan Kekna ni dapat pujian dari si dia uollsss!!!
Teruja Kekna.
Hahahahah...
Bertambah-tambah si dia makan. Banyak lak tu.
Rasa bangga gile sebab 1st time masak dah dapat pujian.

Resipi kari ikan merah ni pun senang.
Kacanggg je...
Yang penting tak guna santan.

Kuah kicap tu saje je Kekna tambah.
Kononnya nak buat kuah kicap madu sebab favorite si dia.
Tapi madu pulak takde...
So, jadilah kuah kicap biasa.
Dah ala-ala nasi kandar kan... Hihihi...

______________________________________________________

Resipi Telur Masak Tomato

Bahan-bahan :-

Telur
Bawang besar dimayang bulat-bulat
Bawang merah dikisar halus
Seinci halia ditumbuk
Bawang putih ditumbuk
Sos tomato
Sos cili
Cili padi ditumbuk
Minyak
Air
Garam, gula, ajinomoto
Cili hidup *Untuk hiasan

Cara-caranya :-

Goreng telur seperti biasa. Buat telur mata.
Kalau tatau nak goreng telur, Kekna cepukk nanti... hahaha.
Kemudian asingkan.

Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan cili padi sehingga naik bau.
Kemudian, masukkan sos tomato dan sos cili.
Anggaran sos tomato dan sos cili mestilah sama ye (Contohnya kalau sos tomato tu 5 sudu besar, sos cili pun mesti 5 sudu besar jugak).
Sos tu boleh letak lebih kalau nak kuah lebih dan pekat.
Dah mendidih sikit-sikit, masukkan air.
Jangan banyak sangat. Nanti kang kuah cair sangat ler pulak.
Kacau sikit bagi sebati dan tunggu hingga mendidih sekali lagi.
Kemudian, masukkan garam, gula, ajinomoto secukup rasa.
Dah masak, masukkan bawang besar dan cili hidup.
Kacau-kacau sikit kuah tu, dan tunggu sampai mendidih sikit.
Curah laa kuah tu atas telur mata tadi.
Siap!

Senangkan!
Sap sapp soii je!

........................................................................................

Ok, resipi kedua.

Kari Ikan Merah versi Mamak

Resipi ni tak guna santan ye hadek hadekk...

Bahan-bahannya :-

Bawang merah dikisar
Bawang putih ditumbuk

Rempah kari ikan (Kekna guna adabi)
Ikan merah (bersih siap-siap)
Air asam jawa
Daun kari
Tomato buah *
Bendi *optional
Air

Cara-caranya:-

Bancuh serbuk kari dengan air panas untuk dijadikan paste.
Tumis bawang merah dan bawang putih.
Pastu masukkan paste kari.
Tumis sampai naik minyak.
Kemudian, masukkan daun kari dan ikan.
Kacau sikit-sikit, pastu masukkan air asam jawa.
Sikit je tau, jangan banyak-banyak takut nanti masam pulak.
Pastu masukkan sedikit air.
Jangan banyak sangat takut nanti cair.
Kalau cair, tambahkan paste kari tadi.
Then, barulah masukkan garam, gula, ajinomoto.
Biarkan mendidih dan ikan masak.
Last sekali barulah masukkan tomato dan bendi.
Tunggu sampai mendidih.
Siap!


Selamat mencuba!



No comments: