Tuesday, April 14, 2015

Humble chef truck

Salam readers...

Citer awal bulan lepas...
Kekna keluar jenjalan on weken.
Dari petang kuar melarat sampai ke malam.
Dah lama tak buat kerja gile keluar lama-lama.
Biasenya Kekna kuar kejap je..
Dalam 2-3 jam, pastu terus balik rumah.
Tapi hari tu lepas geram kuar lama sikit.
Hihihi...

On the way balik rumah, Kekna lalu ikut Bangsar.
Lupa pulak tengah-tengah malam jalan Bangsar tu ditutup.
So, terpaksa laa pusing ikut jalan lain.

Dah ikut jalan lain, tetibe tersesat pulak.
Ikut jalan tu, ikut jalan ni... tetibe ternampak truck food.
Macam menarik laa pulaksss...

So, terus singgah kejap.
Nak jugak tengok dia jual makanan ape kan...


Inilah truck nye...

The Humble Chef Truck namanya,


Dan ini pulak menu nya....

Murah sangat uollssss!!!
Kekna memang teruja tengok makanan harga murah-murah macam ni...
Terus rasa macam nak order semua.
Tapi ku tahankan nafsu.
Ate nak kurus kannn....
Memalam mane boleh makan banyak.
Nanti perut buncit.


Chef yang sangat peramah...
Sporting bile Kekna mintak izin nak amik gambar dia.
Senyum lebor ye, bang! Hihii...

Dah order, dia akan bagi nombor.
Nanti makanan akan sampai kat meja kite.




Sunyi sepi jalan.
Kalau tak, jalan ni la yang duk jem hari-hari.
Indahnya pemandangan malam-malam.


Kekna on that nite.
Suke laaa malam-malam dapat makan western.


Spaghetti aglio olio....
Sedappppp!!!!
Portion memang sesuai dengan harga.
Udang tu fresh uolsss!
Eh, pendek kata memang sedap laaa...

Rugi pulak Kekna tak try roti pita dia.
Baca review semua orang cakap sedap.

Memang recommended sangat makan kat sini.
Harga murah, makanan sedap, service pun cepat.

Rasa macam nak repeat makan tapi tu la kekadang malas pulak nak kuar malam-malam.
Ia beroperasi setiap hari kecuali Ahad dari 9:30 malam sampai 12:30 pagi.

Lokasinya Kekna payah sikit nak citer sebab tersesat kan...
Ade hikmah rupanya tersesat ni.. Kekekeke...

Boleh rujuk GPS 3.144991,101.663776

Address :

The Humble Chef Truck,
Jalan Damanseri,
Pusat Bandar Damansara
50490 Kuala Lumpur.


1 comment:

RedLife2Love said...

food truck ni pnh msuk dlm food review 8tv best in the world. tgk pn mcm menarik. tp blm berkesempatan nk pegi. huhu