Thursday, April 2, 2015

Kenduri kahwin Norman

Salam readers...

Terasa lama bebenor tak update blog.
Tengok last entri, hari Isnin minggu lepas.
Woohoohohoo... lama sangat dah tu.
Sorry guys. Banyak benda sangat Kekna kena uruskan.
Sebab tu agak kebizian sampai takdan nak update.
Tapi Kekna aktif fesbuk.
Apa-apa hal, memang Kekna update kat situ.

Sambung citer pasal balik kampung bulan dua hari tu.
Supposed Kekna naik flight on 21 Feb 2015.
Tapi kawan Kekna cakap boleh tumpang dia balik on 22 Feb 2015 , so lagi elok Kekna balik dengan dia sebab 21 Feb tu kawan sekolah rendah Kekna ada buat majlis sambut menantu kat Dungun.
Dah alang-alang balik Terengganu, Kekna nak jugak pergi ke majlis tu.
Lagipun, nanti boleh la jumpa kengkawan lama.

Kekna pergi berempat.
Kekna, Iwan, Amisha dan Alia.
Bebudak tu kan kemana je Kekna pergi, memang diorang suke ikut.


Baru je start perjalanan, dua-dua dah terlentang dah kat belakang.
Mengantuk sangat.
Yela, kena bangun awal bersiap.
Malam sebelum tu kemain lagi tido lewat sebab nak tengok citer hantu.
Time tengok tu memasing sibuk sembunyi bawah selimut...
Baik takyah tengok citer hantu kalu cenggitu kan.. hahaha...


Dah sampai kenduri kat Kampung Gong Pasir.
Spot me...spot me..! 


Kawan lama Kekna, Hamidah (tudung pink) dan Eta.
Hamidah tu memang kawan baik Kekna la zaman sekolah rendah dulu.
Kat sekolah asik berkepit je, petang pun keluar main sama-sama.
Ate rumah dekat bebenor.
Kekadang tu siap parent kitorang join main sekali.
Ishhh... rindunya zaman kanak-kanak.


Oo emm geee!!
Gemoknyeeee Kekna.. Dah la itam legam.
Acaner nak tawen ni? Huhuhu...




Banyak benor gambar pompuan 3 orang ni..
Jurugambar lak layankan aje perangai 3 orang gedikss ni.
Tergelak kitorang.. Midah la asik buat lawak je...Hahah...


Pengantin lelaki yang berbaju melayu hijau duk sebelah Kekna tuu..
Gataiiiii... baru kawin dah nak test market.
Cubit kang baru tau... hahaha...

Tapi pengantin lelaki tu rapat dengan Kekna mase sekolah dulu.
Ate sekelas kan...
Dia pun jenis huhahuha jugak la.
Same je macam Kekna pun.


Amik gambar beramai-ramai...
Entah bile pulak boleh berkumpul ramai-ramai cenggini lagi eh?

18 tahun tak berjumpa dengan diorang.
Memasing ada yang dah kawin, ada yang dah ada anak, ada yang masih bujang, ada yang status J dan D.
Tak sangka kitorang masih bersatu hati.
Memasing sporting lak tuu..

Ramai yang tegur muka Kekna tak berubah.
Tapi badan je makin membesor.. hahaha... 

Takpelah. Dah ada yang sayang.
Chewaaahhhh!

Dah balik, Kekna photoshoot kat area rumah lama Kekna.
Menggamit nostalgia katanya.
Tempat Kekna membesar.
Pasal photoshoot ni, ada masa Kekna update ye...
Itupun kena tunggu Kekna rajin la... kikikiki...

On the way balik ke Kuala Terengganu, Kekna suruh Iwan berhenti kat Pantai Batu Burok.
Makan petang kat situ.
Lagipun Kekna tahu anak-anak sedara Kekna tu kompem lapar.
Dalam kereta pun sibuk membuta je masing-masing.
Hahahah...


Order aiskrim goreng.


Pastu order jugak makanan-makanan cenggini..
Siap ada bentuk angry bird lagi uollss.


Dan ini...
Ape ntah namanya ni.. sedap jugak.

Petang-petang kat Pantai Batu Burok memang banyak makanan cenggini.
Makan sambil menikmati angin pantai.
Syookkk ohh...

Balik kampung takde benda lain yang Kekna akan terjah selain dari makanan.
Sebab ada makanan kat kampung yang takde kat KL.
Kalau ada pun, mesti resipi dah bertukar.
Sangat tak best disitu.
Huhuhu...

Dah kenyang semua, barulah balik rumah.
Rehat.
Eh, takde lah rehat mana sebab Kekna sibuk packing barang nak balik KL keesokkan harinya.
Tak puas duk kat kampungggg...
Huhuhu.... T___T


1 comment:

Liyana said...

mesti rapat dgn anak2 buah kan... makciknye sporting ni :)