Thursday, April 9, 2015

Lelaki

Salam readers...

Seminggu sekali kau datang padaku membawa cinta yang suci....
Ewahhh...ewahhhh....
Tetibe petang ni menyanyi lagu Mas Idayu pulakssss...

Hari ni Kekna nak membebel pasal LELAKI.
Bukan bebel marah-marah ke ape tau.
Tapi membebel lebih kepada berkongsi pendapat.

Dalam hidup, Kekna pernah kenal dengan macam-macam jenis lelaki.
Ada lelaki jenis cenggitu, ada lelaki jenis cenggini.
Lelaki selalu cakap perempuan adalah makhluk aneh kat bumi ni.
Hoiiii, suka ati je cakap pompuan cenggitu kan.
Sebenarnya lelaki laa spesis yang paling aneh kat seantero alam ni tau.

Kenapa Kekna cakap macam tu?

Sebabnya lelaki tak tahu apa yang diorang nak dalam hidup.
Hahahha..
Matik laaa kalau lelaki baca entri ni..

Ok la...
Kekna bagi contoh paling senang.
Lelaki selalu cakap kat makwe atau bini dia,

"Saya tak suka awak make up tebal-tebal sangat."

Tapi, kalau jenjalan ke mana-mana, yang make up tebal tu la yang kau duk usha.

Betul tak? Betul tak?
Lelaki, sila mengaku sekarang!
Kikikiki....

Lagi satu, lelaki ni memilih pasangan bukan main lagi.
Nak yang comey comey, nak yang lawa, nak yang jelita macam Erra Fazira tapi acu cermin diri sendiri dan tengok...alamak!!
Selekeh uollsss...
Pelik kan.... Pelik kan... hahahhaa...
Jahat ni.. mengata kaum lelaki pulak.
Oppssssieeee... Jangan marah tau wahai abam-abam sado. :D

Lelaki bile time nak berkapel-kapel, mesti cari yang cun-cun, seksi meksi.
Tapi bile time nak cari bini, diorang akan pilih yang ada sifat keibuan.
Habis tu buat apa nak berkapel cik abang hoii? Hmmm...
Jangan mempermainkan hati perempuan tau.
Takmo...takmo...takmo...
Nak, cakap nak.
Kalau tak nak, lepaskan cepat-cepat.
Kang tak pepasal silap haribulan terkena tamparan wanita.
Herot nanti bibir seksi mu...

Lelaki, dia cukup marah kalau perempuan yang dia sayang berkawan dengan lelaki lain.
Kawan je pun padahal nyeee..
Bukannya ada apa-apa pun kan.
Tapi kalau dia ada sederet kawan pompuan, takpe pulak.
Teman biasa je kononnye.
Huh!

Lelaki yang bujang, sibuk nak kahwin.
Nak menghalalkan ape yang haram katanya.
Takde dah benda lain dalam kepala tu kan.

Lelaki yang dah kahwin pulak, sibuk nak jadi bujang balik.
Penat, takde masa untuk diri sendiri katanya...

Begitulah lelaki.

Tapi kan... sebagai perempuan, kita memang memerlukan lelaki dalam hidup.
Tipulah kalau kita tak perlukan lelaki.
Nak angkat berat, kita tak mampu.
Kena minta tolong lelaki.
Nak amik barang tinggi-tinggi, kita tak tercapai.
Kena minta lelaki tolong amikkan.

Bagi Kekna, lelaki adalah sahabat yang baik.
Pandai simpan rahsia. Sangat setiakawan.
Kawan dalam kesusahan, senang je diorang nak tolong.
Memang nature lelaki kot ALLAH swt jadikan untuk senang menolong.

Lelaki ni pulak ada macam-macam peel.
Depan awek, dialah hero... Gagah la kononnya.
Belakang awek, jumpa lipas terbang je terpekik terlolong berlari.
Hahahah...

Dulu kan Kekna pernah ada kawan baik lelaki.
Mase kecik-kecik dulu la..
Dia anak sedara jiran sebelah rumah Kekna.
Petang-petang dia akan datang rumah Kekna pastu main buaian sama-sama.
Sambil hayun buaian tu, kitorang berangan-angan la, bila dah besar nanti kitorang nak kawin sama-sama.
Pastu dia akan binakan istana untuk Kekna.
Wahhh, dah macam Siti di alam fantasi pulaksss...
Angan-angan tu taknak kalah... Bina istana bagai.
Padahal sekarang ni duk rumah flat pun dah kire bertuah sangat dah...
Kekekeke...
Sekarang Kekna dah tak tahu dah mana budak lelaki tu.
Lost contact terus lepas dia dah tak duduk situ.
Entah cemana laa dia sekarang kan.

Baru-baru ni sorang schoolmate sekolah rendah Kekna buat group whatsapp.
Dah contact balik, memacam la cerita kuar.
Mengimbau kenangan zaman sekolah katanya.
Havoc jugak la group tu.
Pastu kawan baik Kekna, Hamidah kuarkan citer lama...

Hamidah : Diana, ko ingat tak HH?
Kekna : Ingat la... Kenapa?
Hamidah : Aku ingat lagi dia buat pengakuan sambil buat istana pasir dia suka kat ko...

Tergelak Kekna...
HH tu dulu suka sangat sakat Kekna.
Kekna memang tak suka dia.

Hamidah : Dulu kan jenis suka khianat kat awek-awek... Dia buat gitu sebab dia suka kat ko.

Gituu pulaksss...
Hahahaha...
HH ni memang annoying gile.
Tak dapat kacau Kekna, dia usik adik Kekna, Iwan tu.
 Geram betul.
Memacam la... Sekarang pun Kekna tatau mana dah HH tu.

Tapi kan walaupun kadang-kadang lelaki suka menyakitkan hati perempuan dengan attitude dia yang bukan-bukan tu, tapi sebenarnya dialah pelindung kita, pembantu kita, pengawal kita.
Tanpa lelaki, susah jugak hidup perempuan.
Bukan semua benda perempuan boleh buat sendiri.

Betul ke tak?



2 comments:

Liyana said...

betul2. sgt betul haha
cite pasal lipas terbang tu teringat laki iols badan je besau tp ya rabbi penakut tikus rupanya kahkah pitam makyong ngejar tikus dgn anak. baba lari dok depan kahkah

reenapple said...

Aku rasa lelaki semua perangai sama je. Nak jumpa lelaki yang 100% gentleman macam drama Korea memang tak ah. Yang jenis suka mainkan perempuan, lebih baik dikategorikan lelaki yang tak matang.

Whatever it is, baik lelaki mahu pun perempuan, masing masing ada ke tidak sempat nama sendiri


Chill!