Thursday, April 23, 2015

Lif menjunam

Salam readers...

Kekna nak kongsi kejadian petang semalam time Kekna balik kije.
Kejadian yang agak horror bagi Kekna.

Kekna kan duk tingkat 51.
So, kalau nak turun naik tu memang kena guna lif la.
Gigih benor laa kalau nak turun naik guna tangga kan...
Tinggi bebenor tu..
Mau turun berkilo-kilo berat badan Kekna kalau amalkan naik tangga tu. Hihi..

Petang semalam, time Kekna nak balik kerja, cepat-cepat Kekna naik lif.
Sensorang lak tu.
Kekna memang suka naik lif sorang-sorang sebab Kekna tak suke bersesak-sesak.
Kadang-kadang sesetengah orang ni suka sembang kuat dalam lif.
Rimas betul Kekna...

Alkisahnya tengah-tengah lif turun tu, tetibe je lif bergegar-gegar.
Kuat gegarannya ok! Macam gempa bumi camtu.
Ader la dalam 5 saat macam tu dia bergegar.
Kalau time time cenggitu, 5 saat pon macam 5 minit.
Dalam waktu yang sama, Kekna dengar bunyi besi-besi besar kat atas lif tu.
Risau jugak kalau-kalau ada benda jatuh dari atas kan..

Tapi Kekna relax je...
Serius Kekna relax.
Tak panik, tak menggelupur, tak menjerit.
Yela, kalau jerit pun, mana ada orang dengar kann...
Dalam hati Kekna just baca ayat Kursi je. Mohon diselamatkan dari sebarang kecelakaan.

Pastu lif dah tak gegar.
Senyap sekejap.
Dalam beberapa saat lepas tu, lif menjunam sikit.
Kekna tak sure berapa tingkat. Tapi sekejap je..
Mungkin dalam 2-3 tingkat je kot dia menjunam.
Kekna sempat la berpaut la kat dinding lif tu.
Mase ni barulah Kekna rasa mual sebab lif terhenjut macam tu.
Kekna tekan loceng 2 kali tapi tak bunyi uollsss!

Kekna cool kejap.
Dalam beberapa saat tu, barulah lif gerak semula sampai bawah.
Keluar lif, Kekna terus bagitahu guard kat situ tentang lif bermasalah.

Guard akui memang ada electric trip tadi.
Patut la lif bergegar.
Mungkin sebab takde elektrik, so besi-besi yang Kekna dengar tadi tu nak grip the elevator. 
Break mengejut kot...

Tapi alhamdulillah sangat-sangat sebab Kekna selamat.
Takde la sampai tahap trauma ke ape.
Ada sesetengah orang boleh trauma dengan kejadian-kejadian macam ni...
Alhamdulillah Tuhan kuatkan semangat Kekna.
Cuma rasa mual tu berlarutan sampai malam semalam.
Pagi ni Kekna bangun tido dah tak mual sangat dah.

Tenkiu kengkawan yang tunjukkan keprihatinan dalam fb Kekna.
Lepas ni hati-hatilah naik lif terutamanya yang duduk kat level tinggi tu.
Tapi kalau ada apa-apa yang terjadi, jangan panik.
Jangan sesekali panik....
Kalau panik, korang memang akan jadi blur. Takleh fikir ape.

Try untuk bertenang setenang tenangnya.
Takyah jerit, takyah tekan-tekan button lif tu banyak kali.
Percaya dengan takdir ALLAH swt.
Tu je.

Tapi kannn... tapiiiii...
Kekna rasa macam tak sangka pulak Kekna kuat semangat sampai tahap tak rasa apa-apa dengan kejadian ni...
Hahahah... eh, gelak pulaksss.. hihi
Padahal kejadian ni agak menakutkan bagi sesetengah orang.
Dun know la cemana Kekna boleh cool macam ni... Hihii...

Apepun, bersyukur sangat-sangat sebab Kekna selamat. :)
Syukur Ya ALLAH!

No comments: