Tuesday, April 21, 2015

Mini reunion SKBD

Salam readers...

Kali ni Kekna nak share cerita yang dah berkurun lamanya... hikhik...
Betapa lamanya Kekna simpan citer ni sampai terlupa nak update.
Godek-godek pc, terjumpa lak folder gambar.
Eh, tak update lagi pasal reunion kecik ni.
Takpe, kite tepek je kat sini.
Lambat tak lambat, kesah pulak kan.
Yang penting update.... gittewww...

Awal tahun aritu salah sorang kawan sekolah rendah Kekna buat group whatsapp untuk sekolah kitorang.
Sekolah Kebangsaan Bandar Dungun.
Al-kisahnya aktif sungguh laaaa group whatsapp itu.
24 jam toktektoktek...
Sampai Kekna mute kan group tu untuk 1 tahun. Kekekeke...
Kalau tak, henset Kekna asik berbunyi je.
Pastu bateri pun cepat habis.
Bayangkanlah sehari 2 kali Kekna kena cas henset.

Diorang semua plan nak buat reunion on 1st & 2nd May.
Tapi Kekna takleh attend pulak reunion tu.
Ada hal on that day.

Lagipun reunion tu dibuat nun kat Terengganu sane.
Memang takleh pergi la jawabnya...
Kengkawan Kekna yang duk KL ni pun takleh pergi jugak.

Oleh sebab kitorang takleh join the reunion, maka kitorang buat mini reunion.
Ala..... sebenarnya bukan reunion apepun.
Just jumpa berempat je.
Ni je yang available on that day.


Zamri...
Dah jumpa ni barulah Kekna tahu dulu dia pun 1 sekolah menengah dengan Kekna.
Tapi tu la, bukannya Kekna perasan dia sangat pon.
Masa sekolah menengah tu ada 12 kelas.
Sekolah besar camtu, cane Kekna nak perasan dia kan? Hahaha...


Hamidah... Dia baru je balik kenduri.
Sebab tu pakai baju kurung bagai.
Sempoi je dia ni...

Hamidah ni bestfriend Kekna masa darjah 5 & 6.
Sekelas... pergi & balik sekolah sama-sama. Petang-petang kuar main sesame..
Nak UPSR pun study sama-sama.
Midah ni pandai sikit Bahasa Inggeris sebab dia pernah stay kat Singapore.
Kat sana kan 1st language diorang kat sekolah adalah English.
Kekna pulak bab karang-mengarang dalam Bahasa Melayu memang terror gile.
Kitorang saling tunjuk ajar sesama kitorang.
Beli buku latihan pun sama...
BFF sangat nih...

Tapi tu la... Dulu mana ada henset.
Bila memasing dah naik sekolah menengah lain-lain, kitorang lost contact.
Naik je tingkatan 3, Kekna pindah ke Kuala Terengganu.
Memang lost contact terus.
Dah ada group whatsapp ni, barulah kitorang jumpa balik...
TQ sangat-sangat kat admin group.


Zulhazli.
Memula cakap takleh join, tetibe muncul lak muka dia.
Takpelah.
At least Zamri tu ade kawan... hihih..


Sedap jugak suara Hamidah karok.
Kitorang karok kat area Bukit Bintang.
Lupe dah ape nama tempat ni.. kikiki...

Dah habis karok, Kekna & Hamidah jenjalan kat Times Square.
Dah lama ohh tak datang sini.
Biasanya Kekna datang dengan adik-adik Kekna je.


Kitorang berhenti makan kat Oldtown White Coffee.




Favorite Kekna, curry mee...
Sedapnyaaaaa....

Ni je la kisah mini reunion kitorang...
Tatau la lepas ni bila lagi kitorang nak berjumpa lagi...
Rindu dah kat korang... :)

No comments: