Tuesday, April 28, 2015

Secretary Week @ Menara KL

Salam readers...

Macam biasa setiap tahun, asal bulan April je mesti ada sokseksoksek dari geng-geng secretary tentang Secretary Week.
Kekna cam biasa laa...
Orang ajak, pergi.
Kalau tak ajak, takyah pergi.
Ate jenis sempoi aje kan... Tak kisah la memana pun.

Kekna dah 7 tahun jadi secretary.
Lama jugak la tu...
Macam-macam karenah bos yang Kekna pernah hadap.
Gain experience omputih kate.
Secretary ni la kekadang jadi punching bag.
Kekadang bos marah kat orang lain tapi dilepaskan kemarahan tu kat secretary.
Redha saja laaa...

Secretary ni kekadang dah macam 'wife' bos di ofis.
Jaga makan minum, tengok jadual dia free ke tak...
Kalau dia sakit pening, kena pepandai sediakan ubat-ubatan.
Kalau dia mintak tolong apa-apa, kena buatkan....
Tapi kalau bos mintak lebih-lebih, penampo kan aje... Huhu...
Ni bukan bini halal ni nak sentuh-sentuh... Gittewww...

Bagi mengenang jasa secretary, haruslah dikhaskan satu hari untuk secretary enjoy.
Sebagai tanda appreciation sebenarnya.

Tahun yang sudah-sudah Kekna selalu pergi yang KarangKraf/ Utusan.
Tetibe tahun ni Kekna dapat email dari hakak executive secretary audit.
Dia cakap, "pls make urself available on 23rd April."

Owh.... ok...
Kekna tak banyak tanya dah.
Baca dalam group whatsapp pon dah tahu dah tahun ni kitorang akan pergi ke Menara KL.
Yeayyyyy... Teruja pulak!
Tema tahun ni Terima Kasih Cinta with Afgan.

Pakat dengan diorang semua nak naik teksi je pergi ke Menara KL tu.
Pastu nanti claim kendian.



Kesahnya Kekna lupa 23hb tu ada function.
Voleyyy??
Dah kuar dari rumah pagi tu barulah teringat, eh hari ni 23hb la!!!
Nak tukar baju, dah lambat pulak nak pergi opis.
Hmmm... tak kisahlah.
Pakai je blouse dan skirt murah ni... heheheh...
Padahal Kekna dah reserve dah baju nak pakai hari tu.
Takpelah... Yang penting tetap nampak kemas.
Kannn??


Mimy, Kak Shy, Kekna dan Ika.
Amboiii Ika.. Baik punya landing atas bahu aku.
Anje anje angat... hihih..


Bila tengok balik gambar ni baru perasan, memasing ada outfit hitam.
TERsama pulaksss...



Kitorang beli meja gold aje.
Gold pun gold laa...
Yang penting boleh tengok Afgan secara live jugak... hihi..


Tengok-tengok-tengok...
Dagu tu takleh kaver kaver lagi dah.
Dah terang lagi bersuluh! Huhuh...




Comel je botol ni... :)


Kami berempat still rapat walaupun Mimy dah bertukar ke unit lain.....



Secretaries in Group Internal Audit...
Yang tengah tu taiko kitorang.
Hihihi...


Suke sangat gambar ni.
Terserlah kegembiraan masing-masing... :)



Sampai tersepet-sepet mata Kak Shy sebab senyum meleret...
Kekekeke....





4 orang ni la antara geng-geng secretary terapat dengan Kekna dalam TM.
Banyak kisah suka duka kitorang kongsi sesama.
Dengan mimy tu, hampir setiap hari kitorang lunch sesama.
Lunch sambil gosip-gosip. Hihihi...



Lupe pulakss pasal menu.
Ok, kali ni menu western.

Macam best je... macam sedapp je... 


Emcee of the day, Kak Didie Alias.

Oo emm geeeeee, dia memang lawak ok.
Lawak yang bukan dibuat-buat...
Dia punya lawak tu memang lawak spontan.
Terkekek-kekek Kekna gelak. Hihihi...


Appertizer...
Makan salad uollsss...
Tak pernah-pernah Kekna makan salad cenggini.
Hahaha...

Tak habis pon sebab dressing dia sikit sangat...


Soup of the day....
Kekna suka.. :)

Tengah-tengah makan, tetibe retiss yang ditunggu-tunggu muncul.
Afgan the cutiesssss...
Memang cute la dia!
Menjerit semua orang!



Dia adalah sangat peramah...
Nampak jugak la dia kekok sikit dengan peminat.
Tapi dia boleh control lagi....


Kekna fokus on makanan je sebab Kekna takde la die hard fan sangat kat Afgan ni.
Biasa-biasa je.
Lagu dia yang Kekna tahu pun Terima Kasih Cinta. Kikiki...

Salmon kat atas ni sedap...
Well, Kekna memang suka makan ikan pon.
Ate orang Timur kan... :)


Dessert.
Tak habis pon Kekna makan.
Tak sedap. Huhuhu....

Bos-bos dipanggil untuk menari kat depan ikut irama lagu 'Sakitnya Tuh Disini'.
Lawak betul!






Tengah-tengah tengok persembahan dari bosses, geng avengers yang very the bijjj hantar gambar diorang main boling kat NU Sentral...
Nak suruh iolsss jeles lerr tuh!



Over kan diorang ni...
Grrrrrrr.... -___-


Ini je la yang sempat Kekna snap.
Geram tau sebab mula-mula Afgan tu dah tengok Kekna dah.
Pastu pompuan sebelah lagi tu sibuk plak cuit-cuit Afgan.
Tak pepasal Afgan pandang ke sana pulak...
Grrrrr....

Tapi takpelah...
Redha saje la..



Sebelum balik, sempat amik gambar dengan Kak Didie Alias.
Kurus cekeding je orangnya.
Peramah pulak tu....

Overall, seronok sangat secretary week tahun ni.
Enjoy la jugak.
Happy....

Next year pergi luncheon macam ni pun ok jugak kan.... Hihi..

1 comment:

Achieq said...

aiyooo naik pangkat jadik taiko den ye....