Thursday, May 21, 2015

Hai... hello.....

Salam readers...

10 hari dah Kekna mendiamkan diri kan.
Nak buek cemanooo...
Kekna kemalasan teramat nak menaip, uolsss...
Bukan Kekna la kalau tak malas kan... hehehe..

Sebenarnya hari-hari Kekna bukak blog ni.
Dan hari-hari jugak Kekna blogwalking.
Cuma nak menaip tu... malesssss.
Padahal berlambak-lambak citer nak kongsi ni.
Gambar pun berlambak dalam phone sampai dah nak penuh memori phone Kekna.
Bile ntah nak transfer masuk external hard disk.
Tengok la kemalasan Kekna cemana.
Nak transfer gambar pun malas.
Acaner tu? Kekekeke...

Ok, entri kali ni Kekna nak buat pengumuman.
Sebab ramai sangat yang pm Kekna kat fb dan whatsapp, tanya kenapa status Kekna lately lain macam.

Ok, actually benda ni pun hanya orang-orang terdekat je yang tahu.
On 28 March 2015, Kekna dah bertunang dengan seorang lelaki.
Satu negeri tapi berlainan daerah.
Datang pada mulanya hanya untuk merisik, tapi akhirnya bertukar jadi majlis bertunang.

Kekna taknak citer panjang pasal benda ni.
Dipendekkan cerita, kitorang tak serasi.
Sangat-sangat-sangat tak serasi.
Obviously, dia bukan pilihan hati Kekna.
Dia tak ada langsung ciri-ciri yang Kekna nak.
Ya ALLAH, nasib baik la Kekna tak sempat tayang dia kat semua orang.
Kalau tak, naya je.

Date pernikahan pun family dah decide.
Terlalu cepat.
So, Kekna memang kena all out lepas tunang tu.
Survey sana sini but i did it alone!
Tunang Kekna wallahualam... bermacam-macam alasan dia bagi.
Plus kalau discuss pasal majlis, dia macam amik mudah.
Semua dia booking by call..
Takde langsung inisiatif nak pergi tengok ke ape.
Orang kampung kann... agaknya macam tu la kot.

Kalau discuss ke ape, mesti blur.
Pastu cakap merepek-repek.
Arghhh... selalu Kekna tensi kalau discuss dengan dia.
Memang sangat tensi.

Paling buat Kekna marah, dia langsung tak faham kenapa Kekna marah dia.
Padahal dah berbuih-buih mulut Kekna ajak dia pergi survey barang tapi macam-macam alasan yang dia bagi.
Tu tak termasuk dia cancel last minute.
Tak ke sakit hati Kekna ni...

Paling klimaks, dia libatkan Kak Long Kekna dalam masalah kitorang.
Entah cemana dia amik nombor Kak Long pun tak tahu la..
Kekna syak dia amik dari tab Kekna sebab dia pernah pinjam.
Bila ditanya, tak mengaku.
Kat kawan-kawan pun sama. Dia libatkan jugak.
Cerita bukan-bukan pasal Kekna.
Haihhh... Kekna gelarkan dia drama king.
Serius dia memang drama king.
Lelaki yang drama king ni memang tak matang sebenarnya.
Plus dia adalah kaki game!
Hadap game je kijenye!
Ajak survey barang, malas!!

Kak Long pernah cakap, tunang Kekna ni akal pendek.
Buat sesuatu benda langsung tak fikir baik buruk.
Ada beberapa kejadian yang berlaku tapi tak perlulah Kekna ceritakan kat sini.
Cukuplah family dan rakan-rakan terdekat je yang tahu.
Sebab kejadian-kejadian macam tu memang menyakitkan hati dan sepatutnya tak patut berlaku pun.

Kekadang malam-malam Kekna terfikir sensorang.
Lelaki macam ni ke yang aku nak jadikan sebagai suami?
Lelaki macam ni ke yang akan jadi ayah kepada anak-anak aku nanti?

Hati Kekna memang mula kata TAK!

Orang yang Kekna selalu luahkan perasaan adalah kat Kak Long, Iwan dan kawan-kawan opis Kekna.
Sampaikan kawan-kawan cakap, baik takyah kawin dengan orang macam ni.
Menyakitkan hati.
Kak Long dan Iwan plak cakap baik takyah teruskan takut menyusahkan kemudian hari.

So, Kekna decide taknak teruskan.
Belum pun sempat Kekna bagitahu tunang yang Kekna taknak teruskan, tetibe Kekna dapat sms dari tunang yang dia pun fikirkan benda yang sama.
Settle 1 masalah.

Cume persoalannya, macam mana Kekna nak bagitahu family?
Terus sesak otak memikiorkan benda ni...

Dapatkan nasihat dari Kak Long.
Kak Long cakap bagitahu mommy dulu.
So, Kekna bagitahu mommy.
Nasib baik mommy ok je kalau Kekna tak jadi.
Time untuk bagitahu daddy pulak.
Daddy ni Kekna takut sikit sebab Kekna nampak daddy macam berkenan dengan mamat ni.

Dengan bantuan mommy, daddy dimaklumkan tentang hal ni.
Surprisingly, daddy sikit pun tak kisah Kekna tak jadi dengan mamat ni.
Daddy kata, "Buat apa nak menyusahkan anak aku kemudian hari?"

Leganya hati Kekna.
Semua masalah settle.
Nasib baik la awal-awal dulu hati Kekna berattt sangat nak beli barang-barang hantaran.
Bukannya takde duit pun.
Kekna baru dapat bonus kot.
Tapi tu la, ALLAH beratkan hati sebab taknak Kekna membazir.

Dan hal putus tunang ni langsung tak beri apa-apa kesan untuk Kekna.
Bagi Kekna, ia memang satu keputusan terbaik demi masa depan Kekna sendiri.
Ada yang speku, bekas tunang Kekna mungkin takde duit lagi.
Ada jugak yang speku, bekas tunang Kekna mungkin tak ready lagi sebenarnya.
Speku lah apepun.
Kekna taknak amik port.
Yang Kekna tahu, Kekna dah bebas dari orang yang menyakitkan hati.

Syukur alhamdulillah.




10 comments:

Jen Jen Areff said...

takpe... mungkin ada hikmahnyer... dari sehari nak tanya awak... takpe lum jd suami isteri lg berpisah takpe. Pasti ada joodoh yg terbaik buat awak lepas ni.

teruskan jaga hubungan dgn Allah..

Anonymous said...

Kekna,sy silent reader.tkejut seh dgr cite ni.... cemana ngan fz? Hope ada jodoh ngan fz sb both of u nmpak serasi -sha

emi mohamad said...

pray my best for u...
InsyaAllad..diketemukan dgn jodoh yang terbaik

diana aziz said...

Jen Jen : Insha ALLAH, awk. :)

diana aziz said...

Sha : Saya dan FZ mmg takde jodoh. Mungkin jodoh sy ada dgn org lain... in sha ALLAH.. AMIN :)

diana aziz said...

Emi : In sha ALLAH. Amin... Tq emi.. :)

acikpurple said...

kekna,sy pun silent reader jgk...cuma nak tahu mcm mana kekna teruskan hidup dgn memori2 dgn ex.nmmpk kekna tabah sgt :(

Mimy Hamid said...

na anggap la tunang tu satu mimpi...singgah kejap.heheh...pasni jumpa orang lagi better

Anonymous said...

Sy pun silent reader..nampak kekna cukup tabah walaupun dh putus dgn ex..blh kongsi mcm mana kek na blh setabah ni - nur

reenapple said...

One of my lecturer used to say first instinct always right. :)