Monday, May 25, 2015

Kehidupan tak semestinya best best aje

Salam readers...

Cemana eh Kekna nak mulakan?

Ok, Kekna dapat banyak sangat feedback dari kenalan terdekat dan sedara-mara tentang putus tunang dan kehidupan Kekna yang 'tabah' sangat tu.
Dari komen kat blog, private message kat FB dan whatsapp.

Kekna tak kisah kalau sesape nak mesej Kekna, nak tanya apa-apa atau nak bagi sokongan ke ape.
Memang Kekna tak kisah.

Actually, Kekna tak tabah pun.
Kekna la selemah-lemah manusia.
Kekna jatuh merudum sampai terlantar sakit jiwa dan mental.
Setiap hari menangis.
Asal duk sorang je, nangis.
Bukak youtube dengar lagu sedih, mulalah menangis teresak-esak.
Bukannya nak bukak zikir ke ape kan... huhu...

Nak tido, nangis.
Bangun tido, nangis.
Tido tak lena... Tengah-tengah malam terjaga, pastu terus takleh tido.
Datang opis, mata bengkak.
Tak terurus.
Kerja pun tunggang-langgang.
Takde mood.
Makan pun takde selera.
Kadang-kadang 1 hari tu minum air je. Tak makan langsung.
Sampai ada yang tegur Kekna kurus sikit.
Kekna gastrik, tapi tetap tak makan.
Memang Kekna menderita terus.
Tapi nasib Kekna baik ada kawan-kawan yang banyakkkkk sangat bagi sokongan kat Kekna.
Diorang tak bagi langsung Kekna duk sorang-sorang.
Bawak Kekna pergi makan sana-sini sebab nak bagi Kekna lupakan all the memories.
Ada housemate yang sanggup download macam-macam movie sebab taknak Kekna bosan duk rumah.

Orang tak nampak Kekna bersedih sebab tengok status-status FB Kekna yang happy.
Kekadang je Kekna selitkan dengan quotes sedih.
Kekna cuba think positive.
Mula-mula memang susah.
Asik fikir negatif je. Pastu mulalah menangis melalak.
Sampai Kekna demam teruk menggigil 1 badan.
Serius rasa macam nak mati.
Rasa macam tak sanggup dah nak hidup dalam keadaan macam ni.

ALLAH swt dah bagi Kekna happy selama 5 tahun.
Now, semuanya dia dah tarik.
Sekelip mata je.
Dan sekarang ni Kekna berharap dapat lupakan kenangan-kenangan selama 5 tahun tu.
Payah memang payah.
Terlalu banyak kenangan yang dilakarkan.
Nak buang satu-satu dari kotak fikiran, memang terlalu payah.
Haiiii, Ya ALLAH... Beratnya dugaanMU kali ni.

Kita ni bukannya komputer yang mana memori boleh di delete macam tu je.
Memori dari kecik pun kita masih ingat kan?
Tapi nak tak nak, tetap kena hadap jugak.
Kekna selalu tanamkan dalam fikiran, takkan selamanya aku nak macam ni.
Apepun, life must go on.

Buat apa Kekna mendera diri sendiri nak merintih meraung disebabkan kehilangan orang.
Buat apa Kekna nak menangis untuk orang yang tak tahu nak menghargai...
Buat apa Kekna nak merosakkan hari-hari Kekna dengan mengingati orang yang tak ingat kat Kekna.
Orang tu dah kemana-mana, happy happy, tetapi Kekna nak menangis melalak??
NO!

Bukan dia sorang yang boleh buat kita happy.
Bukan dia sorang yang boleh buat kita bahagia.
Ada orang lain yang lagi layak untuk Kekna.
Yang layak untuk dapat kesetiaan Kekna, yang layak untuk dapat yang terbaik dari Kekna.
Well, kumbang bukan sekuntum ye!
Beribu-ribu lagi kumbang yang ada.
Buat apa nak risau??

Even mommy Kekna cakap, jangan nak bersungguh sangat dengan orang yang tak bersungguh dengan kita.
Betul kan cakap mommy.
Nak buat apa bersungguh-sungguh dengan orang yang tak bersungguh dengan kite?

Then, Kekna dapat 1 nasihat berguna dari kawan baik Kekna, Ayu.
Nasihat dia sangat menyedarkan Kekna.
Selama ni memang Kekna culah.
Culah sangat pasal agama.
Tak amik berat langsung.
Solat pun tunggang-langgang.
Dengar nasihat Ayu seolah-olah bagi kesedaran kat Kekna.
ALLAH swt rindu nak dengar rintihan Kekna.
ALLAH swt sebenarnya rindu nak dengar luahan Kekna.
Sebab tu la DIA turunkan dugaan macam ni...
Nak suruh Kekna ingat kat DIA.
Now, Kekna dah kuat nak menempuh hari-hari mendatang walaupun kadang-kadang kenangan tu terlintas dalam fikiran sampaikan Kekna menitiskan air mata.
Benda ni terjadi tanpa sedar kan.
Tak boleh kawal pun.
Let it be.
Kekna pun tak boleh nak menipu hati sendiri.
Well, kita kena la terima hakikat yang kehidupan kite tak semestinya best best aje.





*Buat apa memilih untuk menjadi nombor 2 sedangkan kita layak menjadi nombor 1?


2 comments:

Mimy Hamid said...

nana mmg strong..i cant be like you...tapi percaya nana Allah menguji hambanya sebab dia tau orang tu kuat,....eh rindu la nnt chit chat la..lama tak melepak

Reena Kamarudin said...

Allah.
awak memang kuat. saya pun tak sekuat awak.
menangis la awak selagi awak nak menangis. tapi one day, awak bangun, awak katakan pada diri awak "aku taknak menangis lagi".
insyaAllah, akan ada yang terbaik untuk kita :)
i love you, buddy. one day, kita mesti jumpa ya.