Tuesday, May 26, 2015

Pesta buku antarabangsa, PWTC

Salam readers...

Yukkk kite ke udara lagi.
Kisah April yang lepas, kan ada Pesta Buku Antarabangsa, PWTC.
Housemate Kekna, Kak Siti ajak temankan dia pergi sana.
Kak Siti ni kaki novel.
Haruslah dia beli novel banyak-banyak.
Kekna pulak bosan duk rumah. So better Kekna keluar jenjalan.
Dah alang-alang dia mengajak, Kekna ikut je laa...

Sebelum ni Kekna tak pernah-pernah jejakkan kaki kat pesta buku ni.
Al-maklum laaa ex Kekna dulu tak suka baca buku.
Dia suka baca majalah kereta dan motor je...
Eh, awat TERcakap pasal dia lak ni? 
Biase la kan. Kekadang teringat...... Huhuhu...

Kitorang pergi awal pagi sebab nak elak dari orang ramai.
Tapi biasa la. Malaysia ni ramai ulat buku.
Pergi awal pun, ramai orang dah rupanya.
Nak tak nak, kena terjah jugak.

Sampai kat PWTC, Kekna dan Kak Siti berpecah.
Janji nak jumpa kat pintu utama sejam kemudian.
Senang berpecah macam ni sebab masing-masing boleh pergi ikut kaki sendiri.
Kekna pulak memang ada agenda sendiri.
Kekna nak cari kawan Kekna yang dah jadi novelis sekarang.
Dengar kata dia ada datang ke pesta buku ni.


Tengah-tengah berjalan, tengok ada kedai ni...
Teruslah Kekna terjah.
Sempat beli pencil case. Amboiii... kanak-kanak ribena sangat perangai tu kan.
Hihihi...


Akhirnya bertemu jugak dengan sabahat lama kat booth Fajar Pakeer.
Menjerit kitorang berdua.
Bayangkanlah lepas memasing habis sekolah, terus lost contact.
Kecik je Za sekarang.
Kekna jugak yang besar gajah... Mencik laaa!! T___T

Zakiah atau nama komersil, Nurfaza Za.
Dah jadi novelis dah dia sekarang.

Za cakap zaman sekolah dulu Kekna la yang suka sangat buat novel dan cerpen.
Memang betul pon. Hahahaha...
Mase zaman sekolah dulu, Kekna suka beli buku sekolah pastu Kekna akan karang novel atau cerpen.
Kawan-kawan la yang banyak support Kekna.
Tapi novel dan cerpen-cerpen yang Kekna buat tu dah hilang dah.
Kalau tak, boleh je hantar kat mana-mana publisher kan.
Boleh buat duit kot...

Ada 1 cerpen tu Kekna karang dan bagi kawan-kawan baca.
Sampai menangis-nangis member baca cerpen Kekna.
Sedih katanya...
Mau nye tak sedih. Tengah-tengah mengarang tu Kekna pun menangis sekali.
Hahahaha... Over sungguh!

Za pun support untuk Kekna buat novel lagi.
In sha ALLAH ada masa Kekna akan mengarang.
Nak-nak sekarang ni dah single.
So, memang ada banyak masa.
Cuma idea tu tu laaa... Kekadang datang, kekadang tak.
Payah jugak tu.....


Kekna beli ketiga-tiga novel hasil karangan Nurfaza Za.
Orang kata novel Dia Isteri Pilihan tu best.
Tapi Kekna tak baca pun lagi.
Nanti-nanti ada masa baru Kekna baca.
Nak baca novel ni kena ada ketenangan. Barulah best.
Tak gitu?

Dah lewat tengahari, barulah Kekna dan Kak Siti pergi riverside makan kat situ.
Kekna bukannya ada selera sangat pun nak makan tapi perut tengah lapar kan.
Nak tak nak memang kena makan jugak.


Seronok jugak sebenarnya pergi ke pesta buku ni.
Macam-macam buku boleh tengok.
Kekna sebenarnya suka tengok buku masakan.
Masaknye idokk... tapi tetap suka.
Hihihi...

Hari tu tak terbeli pulak buku masakan sebab ramai benor orang sampai kena berhimpit-himpit uolsss...
Dah makan, Kak Siti ajak masuk dalam balik sebab tetibe adik dia suruh beli buku pulak.
Kekna dah tak larat, so menunggu je la kat 1 sudut sambil baca majalah Ujang.
Dah lama kot tak baca majalah Ujang.
Terhibur kejap baca buku lawak tu.

Dah dekat Asar barulah kitorang balik.
Penat jugak jalan jauh-jauh ni....
Tapi puas hati sebab dapat support kawan. Hihi..



No comments: