Tuesday, June 2, 2015

Royal Floria Putrajaya 2015

Salam readers...

Ahad lepas Kekna pergi ke Royal Floria Putrajaya 2015.
Asalnya tak plan pun sebenarnya nak pergi.
Tapi Kekna bosan pulak duk rumah sesaje.
Alang-alang kuar, marilah keluar 1 hari suntuk ke sana.
Dengar citer ada benda menarik kat sana.
Terasa macam tertarik-tarikk pulak Kekna nak pergi.

Kekna bertolak dari rumah pukul 9:30 pagi.
Kekna pergi berdua je... senang.
Boleh tolong amik gambar masing-masing... hihih..


Apa-apa hal breakfast dulu.
Kitorang breakfast kat La Cucur, KL Sentral.
Mahal sikit la makan kat sini.
Nasi lemak sebungkus, karipap sebijik dengan air teh ais dan RM6.30.
Nasi lemak tu sepatutnya singgit je.
Tapi dia jual RM2.30. Mahal kannn....


Happy je lepas breakfast.
Nak jalan jauh ni.

Biasenya Kekna pergi Putrajaya dengan kereta.
Tapi kali ni Kekna pergi dengan ERL Transit.
Kali pertama Kekna naik ERL Transit.
Selama ni duk naik ERL Ekspress je...

Ramai jugak rupanya yang naik ERL ni eh...
Selesa kot.
Tapi regenye mahal sikit laa...
Kalau dari KL Sentral ke Putrajaya, RM9.50.
Kekna terus beli tiket return.
Senang.
Takyah dah nak beratur beli tiket time balik nanti.
Perjalanan dalam 20 minit camtu.

Dah sampai Putrajaya Sentral, kitorang amik Shuttle Bus ke Presint 4.
Kebetulan bas dah ada time tu.
Terus je la naik.
Bayar RM0.50 je sorang... Murah kan...
Perjalanan bas ke Presint 4 tu ade la dalam 10 minit. 
Itupun sebab jem. Kalau tak, rasanya sekejap je kot.

Kekna ingatkan pergi pagi-pagi orang tak ramai sangat la..
Rupa-rupanya amekkk kau! Kereta kiri kanan penuh...
Time nak beli tiket pun, kena beratur panjang.
Siap ada yang bawak anak kecik uolsss!
Hohoho... Ku tak sanggup tengok anak-anak itu kepanasan...


Tiket RM5 je sorang untuk dewasa...
RM3 sorang untuk kanak-kanak.
Untuk MyKad ye.
Kalau takde MyKad tatau la berapa.
Takdan nak tengok. Huhu...


Memula masuk pun dah colorful. 
Teruja la Kekna nak snap snap! Hihihi...
Camwhore la katekan...

Eh gambar ada banyak ni.
Korang scroll aje la ye.
Malas nak citer satu-satu... Kekeke..




I love this pic!
Hijau-hijau gitu!





Map....
Luas ok kawasan dia.
Dah la berjalan tengah panas.
Nasib baik awal-awal lagi Kekna dah beli mineral water.
Berjalan sambil minum air.
Bukannya ape, takut Kekna dehydrated je.
Doktor pun pesan kat Kekna suruh minum air banyak-banyak.





Focus on teddy bear kat belakang tu ye...
Comel gilossss....


Ko mampu pakai rambut pelesu cenggini??
Flora sangat! Hahaha..



Booth Hello Kitty tapi tetibe ada patung Shin Chan.
Acaner tuh?



Love this pic too!!
Colorful sangat!



Kekna ada terbaca pasal ada Winter & Spring Gardens dalam internet..
Kononnye best sangat....
Nak masuk kesini, kena bayar tiket sekali lagi tau.
RM3 sorang...

Dengar macam best je.
So, kitorang macam teruja la nak tengok ape yang best sangat tuuu...
Beratur tengah panas uolssss!!
Matahari duk atas kepala dah mase tu... Pukul 2 kot.
What do you expect kan?


The ticket.


Beratur panjang..
Memula takde khemah.
Tengah-tengah beratur tu, barulah nampak bangla-bangla baru nak pasang khemah.

Hoihhh, iolsss dah nak pitam dah beratur tetengah panas tadi, ko baru nak pasang khemah?
Like seriously??

45 minutes beratur, barulah boleh masuk dalam.


Sejuk kemain duk kat dalam ni...
Winter la katekan...

Tapi seriously Kekna nak kabo, memang tak berbaloi langsung menunggu beratur panjang tadi.
Masuk dalam ni sekadar tengok visual pasal winter.
Ingatkan ade la teater pendek ke ape kannn....
Rupa-rupanya just tengok visual macam tu je... 
Penat je beratur tadi.
Bestnye masuk dalam ni cuma 1 je. Sejuk.
Yang lain totally out!
Memang sangat tak recommend.
Kalau korang nak datang sini, takyah masuk dalam ni.
Rugi.
Dah la kena bayar tiket...
Beratur panjang-panjang.
Buang masa je.
Baik korang jenjalan kat luar tu tengok bunga-bunga.
Lagi best!



Time ni memang panas sangat-sangat uolsss...
Nasib baik Kekna pakai baju lengan panjang.
Kalau tak, habis rentung kulit yang memang dah rentung ni.


Pergi ke booth Johor..
Cantik jugak kat sini..


Melaka...



Hobbit...
Blur pulak gambar...
Mau nye tak blur.
Tetibe ade sepasang couple tak reti bahasa langsung tak sabar.
Dah tahu Kekna tengah bergambar, tetibe si perempuan menyelit masuk kat tepi langgar photographer.
Geram betul.
Orang lain elok je beratur tunggut turn.
Bagi la can orang lain bergambar kannn..
Dah la dia bergambar banyak kat sini.. semua sudut kot dia bergambar.
Orang lain snap satu dua gambar je.
Pastu sibuk nak enterframe gambar orang lain.
Serius tak tahu malu....
Tak pernah lagi sepanjang hidup Kekna jumpa pompuan macam tu.
Tak padan dengan pakai tudung. Takde manners..

Haihhh... sakit pulak hati kite bile ingat... huhu...





Ini booth Terengganu...
Ada sampan kat belakang tu.






Mase ni kitorang rehat kejap hilangkan penat.
Memang penat sungguh..
Dah la panas terik.
Nasib baik tak pitam... Kepala Kekna dah berdenyut-denyut dah mase ni.


Comel kan pasu ni...
Geram je Kekna tengok.. hihii..

Dalam pukul 4 petang, barulah kitorang balik.
Tunggu shuttle bus datang.
Tak lama pun. Dalam 10 minit menunggu, shuttle bus sampai.

Dah sampai kat Putrajaya Sentral, kitorang singgah surau dulu solat Zohor.
Pastu barulah pergi makan kat Lengkuas.
Sedap jugak makanan kat situ...
Start pukul 4 petang, diorang dah ada goreng-goreng dah.


Kekna order kueh teow Kung Fu.
Boleh tahan laaa...
Sayur mayur banyak.
Ada udang 3 ekor, sotong, ayam...
Sedap pun sedap.

Dah makan, barulah balik rumah...


Pun naik ERL Transit jugak.

Duk kat KL ni sebenarnya tak la susah sangat kalau takde transport sendiri kan.
Sebab public transport berlambak kot.
Sebut je nak kemana, mesti ada public transport....
Senang.



2 comments:

Jen Jen Areff said...

best kan... lama tk g floria. dah mkin mcm2.. kena bayar dah skrg. dl2 free

Jen Jen Areff said...

best kan... lama tk g floria. dah mkin mcm2.. kena bayar dah skrg. dl2 free