Wednesday, June 10, 2015

Semua akan jadi indah bila sampai waktunya :)

Salam readers...

Pernah beberapa kali juga Kekna ditanya mengenai poligami.
Tapi dalam banyak-banyak soalan, ada 1 soalan yang paling Kekna ingat.
Sebab kerap sangat ditanya soalan yang sama. Huhu...

"Kalau suami awak nak kahwin lain, awak izinkan ke tak?"

Lama Kekna fikir.
Acu kalau hakak-hakak yang dah kawin tu ditanya soalan macam ni, kompem dan-dan tu jugak la jawab tak kan...
Menjawab mesti dalam nada marah punya... terus emo.. Kekekek...

Kekna belum berkahwin dan tak pernah berkahwin lagi pun.
Tapi Kekna faham ape perasaan seorang isteri bila ditanya soalan ni oleh suami.
Siapa yang nak bermadu? Nak berkongsi kasih?
Mesti takde sape nak, kan? Iye dok?

Tapi la kan... if, if ye... 1 day nanti suami Kekna minta izin untuk berpoligami (diulang, if), i will say...

"Up to you..."

Kenapa?
If dia dah tanya soalan macam ni, maknanya dia dah ada someone yang dia dah pilih.
Someone yang maybe dah terpahat kuat dalam hati dia.
Someone yang dia selalu ingat tanpa pengetahuan kita.
Sebab tu la dia berani tanya soalan tu kat kita.

Dan Kekna akan bagi dia jalan yang mudah iaitu ikut kehendak dia.
But in one condition, divorce me.

Kenapa Kekna cakap macam ni?
Ok, Kekna fikir macam ni je.
Why kita masih nak pegang dia if dalam hati dia dah ada orang lain?
Dan ketika dia berada dengan orang lain tu, mana dia letak kita dalam hati dia?
Dan dia takkan pilih orang lain itu melainkan dia merasa happy dengan orang tu.
Dan, mesti ada kekurangan pada diri kita sehinggakan dia membuat keputusan untuk mencari orang lain.
Kita pulak haruslah nak orang terima kita seadanya kann since kita pun boleh je terima buruk baik dia.
Betul tak?

Cinta memang memerlukan pengorbanan.
If suami kita happy dengan orang lain, then why not kita bagi je dia happy terus?
Kite berkorban untuk kebahagiaan dia.
Kalau kita maintain dengan dia pun, untuk apa?
Menderita? Sakit hati sebab tahu dia ada orang lain dibelakang kita?
Then, kita pulak sanggup bangun tengah malam sebab nak check henset suami.
Baca all the messages antara suami dan perempuan lain itu.
Tak pun, godek semua fesbuk, twitter, line, wechat atau semua akaun sosial yang suami ada.
Dengan harapan terjumpa mesej-mesej berkasih sayang antara suami dan perempuan lain itu.
Selagi tak jumpa, selagi tu la duk korek.
Kalau dah jumpa, meroyan.
Tak ke sakit jiwa namanya?

Lain laa kalau kita ni kuat mental dan fizikal nak bertahan dengan perangai suami kita tu.
Tak pun, sanggup bertahan sebab suami kaya-raya, jutawan, harta bertingkek-tingkek.
Tu lain citer.
Tapi kalau suami tu kije coki'a je, harap mulut manis, bulan-bulan kekadang mintak duit dari kita jugak tapi dia sibuk menggatal nak berkahwin lain, baik tak payah.
Like seriously korang nak bertahan jugak??
I cannot brain. Huhuh...

Ok la kalau korang bertahan sebab korang tak bekerja dan ada anak ramai.
Tapi kalau korang sendiri bekerjaya, then untuk apa korang nak tahan?
Sebab cinta?
Korang je la yang cinta sedangkan dia dah bahagi-bahagikan cinta dia kat orang lain jugak.
Yes, Kekna akui kite sebagai perempuan memang kalau dah sayangkan seseorang tu kite akan sayang mati-mati punyalah.
Ibaratnya lautan api pun kalau suami suruh renangi, kita sanggup la berenang.
Biar la habis rentung badan pun, asalkan boleh buktikan cinta suci ikhlas ittew.
Tapi kalau dah suami tak hargai kita, then cemana?

Tambah pulak suami kau terkantoi terlanjur dengan that perempuan.
Zaman sekarang kalau bab terlanjur ni memang dah biasa sangat dah kite dengar.
Lagi laaaaaaaa sakit rasanya.
OMG! Kekna tak terbayang cemana perasaan tu.
Rasa dikhianati, rasa tak dihargai, eh, macam-macam rasa yang tak best laa!
Sanggup bertahan?

Ada yang cakap, kita perlu berubah untuk menarik balik hati suami.
Hakak-hakak, trust me!
Kalau dia dah ada orang lain, cemana dia nak nampak perubahan yang uolss buat?
Silap-silap dulu korang pakai spender scarlet, sekarang pakai G-string pun dia tak perasan.
Tapi Kekna tetap setuju kalau korang berubah.
Usaha la kan demi rumahtangga korang.
Ikhtiar. Manalah tahu kot-kot nanti suami berubah hati, kan?
Kalau berjaya, alhamdulillah...
In sha ALLAH rumahtangga korang kekal hingga ke Jannah.
Doakan yang terbaik.
Mintak petunjuk ALLAH jugak.

Tapi based on my own experience, ada seorang suami ni selalu komplen pasal isteri.
Itu ini semuanya tak kena pada si isteri.
Tapi bila si isteri dah berubah, suami takleh terima kononnye itu bukan sifat asal si isteri.
Then, kenapa nak komplen? Betul tak?
Actually memang la suami tu takleh terima perubahan isteri sebab suami dah ada orang lain!

Sepanjang Kekna hidup, ada beberapa kali Kekna dipermainkan oleh lelaki.
Frust tu toksah cakap laaa...
Tahap menangis hari-hari tak kire waktu.
Yela, kita dah berkorban macam-macam tapi end up lelaki tu ada perempuan lain.
Orang bodoh je yang tak sedih kan.

Tapi Kekna amik pendekatan, if ko ada perempuan lain, maknanya ko tak happy dengan aku.
So, aku bagi ko peluang untuk happy dengan perempuan lain itu.
Aku tak happy, aku menderita, tak apa.
Sebab time will heal.
Lagipun ALLAH itu ada.
La tahzan, Innallah ma'ana.
If aku stay dengan ko sampai tahap ko putus dengan perempuan itu, maybe next time ko akan buat lagi.
Maybe dengan perempuan yang sama atau perempuan lain pulak. Who knows kan?
Sebabnya ko pernah buat sekali dan aku still bagi ko peluang.
That is means ko PASTI akan berani buat lagi sebab ko tahu tahap aku sayangkan ko cemana.
Ko curang, aku bagi ko peluang.
Ko curang lagi, aku bagi peluang sekali lagi.
Then sampai bila?


Kekna memang salute la bagi sesape yang sanggup berkongsi kasih. Bermadu.
Memang tabik spring!
Sebab Kekna sendiri memang tak boleh berkongsi kasih.
Usahkan dengan suami sendiri nanti, boyfriend sekarang berkawan dengan perempuan lain pun, Kekna dah naik meroyan.
Padahal kawan je pun. Bukannya bercinta.
Sebab tu la if Kekna tahu boyfriend Kekna curang, Kekna rela undur diri.
Takpelah. Kau bahagialah dengan si dia yang baru itu.
Kau curang sebab kasih sayang kau kat aku tak banyak.
Cinta kau kat aku tak ikhlas.
Lagipun orang macam kau tak layak dapat kasih sayang dan pengorbanan ikhlas dari aku.
Sia-sia!
Sebabnya once aku dah sayang, aku memang sayang betul-betul.
Buruk baik kau, memang aku terima je.
Tapi kalau dah tahap kau tak hargai apa yang aku buat, then enough!

Macam ex Kekna yang dulu.
Dia ada cakap, if diberi pilihan kedua dia nak Kekna balik.
You wish!
Ingat Kekna nak ke? Silap-silap lepas ni kau buat hal lagi.
Pastu sah-sah Kekna akan derita balik.
Takkan laaa nak derita banyak kali dengan orang yang sama kan?
Itu kebodohan namanya.


Kekadang ex Kekna ada jugak call atau text.
Normally dia call la... maybe sebab taknak ada rekod last seen dalam whatsapp tu kan.
Dia cakap dia rindukan Kekna.
Kekna just rolling eyes je la...
Untuk ape lagi nak rindu-rindu kan? Acu cakap untuk ape?
Kau dah ada orang lain kot.
Then pergi je la rindu-rinduan dengan girlfren baru kau tu.
Even Kekna rasa dia tak rindukan Kekna pun.
Dia just rindukan memori ketika bersama Kekna.
Tu je.



For me, better sedih sekarang dari sedih kemudian hari.
Sebab at least, memori bersama dia akan berkurangan sebab semakin lama kita kenal dengan seseorang, semakin banyak memori akan kita ada dengan dia.
Semakin banyak memori, semakin sakit yang akan kita rasa once kita kehilangan dia nanti.
Yalah, time bahagia bukannya kita boleh fikir ape kan.
Bila dah terkena, barulah tahu betapa sakitnya rasa tu.

Lagipun bagi Kekna, kumbang bukan seekor.
Berlambak lagi lelaki bujang yang baik dan setia kat dunia ni.
Antara jumpa dengan tak je...
Tapi kalau cari Mr. Perfect memang tak dapat la.
Jangan tertipu la dengan drama-drama Melayu tu.
Bohong semata-mata.

Korang kena percaya dengan takdir ALLAH swt.
Mungkin apa yang ada dengan korang sekarang sebenarnya bukan jodoh korang pun.
Kekna pun percaya benda yang sama.
Mungkin sekarang ALLAH swt temukan Kekna dengan lelaki-lelaki yang salah.
Siapa tahu lepas ni Kekna akan bahagia dengan lelaki yang memang jodoh Kekna.
Yang akan cintakan Kekna seorang sampai bila-bila.
Yang akan sayangkan Kekna sepenuh jiwa raga dia.
Yang jujur dan ikhlas terima baik buruk diri Kekna.
Kekna yakin ketentuan ALLAH swt itu adalah yang terbaik.
Cepat atau lambat je pertemuan itu.

For now, Kekna menjalani hidup single.
Bebas.
Nak buat ape, nak pakai ape, nak pergi mana, semuanya terpulang kat diri sendiri.
Takde terikat dengan sesiapa lagi dah.
Sebab Kekna yakin semuanya akan jadi indah bila sampai waktunya.


Eh, tersilap edit siap letak copyright lagi...
Huhuhu... Kekna cilok pic ni dari geng BBM ye.
Sila abaikan copyright tu. huhu..

Ikutkan ini yang Kekna sedang rancangkan sekarang.
Travel alone atau dengan kawan-kawan.
Heaven uolsss!
Bak kata kawan Kekna, enjoy while you are single.
That's what I'm doing right now. :)

By the way, as usual Kekna nak pesan.

Buat apa kita jadi no.2 atau yang kedua sedangkan kita boleh menjadi nombor 1 dan hanya satu-satunya. :)



******
Sorry if ada yang terasa dengan entri merepek ini.
Ini semua based on my own experience.
Masing-masing ada pendapat sendiri dan entri ini adalah pendapat dari Kekna.
Selamat membaca.
Sekian.



3 comments:

Liyana said...

sy pun klu dah dlm hati suami dh ada org lain.. just let me go hihi

cutiebijj said...

panjangnyaaaaa entryyyyyyy......

Reena Kamarudin said...

saya setuju semua point di atas.