Wednesday, June 24, 2015

Sun-date @ KL Festival City

Salam readers...

Kekna kembali lagi hari ini.
Takde cerita puasa-puasa ye sebab takde modal nak citer pasal puasa ni.
Hihi...

Ni kisah throwback.
Awal bulan May aritu. 17 May 2015.
Gile ahh... Dah sebulan lebih baru nak update ye... hihi...
Kekna busy sangat uolss...
Nampak je Kekna aktif update FB bagai, pergi sana-sini tapi hakikatnya Kekna tersangatlah busy.
Siapa kata Kekna takde kije kat opis ni? Siapa kate??
Gittew... Sarcastic sangat... hahaha...

Kisah May yang lalu.
Kekna plan dengan si mamat sorang tu untuk keluar.
Mamat mana? Rahsia ok...
Dia baca blog ni. So, biar kami je yang tahu.
Jangan speku-speku ye. Piat kang... hihi...

Yela, weken takde benda nak buat.
Housemates balik kampung. Tinggal la Kekna sensorang kat rumah.
Kesahnya, kitorang memang plan nak tengok wayang kat KL Festival City.
Tapi memandangkan kitorang keluar awal, so kitorang singgah kat Platinum Superstar Karaoke dulu.
Meh menyumbangkan suara yang sumbang ni... hihi...



Ooo emm geee.... baru perasan masa ni body takde shape langsung... T___T
Dah macam mak anak empat ni... huhu..
Kekna taknak kembali jadi macam ni lagi dahh...
Geng avengers, pls help me!!

Dah karok 2 jam, kitorang tengok wayang pulak.


Pitch Perfect 2. Memang terbaekkk!
Lagi best dari Pitch Perfect 1.
Ibaratnya pitching dia tu memang best la!
Terus Kekna mintak copy download movie ni dari Kak Siti.
Tak puas tengok walaupun berkali-kali.
Kitorang berdua memang ketawa terbahak-bahak la duk dalam panggung wayang tu.

Habis tengok wayang, teman pulak mamat tu nak shopping baju office.
Ok, ku turutkan saja.
Kekna idok la reti sangat nak pilih baju-baju office lelaki ni.
Tapi memandangkan si mamat ni asik pakai baju plain aje, so Kekna pilihkan dia baju yang bercorak belang-belang.
Nasib baik dia ok dan baju-baju tu nampak sesuai dengan dia.
Ngeeeee....


Sempat snap kejap sebab tengah menunggu mamat tu try baju. :)

Kekna pun ingat nak shopping kasut.
Entah tatau ape penyakit, Kekna duk gilakan kasut je sekarang ni.
Pantang nampak kedai kasut, mesti nak terjah.
Kekna nak cari kasut kaler putih... tak jumpa-jumpa.
Akhirnya 2 minggu lepas pergi Vincci ternampak kasut kaler putih, teruslah grab.

Masuk kedai kasut tu, masuk  kedai kasut ni, tak jumpa-jumpa.
Hari pun dah lewat petang.
Kekna pulak tak larat sebab badan masih lemah..
Sebelum balik, kitorang singgah makan dulu kat Sakura Kristal.


Jom tengok ape yang best kat sini...
























Mamat ni memang suka order yang healthy sikit sebab dia tengah diet.
Ate nak badan sado....
Dia order sparkling lemon & mint.
Kekna plak order hot tea je sebab memang tak boleh lagi minum minuman sejuk.


Fish N chips ni Kekna punya...


Grilled chicken thigh with garlic infused rice, dia punya...


Seeeeee... mase ni langsung tak sedar badan memang chubby sangat.

Ok, now memang time untuk kurus balik!
Jom avengers, kite kurus sesame.... :)


No comments: