Friday, June 26, 2015

Terima kasih, awak

Salam Awak,


Terima kasih atas hadiah yang tak dijangka ni.
Saya sedia maklum kenapa awak buat saya macam ni.
Saya tahu apa perasaan awak terhadap saya walaupun perkenalan kita terlalu singkat.
Bagi saya masa.
Bagi saya ruang.
Bagi saya waktu untuk berfikir.
Andai diizinkan ALLAH swt, pasti semuanya akan dipermudahkan.
In sha ALLAH.

Awak, 
Kali ni saya taknak terlalu berharap.
Saya takut.
Lagipun kita jauh. Jauh sangat.
Saya disini tapi awak nun di sana seberang lautan.
Saya tahu awak baca blog ini.
Saya harap awak faham.

Kita berharap kepada redha ALLAH swt saja ye!

Awak, 
Ada kawan yang hantar kata-kata dibawah kepada saya.
Memang menusuk hati saya.
Kesilapan saya yang dulu terlalu berharap pada insan yang bernama manusia.
Jadi sekarang saya taknak ulangi lagi kesilapan yang sama.


Kalau benar ada cinta di antara kita, biarlah asasnya adalah ALLAH swt.
Biar DIA yang tentukan.

Semoga ada sinar dihujung perhubungan kita.
Amin.

1 comment:

Me said...

I like u. Im not gud at saying things like dis. Ill do my best to gain your trust.