Wednesday, July 8, 2015

Adikku Iwan yang gila - Part 2

Salam readers...

Amboiii siap ber part-part lagi ni hah...
Ade ke yang baca ni weh?? Hahahah

Ahh, lantak la kan ada orang baca ke tak.
Yang penting Kekna nak update jugak.
Masa ni la nak kutuk Iwan pon. Kekekek...

Hari kedua Iwan kat KL.
Dedua tak berapa sihat.
Bekas bekam kat kaki Iwan pun tak surut-surut lagi.
Kekna pulak demam urat kes berurut kat Danau Kota tu.
Terus mintak Iwan bawakkan Kekna pergi klinik kat Sentul.
Check punya check, dapat mc....
Yeayyy.... hahahah...

Balik rumah, rehat kejap.
Kekna kalau demam takde tonsil, boleh la bergerak-gerak sikit.
Tapi kalau demam + tonsil, kompem melepekkk je.
Kali ni Kekna demam biasa je.
Takde la teruk sangat tapi still kena rehat.

Agak-agak dah tengahari sikit, barulah Kekna ajak Iwan keluar.
Kesian pulak kat dia.
Dah la datang KL.. tetibe kena duk rumah pulak.
Dah la kitorang tak makan minum lagi ni.
Iwan cakap nak pergi Sogo.
Ok, Kekna ikutkan aje.

Sebelum shopping, kitorang makan dulu.
Perut lapar kot.
Time tu dah tengahari. Tekak teringin nak makan kat food court tapi ramai pulak orang.
So, Kekna belanja Iwan makan kat The Manhattan Fish Market.
Lama jugak la Kekna tak makan kat TMFM ni.


Bajet sado... -__-


Cun lagi vogue the vass...
Hahahahaha.... Panggggggg se das!


Dia ni tetibe je nampak sorang awek makan sensorang kat meja belakang.
Mulalah ulat bulu naik daun.
Bila Kekna pusing tengok budak tu, idokk lerr lawa sangat pon.
Takde taste langsung!
Hoiihhh, ingat sikit makwe kat Ganu tu.. Grrrr...
Ni la lelaki... Haihh... tensi mak!
Iwan ni dah la gile, gatal lak tu... 
Kutuk habis-habisan ni... wakakakaka...

Pastu Iwan cakap,

"Meh aku amik gambar mu pulak..."

Then, Kekna pass hp Kekna kat Iwan.


Hasilnye..... -______-

Kemain kan iolsss posing.
Rupa-rupanya dia nak amik gambar budak pompuan tu (baju hitam).
Grrrrrrrrr.............

Sabo je laaa...

Dah habis makan, barulah kitorang shopping.
Takde la shopping apepun.
Kekna just tengok baju-baju dan kasut je.
Tapi takde la pulak kasut yang Kekna berkenan.

Dah shopping, kitorang balik rumah semula.
Rehat sampailah ke malam.


Lepas isyak kitorang keluar makan kat Mahbub Bangsar.
Pastu Iwan hantar Kekna balik, then dia pun balik ke Kemaman.
Alhamdulillah dia tak sesat..
Risau jugak sebab dia senyap jee...
Dah sampai Kemaman, barulah dia mesej.
Ok, lega...

No comments: