Tuesday, July 7, 2015

Adikku Iwan yang gila -__-

Salam readers...

Tetibe hari Jumaat lepas, Iwan call.

"Weh, bilanye? Bila?"

Kekna dah blur... Apehal lak ni?

Kekna : Bilanya ape?
Iwan : Bila nak update?
Kekna : Kan dah update...
Iwan : Iler... Pasal aku gi KL aritu laa...
Kekna : -___-... Ko gile glemer kan?
Iwan : Hhahahaha.... update cepat...

-____-

Korang tengok la karenah adik Kekna yang bernama Iwan the Iler (gile) bijjj!
Huh!

6 Jun 2015, Kekna keluar dengan Kak Siti.
Pasal ni Kekna citer kendian-kendian ye.
Kitorang balik rumah agak lewat petang.
Dah sampai rumah tu, Kekna rehat-rehat la dulu.
Penat dah seharian berjalan-jalan.

Tengah-tengah duk berkuak lentang atas katil, tetibe Iwan call.

Iwan : Aku rasa nak pergi KL la...
Kekna : Datang aje laa... Bila?
Iwan : Malam ni la...
Kekna : Hah??? Mu ni tengah gila ke ape?
Iwan : Tobat ah... Aku rasa nak gi KL ni...
Kekna : Ko datang la minggu depan. Esok dah Sabtu kot. Ahad ko dah kije.
Iwan : Cuti aku banyak lagi laaa...
Kekna : Ikut suka ko laa...

Tetibe je kan dia buat gila.
Tak pernah-pernah dia buat kerja macam ni.
Yela, jalan kat KL ni pun tersesat sana sini.
Tapi dia cakap sekarang ada waze. So senang.
Lantak ko la Iwan.

Dia bertolak dalam pukul 11 lebih malam.
Kekna risau je dia drive sensorang kat highway tu.
Yela, Kekna ni kan cepat terpengaruh dengan filem-filem Melayu pasal misteri kat highway tu.
Haihhh.... semoga perjalanan adikku selamat sentiasa...

Kekna dah pesan awal-awal, nanti dah sampai mesej je.
Punyalah lama Kekna tunggu, last last pukul 2 pagi Kekna tertido.
Itupun tido-tido ayam sebab takut hp berbunyi.

Pukul 3 lebih, Kekna terjaga lagi.
Check hp, ok takde mesej, takde call.
Maybe Iwan tengah drive.
So, Kekna sambung tido balik.
Tak sampai 2-3 minit terlelap, bertubi-tubi mesej masuk.
Notification pasal call failed.
Rupa-rupanya Iwan banyak kali call Kekna tapi tak dapat.
Terus panik, call Iwan.
Dia dah lama dah sampai depan rumah Kekna tapi tak berani nak masuk dalam pagar.
Dia siap tido dalam kereta lagi.
Hahahahahaha....

Terus Kekna turun bawah rumah pakai baju tido bagai.
Lantak la kan.
Bukannya ada orang pun time tu.
Suruh Iwan parking depan rumah.

Dah sampai bilik, masing-masing tido.
Penat kot.
Kekna pulak rasa macam tak cukup tido je...

Pagi 07 Jun 2015, Kekna bawak Iwan jalan-jalan kat Mid Valley.
Sebab dia cakap nak pergi butik Romp.
Memula ingat nak pergi Times Square je tapi malas la pulak nak hadap jem kat sana.
So pergi yang dekat je.
Lagipun MV banyak kedai makan. Senang.


Kitorang singgah kat Belanga, The Garden.
Breakfast kat situ dulu sebelum shopping.

Kekna ada update status dalam fb.
Pastu ramai kemain yang speku Kekna kuar dengan bf baru.
Tak tahan tu ada yang request nak tengok wajah bf baru Kekna.
Hahahah...

Kuat speku sangat uolss!

Boifren baru Kekna duk jauh dik non...
Sila bawak bersabar ye.

Lagipun ada sebab kenapa Kekna tak tag nama Iwan dalam FB.
Iwan suruh Kekna buat surprise kat Kak Long nanti.
Kononnye Kekna nak bawak datang bf baru jumpa Kak Long.
Tapi bila call Kak Long, dia cakap dia still kat Bangi dan tenagh bersiap pergi ke Rawang.
Ok..ok.... Kami menunggu...
Ngeh ngehhhh...


Kekna makan pulut kuning dengan kari ayam.
Sedapppp!


Iwan makan nasi tumpang.
Dia kata sedap gak.

Dah settle makan semua, kitorang terus shopping.
Banyak jugak la kitorang perabih hari tu.
Iwan pulak jenis suka merayap jugak.
Dia tak kisah kalau kuar masuk kedai yang sama banyak kali.
Beratur panjang-panjang pun dia tak kisah.
Tu yang Kekna tak kisah kalau dia ajak shopping tu.

Lewat tengahari, Kekna bawak dia makan kat Tony Romas.
Iwan panggil Tommy Ramos....
Tergolek-golek Kekna gelakkan dia.
Lawak wehhh... hahahahaha
Datang dari mana ntah Tommy Ramos tu... wakakaka...
Adikku oh adikku!





Kekna order kan Iwan beef ribs dan filet medallions.


Kekna macam biase, shrimp scampi pasta.
Sedappp!




Dah habis makan, sambung shopping lagi.

Dah habis shopping, Kekna call Kak Long sekali lagi.
Katanya dia kat Rawang lagi.
Sambil tu Kak Long tertanya-tanya, siapakah gerangan jejaka yang Kekna nak bawak jumpa tu.
Tak pepasal menipu sunat Kekna hari tu.
Terkekek-kekek Iwan gelak kat sebelah. Cit!

Memandangkan masa call tu Kekna dah menghala ke Selayang, maka Kekna bawak Iwan singgah ke Brem Mall pulak.
Yela, bila tanya Iwan dia kate dia nak berjalan-jalan lagi.
Pergi Brem Mall main bowling.





Dah main bowling, Kekna ajak Iwan balik.
Yela, sehari suntuk kot kuar berjalan.
Badan pun dah melekit.

Balik rumah rehat-rehat jap.
Mandi, solat semua.
Masa kat rumah, Iwan call Kak Long.
Kak Long cakap dia baru je sampai rumah.
Ok, set!
Terus berdesup kitorang bersiap dan pergi ke rumah Kak Long.

Tadaaaaaaaa!!!
Dibantainya gelak reramai.
Kemain lagi Kak Long siap bertudung bagai, Abang Zam pulak kemas jek sebab ingatkan betul Kekna nak bawak boifren baru.
Rumah pun siap on chandelier lagi.
Hahahahahah...


Lama jugak lepak rumah Kak Long.
Dalam kul 10 malam camtu, barulah Kekna dan Iwan balik.
Itupun Iwan ajak pergi ke Uptown Danau Kota.
Layankan aje la...
Ate adik tu kaki merayap.

Masa pergi uptown tu, kitorang ada la singgah berurut kat tepi jalan tu.
Iwan buat bekam kaki.
Kali pertama buat.
Masa ni pun kelakar sebab 1st time buat so tak tahu sakit ke tak.
Rupa-rupanya sakit.
Pucat lesi muka Iwan menahan sakit.
Dia cakap akak tu cucuk-cucuk kaki dia macam nak bunuh dia.
Wakakakakaka...

Kat sana, kitorang beli perfume dan accessories je...
Yela, siang tadi dah banyak shopping kot.


Sebelum balik, singgah kat Restoran Pelita Bangsar.
Isi perut dulu.


Mase ni pun dah pukul 1 lebih pagi.
Sampai rumah pukul 2 lebih.
Mandi-mandi, terus tido...

Esoknya Kekna terus demam urat sebab sehari suntuk berjalan.
Lagipun mase berurut tadi, memang rasa sakit sangat-sangat sebab urut urat kan.
Fuhhhh....




P/S :

Puas hati aku update doh ni, Iwan??
Selagi dok update, selagi tu la mu kejong aku suruh update ork...
Mu memang iler.... -___-



2 comments:

Reena Kamarudin said...

hahah comel je perangai adik awak.

Reena Kamarudin said...

hahah comel je perangai adik awak.