Thursday, July 9, 2015

Berbuka puasa di Titian Kaseh, Titiwangsa

Salam readers...

Ni kisah 29 Jun 2015.
Opis Kekna ada buat program beriftar di rumah anak-anak yatim.
Lokasi pilihan tahun ni adalah di Titian Kaseh.
Dekat aje rupanya dengan opis Kekna.
Area Titiwangsa tu je.
Selama ni selalu aje pergi Tasik Titiwangsa tu tapi tak tahu la pulak rupa-rupanya kat situ ada rumah anak-anak yatim.

Kekna sebenarnya suka pergi program-program macam ni.
Tapi yelaa... takde kenderaan, susah la sikit nak bergerak sana-sini kan.
Lagipun dulu tak berkesempatan.
Nak pergi tapi ada yang mengongkong.
Now, nak pergi mana-mana pun boleh.
Takde orang nak halang, takde orang yang risau. :)

Balik  opis pukul 4:30 petang.
Terus zassss Kekna dan beberapa orang staff opis pegi ke Titian Kaseh tu.
Bukan pergi sesaje ye.
Bila dah sampai ke Titian Kaseh tu, Kekna kena goreng nugget.
Uihhh, janggal betul masak memasak kat dapur rumah orang ni...
Tapi jadi seronok pulak.
Kali pertama Kekna goreng nugget dalam kuali besar boleh muat 1 paket terus.
Hehehe...
Tapi tu la, takdan nak amik gambar sebab masing-masing sibuk dengan tugasan masing-masing.
Yang tu potong tembikai, yang ni susun kuih, yang sorang lagi buat air... cenggitu la...

Ape yang penting?
Kerjasama....
Ape yang penting?
Kerjasama....
Gittew! Hahahaha...


Suasana dalam salah 1 bilik.
Katil disusun dekat-dekat...
Agak sempit la bagi Kekna. Rasanya dalam bilik ni boleh muat dalam 20-30 orang kanak-kanak.


Ni suasana kat dapur.
Dapur diorang takde dinding ya.
Terbuka macam tu. Tapi seronok jugak dapur camni.
Rasa luas pulak dan tak sesak.


Dah siap goreng nugget, Kekna tengok diorang buat karipap pulak.
Karipap ni diorang buat jual jugak.
Boleh tahan la karipap ni. Isi penuh...


Dah settle semua, barulah pakat duduk sementara menunggu waktu berbuka puasa.
Tak sabar dah ni. Huhuhu...


Kitorang lepak-lepak je dulu.
Selama ni jarang bersembang dengan diorang semua.
Yela, Kekna duk tingkat 51.
Diorang pulak duk tingkat 9.
Memang la susah nak jumpa.
Jumpa pun kalau ada hal kije. Kalau tak, memang tak jumpa punyalah.


Dah masuk waktu berbuka, marilah makan beramai-ramai.
Kat sini diorang mengamalkan konsep makan ramai-ramai dalam talam.


Antara makanan yang ada.






Berebut-rebut diorang amik kurma.
Eh, spot me...spot me now.. hihihi...


1st trip Kekna.
Ini pun dah buat Kekna kenyang.
Tapi hakikatnya balik rumah lapar lagi.. Huhuhu...

Kekna ni jenis kalau makan kat rumah atau tempat lain (melainkan hotel), memang Kekna akan jadi cepat kenyang.
Penyakit ape ntah.
Nak kata segan, idok lerr segan.
Tatau la kenapa.


Diorang berempat makan dalam 1 talam.


Nasi arab pun ada...






Last sekali barulah bagi-bagi cenderamata dan duit raya.

Kekna sayu sangat bila tengok anak-anak yatim ni.
Kita seronok-seronok beraya dengan family, diorang beraya dengan sesama diorang je.
Takde mak, takde ayah.
Takleh shopping baju raya dengan family.
Kekna sendiri pun tak terbayang if Kekna berada di tempat diorang. T__T

Bila melihat keadaan diorang, terbit rasa bersyukur dalam hati sebab sekurang-kurangnya nasib kita lebih baik.
Maka bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang.
Kadang-kadang kita fikir kita bernasib buruk tapi hakikatnya masih ada insan yang lebih bernasib buruk dari kita.
Oleh itu, jangan sia-siakan ape yang kita miliki.

Sekian saja nasihat dari ustajah Kekna... :)







No comments: