Monday, July 6, 2015

Boat Noodle @ Jaya One

Salam readers...

Entri throwback kembali. Hahaha...
Bila dah berkurun lamanya, baru Kekna update eh.
Agak kelewatan sikit.
Nak buek camno. Kekna ni pemalaihhh...
Kekeke..

Dah lama bebenor tak kuar lunch sesame dengan geng secretary.
Banyak kali jugak diorang initiate lunch sesame, tapi Kekna selalu tak dapat join.
Kekadang tu dapat kije last minit.
Kekadang tu pulak dah janji nak kuar dengan avengers.
Haihhh, busy sungguh Kekna di waktu lunch.
Gittew.

Kesahnya hari tu Kekna diajak oleh geng-geng secretary untuk makan di Boat Noodle, Jaya One.
Tak pernah-pernah Kekna pergi Jaya One ni.
Pernah la dengar tapi tak pernah jejak pun.
Tempat apakah?
Terus rasa teruja nak pergi... :)

Bila dah sampai je, rupa-rupanya kitorang masuk ikut pintu belakang.
So, takleh nak jenjalan dalam Jaya One tu.
Nampak macam shopping mall. Tapi tatau ape ada kat situ.
Masuk pintu ikut parking lot, terus nampak Boat Noodle.
Apelagi, terus cari tempat duduk kosong.


Tengok menu...
Ok, tak reti nak order.
Hahaha... Nasib baik ada Ika.
Dia la yang bagitahu ini sedap, itu tak sedap, itu pedas, yang ini tak pedas...
Last-last dia sendiri yang salah bagitahu. Hahahah...


Diorang kata yang ni sedap.
Kekna tak makan pun mee suhun ni.


Air Thai Tea.
Sedappp uolsss!!!
Waaaaaaaaa.... teringin...





Dalam banyak-banyak, yang ni paling sedappp...
Ape ntah namanya..
Rasa macam maggi goreng tomyam je tapi sedappp!
Next time kalau pergi, Kekna nak makan ni pulak.
Hadoiii, teringin dah, teringin dahh...

Makan kat sini kena order banyak-banyak sebab portion kecik.
Kekna makan 4 mangkuk. Itupun tak berapa kenyang sebenarnya.
Tapi mase mencemburui Kekna.
Gittew....
Makan pun cepat-cepat je. 

Lepas raya ni kena pergi jugak nih.
Bernafsu pulak Kekna tengok makanan-makanan ni...
Eh!


No comments: