Friday, July 3, 2015

Sushi Tei, NU Sentral

Salam readers...

Godek-godek pc sebab nak delete folder-folder yang dah tak guna, sekali ternampak gambar-gambar masa geng avengers & manager pergi lunch ramai-ramai sempena bonus.
Lama gilos...
Kompem Kekna kena maki dengan geng avengers nanti.
Hahahaha...
Tak kire.. tak kire.
Nak tepek jugak gambar-gambar tu kat sini.
Ate trademark blog, 'The History of my life'.
Ni dikire history la kan...
History 2 bulan lepas. Hihihi...

Bonus tahun ni kitorang dapat idok lerr sebanyak bonus tahun lepas.
Tapi alhamdulillah aje la...
Nasib baik ada dari takde langsung. 
Ye tak?
Syukur...syukur...syukur...

So, sempena bonus tahun ni kitorang decide lunch ramai-ramai kat Sushi Tei, NU Sentral.
Al-maklumlah encik manager kite tu suka makan sushi.
Kekna memang dah muak makan sushi sebenarnya tapi ikutkan saje la..
Asalkan bersama dengan avengers, Kekna happy je. :)


Encik manager yang duk sebelah Farid tu.
Dia dah ala-ala bapak kitorang dah.
Dia layankan aje perangai hanak-hanak hayam ni nak snap-snap...


Antara makanan yang kitorang order...
Meriah uollss!



Avengers bijjj....
Sekarang ni Leen dah bertukar unit tapi everyday memang kitorang akan contact each other.
Haruslah kannn...
Walau apepun, group ni takkan berpecah walaupun Kekna dapat transfer ke Terengganu ke nanti..
Doa-doakan laa ye...
Tak sabor ni nak balik ke pangkuan ketiak mommy & daddy.
Kekeke...


Makan dengan diorang ni kalau tak over bajet, memang tak sah.
Balik opis, buat kira-kira...
Pastu memasing buat-buat taknak bayar. Hahaha...

No comments: