Friday, July 31, 2015

Syawal keempat 2015

Salam readers...

Kisah raya keempat seperti raya ketiga jugak.
Kekna ada rumah terbuka.
Kali ni rumah uncle Kekna belah mommy plak.
Belah mommy Kekna ada sorang uncle tu je.
Ayah Su.

Ayah Su buat majlis lepas Asar.
Kekna ternanti-nanti Ayah Su buat rumah terbuka sebab Mak Su pandai masak.
Ate penguasa kedai makan kan.
Kekna paling suka nasi goreng yang Mak Su buat.
Paling sedap yang pernah Kekna rasa dalam dunia ni.
Mommy Kekna pun kalah tau.

Sengaja Kekna biarkan perut kosong sebelum pergi ke rumah Ayah Su.


Kekna naik kereta bertiga je.
Yang lain semua naik kereta asing.

Punyalah lapo bila sampai ke rumah Ayah Su sampaikan Kekna takdan nak snap-snap gambar makanan-makanan kat sane.
Mak Su masak bihun sup dan rojak betik.
Rojak betik resipi asli Terengganu memang paling win la!!
Pun lupe Kekna nak snap. Huhuu..


Nasib baik ada google images. Cilok kat situ.
Credit to tuan gambar ye.

Kuah rojak betik ni pun sedap makan dengan keropok keping.
Hohohoo... Tetibe teringin lagi.
Terkejut kazen-kazen bile diorang tengok Kekna makan banyak sangat.
Masakan Mak Su memang sangat sedap!!

Eh lupe plak.
Mak Su ade jugak buat kuih muih tradisional Terengganu.
Kekna takdan nak makan.
Perut dah sarat.
Pastu Maksu buat cocktail buah.... Pun sedap!


Dah takleh control perut dah sebab makan banyak sangat.
Ni kazen Kekna... Emma namanya.


Tengok la body ibu beranak dua ni.
Selim-melim..
Jeles Kekna okeh!!


Daddy- Amisha- Kekna


Ki bersama dengan cucu-cucu yang semuanya gojes-gojes... :)


Yang paling cun tu of cos la yang tudung pink tuuu...
Tak dapat disangkal lagi...
Huahahahaha... *pang se dasss!

Dah puas makan-makan kat rumah Mak Su, kitorang 1 family bergerak ke rumah kazen Kekna pulak.
Kekna panggil dia Kak Chik.

Uih, 1st time masuk rumah baru Kak Chik, rasa terpegun pulak.
Besar uolsss...
Hiasan pun simple dan cantik.
Nampak moden dan tak sarat.

Apelagi, snap-snap laa....
Kekekeke...




Kak Ejam - Lieya - Kekna

Lieya tu adik Kak Chik.
Kalau tengok depan-depan, Lieya ni memang lawa.
Tengah pregnant anak kedua sekarang ni.
Tunggu nak meletup je tu...



Ok, sekian je citer raya keempat...
Balik rumah terbongkang sebab perut kenyang...
Huhu...

No comments: