Thursday, July 30, 2015

Syawal ketiga 2015

Salam readers...

Kite dah masuk kisah syawal ketiga...

Owh, pasal raya kedua tu, patut la Kekna lupe.
Sebab lepas balik rumah Kak Da tu, kitorang pergi rumah terbuka kakak Kak Ejam.
Kitorang 1 family memang rapat dengan family Kak Ejam.
Kekna lupe sebab takde gambar. Hihih...

Lepas balik dari rumah kakak Kak Ejam, barulah kitorang balik rumah.
Dah tak gi mana-mana dah sebab malam nye tu family belah mommy nak datang.
As usual, kitorang kena sediakan makanan.
Anak sepupu request nak makan nasi lemak Kak Ejam.
Memang nasi lemak Kak Ejam tu sedap.
Kekna sendiri pun selalu je tapau sambal nasi lemak Kak Ejam everytime balik kampung.
Sedap... Pedas dan manis...
Tahan lama pulak tu sebab Kak Ejam masak sambal tu sampai berjam-jam.

Ok, back to the story.
Hari raya ketiga ni jadual Kekna agak pack sebab ada 3 buah rumah terbuka yang kena attend.
Omaigot, Kekna memang suka pergi rumah terbuka...
Sebab Kekna suka makan.
Rumah terbuka kan ada banyak makanan...
Sila jangan menyesal kalau jadi gemuk ye, Diana!

Pagi raya ketiga tu rehat-rehat kejap sebab dah 2 hari berturut-turut kena bangun awal.
Hoiii, tak tahan mata ni.
Lately tatau la kenapa liat bebenor Kekna nak bangun awal pagi.
Kekadang terjaga jap subuh tu.
Pastu sambung tido balik dalam bilik mommy.
Hohoho... tatau la kenapa, Kekna memang suka tido dalam bilik mommy.
Selesa kot dengan tilam tu... Hihi..

Tengahari, kitorang keluar pergi rumah Pak Alang.
Pak Alang ni uncle Kekna belah daddy.
Dia memang akan buat rumah terbuka setiap hari raya ketiga.
Sempat la dia nasihatkan Kekna suruh beli rumah kat KL.
Jangan joli-joli sangat...
Macam tau-tau je anak sedara dia ni suke berjoli. Kekeke...

Dah pergi rumah Pak Alang, kitorang pergi ke area KP Perdana pulak.
Kazen Kekna buat rumah terbuka jugak,
Actually Kekna ada 3 orang kazen yang duduk kat KP Perdana tu.
So on third day raya tu, Kekna dan family bantai beraya area situ terus.

Second rumah on that day adalah rumah terbuka Abang Yin.
Lepak-lepak dulu kat situ, then barulah kitorang makan.




Diorang ni bergambar tak ajak Kekna.
Time ni Kekna dah lepak berbaring kat dalam bilik tingkat atas sambil bergosip-gosip dengan mak-mak sedara.
Sibuk bebenor diorang nak dengar citer Kekna.
Pastu siap bercerita tentang orang lain jugak..
Suke sangat gosip-gosip ni.. hihi..
Sampai tertido uolsss!

Dah puas bergosip, kitorang beralih pulak ke rumah kazen Kekna yang lagi sorang.
Abang Pu atau kengkawan panggil dia Pert.
Rumah selang berapa buah je.
Sambung bergosip-gosip kat situ pulak.... :)




Kak Ja dan Abang Li


Abah & Ma

Lepak kat rumah Abang Pu sekejap je.
Sebab dia hidang minum petang je.
Dia taknak la buat makanan berat sebab memasing dah makan banyak kat rumah Abang Yin kan...

Dah lepak-lepak, makan-makan, sembang-sembang kat rumah Abang Pu, kitorang beralih pulak ke rumah Izuddin.
Izzuddin ni adik kepada Abang Yin.
Rumah dia pun adea KP Perdana jugak.
Selang sebuah rumah je dengan rumah Abang Yin.
Uihhhh... Tiga-tiga rumah Kekna pergi hari tu semua cantik-cantik.
Jeles iolsss...
Kena kumpul duit ni untuk beli rumah. Huhuu...
Dapat sebuah rumah pun dah bersyukur dah.
Pastu hias cantik-cantik...
Wahhhh... berangan terus nih.
Ahaks...

Sementara tunggu La (wife Izu) buatkan air, kitorang snap-snap laa...


Kak Long


Rani Mukherjee :)



Daddy & Mommy



Kajol... Eh!




Anak-anak sedara saya yang comel...
Alyssa & Amisha.



Malam barulah kitorang balik rumah....
Penat uolssss...

Tapi kan, kesian kat sedara-mara lain tak boleh datang ke rumah kitorang sebab kitorang 1 family selalu takde...
Sorry uolsss... Kitorang bukan sengaja taknak duk rumah.
Tapi biase laa... sedara mara ramai.
Family kitorang pulak payah nak cukup korum sekarang ni.
So sementara masing-masing masih ada, kitorang bantai beraya bersama-sama dulu...
Manalah tahu tak berkesempatan nak raya bersama tahun depan.
Siapa tahu kan...


No comments: