Monday, July 27, 2015

Syawal pertama 2015

Salam readers...

First of all, Kekna nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua yang mengenali Kekna; tak kira la kenal secara fizikal ke atau di alam maya.
Ampunkan salah silap Kekna selama ni.
Sesungguhnya Kekna ni manusia biasa yang selalu melakukan kesilapan dan kekhilafan.
Maaf zahir dan batin... 

Ok, back to main story.
Kekna nak share pengalaman Kekna berhari raya tahun ni.
Well, takde ape-ape yang berbeza pun.
Same je macam tahun-tahun lepas.
Di pagi raya sibuk mempersiapkan diri dan rumah.
Sibuk jugak dengan adik-adik lelaki yang mintak tolong pakaikan sampin...
Berpeluh-peluh hakak dibuatnya! 
Habis cair make up hakak... -__-
Dah la cuaca kat Ganu tu, panasnya ya ampun!!
Nasib baik la sebelum raya Kekna sempat belikan air cooler besar gabak tu untuk family.
Agak-agak terasa bahang panas cuaca, pergi la hadap air cooler tu.

Kisahnya nak beli air cooler tu pun boleh bertekak kejap dengan mommy.
Actually niat Kekna nak beli aircond.
Tapi mommy bising. Katanya taknak rumah dia kena tebuk-tebuk dah...
Haihhhh!! Geram betul Kekna dengan bonda tersayang ni tau.
Dia suruh Kekna jimat duit kot-kot nanti nak kawen. -___-
Entah bila la anakmu nak kawin mommy oiiii...

Kekna bukannya ape.
Kekadang kesian dengan family dan tetamu mengadu panas kat rumah tu.
Rumah Kekna tu hazabunnn sikit.
Bukak tingkap pintu pun, rumah still rasa panas sebab tak kena laluan angin.
Memang tepat sangat kalau beli aircond.
Daddy ok je kalau Kekna beli aircond. Siap bagitahu lagi brand ape yang elok..
Tapi tu la... para suami ni bila bini bising, dia pun terpaksa la menurut kata bini.
Tapi Kekna kan acah-acah degil gitu.
Takleh beli aircond, Kekna beli air cooler tu.
Hah, rasakan benda alah tu berlonggok kat ruang tamu.
Kalau beli aircond kan senang. Pasang elok je kat siling rumah.
Takde la nampak berlonggok.
Haihhh... mommy... mommy...

Sebelum raya, bertekak.
Pagi raya mintak ampun bebanyak...
Banyak dosa ni.. ngeeeee :)



Kak Long


Abang Zam


Alia


Fifi


Abang Yu


Kak Ejam


Alyssa


Amisha


Rani mukherjee... Eh! ^__^



Iwan


Ryan


Pembahagian harta. Hahaha...
Yang belakang sekali tu sibuk beratur jugak.
Tak pepasal mak datin kena bagi retenya jugak..



Ampun tuanku... ^__^






Giliran Dato' Sri Shahrul Irwan pulak...


Poyo jekkk Dato' Sri ni.... 

Sebenarnya pagi raya ni tak cukup korum.
Aries Spark tak balik lagi time ni.
Dia fly dari KL pukul 11:50am.
Kekna dan Iwan pergi amik dia kat airport.

Bila dia dah sampai rumah, terus salam-salam dengan semua.
Dosa banyakk ni...
Haruslah kena salam lama-lama...




Giliran Shahril pulak bagi duit raya,


Ryan Fiq ni pun sibuk jugak nak bagi duit raya.
Kekna tumpang beratur jugak.
Try my luck kot-kot dapat duit raya jugak.. hahaha.. 


Potret family bahagia kami





Abang Yu's family


Kak Long's family


Orang bujang amik gambor dengan mak ayah aje ye...




Iwan : Mu mesti dengki kan aku cium mommy...
Kekna : -___-




Kekna : Shahril, jom buat free style.....
Shahril : Jommm!!

Dan hasilnye..... :-


Sumbang mahram hoiii... :p





Pakse mommy dan daddy buat free style jugak...

Pastu kitorang kuar pergi rumah sedara-mara sebelah daddy.


Rumah pertama, rumah Ayah Chik Zul.


Rumah kedua, Mak Dik Nab.

Kat atas ni kazen Kekna.
Kekna panggil Rina.
Tapi kengkawan lain panggil dia Lily.
Masyukk dia ni jual biskut raya...
Raya tahun depan kalau nak beli kuih raya, boleh contact Kekna.
Biskut raya yang dia jual semuanya sedap-sedap.
Boleh follow fb dia : Laura Miranda Lily


Rumah ketiga, Tik Siah.
Masa ni daddy duk sibuk bersembang dengan tuan rumah, kitorang pulak sibuk ketawa berdekah-dekah.
Macam-macam topik keluar.
Sampai nak semput Kekna dibuatnya.



Ini dah rumah terakhir yang kami sekeluarga berkunjung on that day.
Rumah mak sedara sebelah mommy.
Tauke kedai karpet. Maimai Carpet.
Kitorang makan malam kat sini jugak.





Adik-adik lelaki kesayangan.


Kazen, Abang Pu.
Nama glemer, Pert. Kemain kannn...


Ni kazen Kekna jugak. Abang Yin.
Anak tauke Maimai Carpet.


Wanita-wanita generasi arwah Hasnah & Abu Bakar.
Tak cukup korum ni...


Ma dan abah.
Mak sedara dan ayah sedara Kekna.


Geng-geng gosip Kekna.
Cik Ton, Ma dan Mommy.
Seronok gosip-gosip dengan diorang ni sebab diorang sporting.


Di akhir entri, silalah tatap wajah-wajah hensem di atas.
Tatap je k.
Yang duduk tu semuanya dah kawin.
Yang berdiri tu pulak semuanya dah dikebas orang.
Ada makwe tapi nak sorok-sorok.
Macam la Kak Ngah dia ni tatau... hoh!

Soalan femes untuk Kekna tahun ni :

"Kenapa tak jadi?"

Nasihat femes yang diberi :

"Nasib baik sedar awal. Buat apa nak tunggu orang cenggitu..."

Alhamdulillah.
Semua orang support Kekna.
:)

By the way, kalau nak gambar lagi banyak, sila view FB Kekna ye.


2 comments:

Mimy Hamid said...

nana raya mmg mak datin hehe...selamat hari raya maaf zahir batin tau nana

Anonymous said...

Mg xtlis ork sape amik gmbr