Friday, August 14, 2015

Holiday 2015 - Balik ke KL

Salam readers...

Masuk hari keempat bercuti.
Rasa nak menangis tergolek-golek sebab percutian dah habis.
Esok dah laa kena masuk ofis dah.
Malasnyeeee... T___T
Eh, esok jugak sebenarnya masuk bulan puasa.

Hari last ni Kekna bangun lewat sikit sebab semalam Kekna swim sampai larut malam.
Pukul 12 lebih kot barulah Kekna naik bilik.
Nak karok pun tak boleh sebab dah di conquer oleh penghuni lain.
Tapi Kekna tak kisah pun sebab takde la takut sangat Kekna nak tido sebab dah tahu ramai orang kat tingkat bawah.

Pukul 9 pagi barulah Kekna turun breakfast.
Kawan Kekna memang turun lambat lagi.
Pergi je dapur tengok orang dah ramai.
Semua lelaki lak tu... T___T
Segan iollsss... Tapi macam biase la, buat dunno je.

Tengah-tengah makan, diorang tegur-tegur.
Terus jadi geng. Hahhaha...


Nasi lemak dia sedap uolsss...
Nasi lemak pantai timur memang sedap-sedap!
Siyesss!


Kekna dapat 2 meal hari tu.
Pankek dia gebu tapi manis sangat sebab diorang sprinkle kan gula terlalu banyak atas pankek tu.
Tapi boleh laaa nak makan..


Ada 1 benda je yang Kekna kurengg gemor sepanjang stay kat sini.
Ada banyak kucing!
Hohoohooh.... Kekna takut dengan kucing.
Kucing-kucing kat sini gemok-gemok pulak tuu.
Dia selalu nak naik atas riba Kekna. Ha, cane tu?
Terjerit-jerit la Kekna... huhu...

Tapi kan kucing-kucing kat sini memang comel-comel.
Terlalu ramah sampai tak takut dengan orang...
Kekna je yang takut dengan kucing-kucing ni. T___T

Dah breakfast, Kekna naik ke bilik.
Kawan Kekna tu pulak pergi cuci kereta kat car wash berdekatan.
Malas pulak Kekna nak ikut.
Baik Kekna rehat & kemas barang-barang.
Kul 12 nanti dah nak check out.

Sempat la tergolek-golek merehatkan badan dalam bilik.
Last last kitorang check out pukul 2 petang.


Sementara tunggu kawan Kekna tu bersiap-siap, Kekna lepak-lepak kejap kat ruang tamu sambil tengok Ketuk-ketuk Ramadhan... Hihihi...


Amik gambar kat kereta baru jap....



Pemandangan belakang Casa Titik...

Dah habis snap-snap, kitorang pun bertolak balik ke KL.
Babaiiii Casa Titik... Sobsss...sobsss... T___T

Dalam perjalanan, kitorang singgah kat R&R Temerloh.
Makan tengahari kat situ.


Kekna amik gulai kawah daging.
Sedap jugak...

Dah makan semua, kitorang sambung perjalanan balik ke KL.
Alhamdulillah, kami selamat sampai.

In sha ALLAH kami akan repeat lagi bercuti kat sini...
Serius berbaloi...


No comments: