Wednesday, August 12, 2015

Holiday 2015 - Cherating

Salam readers...

Awal pagi kitorang bangun.
Kitorang deal, siapa yang bangun awal, kejutkan yang bangun lewat.
Kitorang tak tetapkan pukul berapa.
Maknanya kalau yang awal tu bangun kul 6 pagi, maka dia kena kejutkan yang sorang lagi tu.
Hihihi...

Pagi tu Kekna bangun awal.
Tapi Kekna malas nak kejutkan si dia tu.
Biar je dia tido puas-puas sebab dia kan kena drive nanti.
Heheheh...

Kekna bangun, kemas-kemas barang, tetibe phone Kekna berbunyi.
Kawan Kekna tu call.
Tunggu dia bersiap kejap sebab kitorang nak keluar breakfast.


Wajah tuan tanah ceria jeee sepanjang bercuti nih. 
Haruslaahhh kan.
Time bercuti mestilah ceria. Mana boleh masam-masam.

Kekna mintak dia cari kedai-kedai dalam kampung.
Kekna taknak makan kat restoran.
Maka, kami keluar-masuk kampung orang.
Dan akhirnya kami terjumpa 1 kedai ni.
Lupa dah nama apa. Ate dah lama kan. Huhu..



Dua-dua makan nasi minyak.


Masa memula sampai, kedai ni takde orang pun.
Hari orang bekerja kan.
Tapi by the time kitorang nak makan je, tetibe ehhh, penuh lak kedai.

Dah habis makan, kitorang jenjalan sesaja kat bandar Kuantan tu.
At the same time cari rumah urut.
Penat badan hoiii...
Kalau massage ni, sedap jugak.
Cari punya cari, banyak kedai urut ditutup.
Kalau ade pun, diorang tak urut lelaki.
Dah tu cemana? Kesian laa kawan Kekna tu.

So, kitorang decided untuk balik semula ke hotel dan rehat sementara menunggu waktu check-out.
Dah sampai bilik, ape lagi terbongkang laa Kekna tido.
Perut dah kenyang kan. Bilik pulak sejuk & sunyi.
Heaven sungguh!!!

Pukul 12, kitorang check out.
Itupun kitorang takdelah terus ke destinasi.
Kitorang berjalan-jalan lagi sehinggalah sampai di Pantai Teluk Cempedak.
Kitorang sampai tu tengah-tengah matahari duk betul-betul atas kepala.
Merasalah kan bahang hazabunnn tu.




Banyak sebenarnya gambar yang kitorang amik.
Tapi malas nak upload.. hahahah... 
Tunggu je la Kekna upload dalam fb.

Lepak-lepak, minum-minum...
Pukul 2 petang barulah bertolak ke destinasi yang dinanti-nantikan.
Tapi kitorang sempat singgah di kedai makan tepi jalan untuk lunch.
Nasib baik la mamat nih tak cerewet bab makan bila bercuti kali ni..
Dia kan healthy freak.
Hohoho...


Welcome to CASA TITIK!
Yeayyyy!!!

Sekejepan je dah sampai kat sini.
Dari Teluk Cempedak ke sini amik masa dalam 40 minit je.
Dekat aje....
Nampak je Casa Titik ni, terus rasa excited gile!

Kekna amik bilik Premier Room sebab bilik deluxe dah habis.
Si dia sempat sambar deluxe room.
Tapi takpelah. Premier pun premier la.
Yang penting boleh duduk dengan selesa.

Premier room rate : RM240/night.
Deluxe room rate : RM180/night.

Kitorang stay kat sana 3 hari 2 malam.
Itupun rasa tak puas lagi...
Huhuhuhuhu....

Staff kat sini semua ramah-tamah.
Baik lak tu....
Senang nak mintak tolong apa-apa.
Serius Kekna suka sangat-sangat dengan environment macam ni.


Amik gambar dulu sat.
Pastu masuk dalam bilik masing-masing.


Keadaan dalam toilet.
Bersih...


Ada almari 2 pintu menghadap katil..


Besar kan bilik ni...
Katil pulak besar.
Heaven nye boleh conquer katil sensorang...



Bestnya suasana macam ni kan...
Redup dan sejuk...

As usual, perut dah kenyang.
Lagipun ikut itinerary, time macam ni takde plan lagi.
So, bolehlah tido.

Bagi Kekna, inilah sebenar-sebenar percutian.
Sebab totally rehat dan tak stress.
Makan, tido, tengok tv, rehat, beriadah.
Indahnyeee dunia...


Dah bangun dari tido...
Bukak pintu balkoni dan tengok pemandangan kat luar.
Sunyi sepi je uolsss..
Angin pun sepoi-sepoi bahasa je...


Nun dihujung sana adalah pantai.
Nampak je jauh tapi sebenarnye dekat gilossss...


Sebelum keluar bilik, kemas mana-mana yang patut dulu.
Kekna suka organize kan benda-denda macam ni sebab nanti senang nak amik.


Si dia hantar pic dalam bilik dia.
Nampak selesa jugak...


Paling dia suka sebab boleh tengok-tengok kereta baru kesayangan dia.
Kereta ape??
Rahsia.... hahaha.. Itupun nak berahsia kan... puiiii..



Petang sikit barulah Kekna turun mandi kolam.
Si dia duk membuta lagi kot atas tu...


Seronoknye conquer kolam sorang-sorang...

Dah puas mandi kolam, kitorang berdua menuju ke pantai pulak..
Jalan kaki je sebab dekat bebenor.


Tadaaaaaa!!
Seronoknye....seronoknyeeeee....
Dah la takde orang.
Sepanjang-panjang pantai tu, kami berdua je yang ada.


Bentang tikar sat.

Pastu terjun lauttt!!!
Hoyehhh... *ciken dance


Muke pompuan jakun dah lama tak mandi laut...
Hihihi...

Lepas maghrib, barulah kitorang balik ke bilik.
Rehat-rehat kejap pastu siap-siap untuk keluar makan malam pulak.



Ootd...
Ramai yang kata Kekna dah kurus sikit..
Ye, masa ni berat badan Kekna susut 10 kg dari berat sebelumnya.
Banyak kan...

Ramai jugak yang tanya kat mana Kekna beli outfit ni...
Murah-murah je uolsss...
Kalau baju atau seluar, memang Kekna beli yang murah-murah.
Brand giant pun Kekna beli.

Macam baju kat atas ni dress tu Kekna beli kat carrefour.
Cardigan tu pun sama.
Tapi kalau handbag dan kasut, memang Kekna beli yang branded sebab Kekna akan pakai sampai lunyai.

Dah datang ke pantai timur, haruslah makan seafood kan....
Receptionist kat Casa Titik tu ada bagi cadangan untuk kitorang makan malam kat Seri Mahligai.
Kitorang guna waze je untuk kesini.
Senang...


Tadaaaa... dah sampai....


Laici ais untuk Kekna, teh panas untuk dia...


Ketam telur asin.
First time makan. Favorite si dia ni...
Sedappp okeh!


Siakap 3 rasa.


Sotong goreng tepung.


Ni semua yang kitorang makan.
Makan berdua je, pastu mulalah kenyang melampau...


Muke ceria perut dah kenyang....
Serius puas hati makan kat sini.

Habis makan, kitorang balik ke Casa Titik cepat-cepat sebab kitorang ada plan lain pulak.


Singgah dapur Casa Titik jap tangkap gambar... hihihi...


Kat Casa Titik ni ada macam-macam tau.
Kat sini konsepnya seperti rumah.
Ada ruang tamu, ada dapur, bilik, mini library, meja snooker, dan paling penting tempat untuk berkaraoke!
Nak guna semua ni, boleh...
Dan ianya percuma saja!
Seronok kan!!




Apelagi, sampai lewat malam la kitorang karok.

Serius kat sini memang best!!!
Langsung tak rasa macam pergi holiday.
Kitorang rasa macam kitorang ni duk rumah banglo besar yang ada orang gaji, then kitorang tak bekerja sebab mak ayah kaya dan kitorang boleh buat ape je yang kitorang suka...
Tak ke heaven percutian macam ni??

Depan kaunter reception pulak ada ruang tamu kecik dan tv yang ada semua channel astro.
Malam tu kitorang berdua lepak kat situ je tengok tv.
Dia duk kerusi sana.. Kekna duk kerusi sini...
Lupa pulak nak amik gambar area situ sebab syok sangat terlentang tengok tv.
Hahahah...

Lewat malam barulah masing-masing masuk bilik sendiri...
Esoknya kitorang ada aktiviti best jugak!
Nak tahu ape??
Tunggu!
Hahahha... perasan macam ade orang baca blog kau kan, Diana! :P




No comments: