Thursday, August 13, 2015

Holiday 2015 - Kemaman

Salam readers...

Good morning uollsss!!
Ok, kite sambung terus cerita holiday Kekna yang dah masuk hari ke-3.

Macam biasa Kekna bangun awal.
Ikutkan hati nak je bangun lewat tapi nak breakfast dulu kan..
Tido tu bila-bila pun boleh.
Kekna try call si dia tapi tak dapat pulak.
Owh, btw line kat sini agak slow ye.
Tapi Kekna tak kisah pun sebab jarang pegang phone kan.
Kalau update fb pun tunggu je bila keluar jenjalan.

Lepas bangun tido, terus Kekna mandi.
Siap-siap, pastu turun pergi dapur.
Dapur ye... bukan cafe.
Nanti bagitau no bilik kat kakitangan Casa Titik.
Diorang akan prepare kan breakfast yang kita dah pilih masa mula-mula check in aritu.


Breakfast.
Yang lain semua sedap kecuali hash brown tu.
Terlalu kering. Tapi takpelah. Yang penting kenyang.


Semua layan diri ye.... Amik cutleries sendiri, buat air sendiri...
Eh, semua sendiri laaa... hihi...


Ni atas kabinet dapur.
Makan je apa yang ada kat situ...
Sebijik macam kat rumah...


Diorang sediakan 2 jenis air.
Kopi dan teh.
Kalau nak ais kosong, amik sendiri dalam peti ais.


Keadaan kat dapur.
Kemas dan bersih.
Trust me, kat sini memang tenang dan bersih!

Kekna dah habis makan, barulah si dia turun.
Tunggu dia habis makan dulu.
Pastu kitorang pergi jenjalan kat tepi pantai.
Kan dah cakap semalam, pantai memang dekat.
Cuaca pulak redup-redup je.
Memang best sangat laaa kalau nak bersantai sekejap.





Sejam lebih jugak la kitorang bersantai kat pantai tu.
Pastu sambung lepak sambil rendam kaki dalam kolam pulak...


Pukul 11 lebih, masuk bilik dan bersiap-siap untuk ke Pekan Kemaman!
Kekna google kafe Hai Peng sangat femes kat sana.
Banyak lak tu dia punya cawangan. Sampai tatau nak singgah yang mana satu.


On je waze dan sampailah kitorang di sini....




Kekna punya...
Seafood aglio olio.


Dia kan suka makanan-makanan berkhasiat ni.
Ini je yang dia order untuk makan tengahari.
Dia kata makan ni pun dah kenyang.
Ok fine...


Mamat kat belakang tu ensem.
Dah la bawak ford ranger...
Rugi tak ngorat.. Eh! 
Hahahah.. :p

Dah habis makan, kitorang jalan-jalan sekitar Kemaman & Cherating.
Kitorang nak booking Hafiz Firefly Tour untuk malam tu.
Saje je la kan... Asik terperuk je dalam resort tu.
Nak jugak menikmati akiviti malam kat tempat orang.


Hafiz Cherating Activities. Gambar amik dari google street view.

Alang-alang dah sampai Cherating tu, kitorang carilah tempat massage.
Ade uolsss!!!
Massage Thai lagi.. Apelagi, teruslah kitorang ber massage time tu jugak.
Lupa nak snap gambar.


Terus print screen gambar pusat urut ni dari google street view. Hihii...
Nama pusat urut ni tak ingat pulak...

Si dia actually dah bagi warning, massage Thai ni sakit sikit kalau nak compare dengan balinese massage.
Kekna pulak memang biasa berurut kan.
So rasa macam takde apa-apa la kot.
Rupa-rupanya.....Tubuh dinodai sekeras-kerasnya ok... menjerit-jerit Kekna...
Tapi seronok. Hahahaaha... gilosss..
Teringat masa dia picit bahu Kekna.
Punyalah sakit sampai tahap Kekna tergelak.
Bukan tergelak sebab suka tapi sebab menahan sakit yang teramat sangat. Huhuh...
Lepas massage tu, terus rasa ringan badan.


Kebetulan pulak selang 2-3 buah kedai urut tu, ade kedai menjual cenderamata.
So, Kekna singgah kejap beli fridge magnet.
Bagi kat kengkawan dan family.

Kitorang dah kesuntukan masa sebab plan lepas ni nak cari satar pulak.
Nasib baik otw balik ke Casa Titik tu, terjumpa gerai jual satar kat tepi jalan.
Terus singgah la jawabnya...


Yeayyyy... dapat makan satar!

Petang tu, once again kitorang lepak kat pantai.
Dah malas dah nak amik gambar.
Plus ada sekumpulan lelaki duk main bola pantai dekat dengan tempat kitorang melepak.
Rupa-rupanya diorang pun stay kat Casa Titik.

Kitorang dimaklumkan untuk berkumpul di tempat Hafiz tu pukul 7:30 malam.
Dah lepak kat pantai, kitorang balik ke bilik dan bersiap-siap ke Cherating semula.


Gambar ehsan dari blog Hafiz Cherating Activities.


Sebelum naik bot, haruslah kena pakai safety jacket ni dulu.

Eh, lupa nak bagitahu.
Harga tour ni untuk seorang RM35.
Masa booking tu kena bayar deposit.
Nanti bila nak daftar, barulah bayar baki yang ada.


Tak sabar.... tak sabarnyeeee nak tangkap kelip-kelip.....

Kitorang naik bot dalam pukul 8:30 malam.
Seronok oohhh dapat tengok kelip-kelip.
Rasa tenang je.
Kekna dapat tangkap sekor. Hihihi...
Pastu Kekna lepaskan je.
Excited gile kot masa dapat tangkap tu.

Sekejap je tour tu sebenarnya.
Habis tour, kitorang pergi dinner.
Perut lapar...


Kali ni kitorang makan ikan bakar.
Sedappp oiii..
Tapi kebetulan pulak malam tu ntah tetibe ada banyak pulak tebuan.
 Masalahnya tebuan tu asik jatuh dekat Kekna je.
Takde pulak tebuan tu pegi kat si dia... Stress Kekna..
Huhuh..


Actually kan ade isu tau Kekna bercuti kali ni.
Isu nya bila ada kawan dalam fb tetibe nak condemn Kekna.
Tapi Kekna tak amik hati pun.
Maybe dia tatau holiday Kekna ni parent Kekna pun dah tahu awal-awal.
Sebulan sebelum holiday, Kekna dah cakap dengan parent.
Daddy Kekna siap cakap,
"Eloklah pergi holiday... Tenang-tenang..."

Tapi kawan dalam fb tu kemain lagi mengata macam kan dia kenal Kekna pulak...
Kitorang dah la tak contact sesama sendiri.
Habis sekolah terus senyap.
Tetiba dia nak mengata macam-macam pulak.
Semoga ALLAH swt ampunkan dosa beliau.

Next holiday pun Kekna dah bagitahu parent jugak...
Diorang ok je...
Tak sabarnyee...... :)






1 comment:

Mimy Hamid said...

mcm enjoy je kemaman ni tak sangka lak ada massage