Tuesday, August 11, 2015

Holiday 2015 - Kuantan

Salam readers...

Gigih ni nak update belog. Padahal tengah busy gilosss...
Phewwww...

Terlupa nak kongsi citer pasal holiday Kekna on June hari tu.
Kekna bercuti dari 14 June 2015 hingga 17 June 2015.
Tinggal sikitt dahhh cuti iollsss... T___T
Every year kan memang Kekna akan pergi holiday.
Saje amik angin luar, orang kate.
Masa bercuti ni memang Kekna 100% lupakan pasal kerja.
Bercuti puas-puas.
Kali ni Kekna bercuti dengan kawan Kekna.

Pagi tu Kekna bangun awal.
Yela, orang tu kate nak bertolak awal.
Dah la barang packing last minit...
Kelam kelibut semua.. hahaha...

Sebelum bertolak ke Kuantan, kitorang breakfast kat NZ Curry House, Wangsa Maju.
Uihhh, jauhnye breakfast kan. Kekekek...
Bukan selalu gaisss...


Menu pagi kami....

Pukul 9 lebih, kitorang bertolak ke Kuantan.
Gamble je ni sebab kitorang tak booking hotel ke ape.
Plan nak cari hotel biase je yang dekat dengan bandar sebab hanya untuk bermalam dan rehat-rehat.


Dalam kereta... yeayyy!! Holiday mode is ON!

Bertolak pukul 9 lebih, by the time pukul 12 tengahari, kitorang sampai di Kuantan.
Alhamdulillah jalan tak jem sangat.
Pusing-pusing tengok bandar Kuantan dulu.
Kecik aje bandarnye.
Kitorang yang baru sampai ni pun sekejap je boleh hafal jalan kat sana.

1st thing masa sampai Kuantan, kitorang cari tempat untuk lunch.
Search tempat-tempat yang femes but murah.
Kali ni kitorang try not to over budget sebab kitorang holiday just nak tenangkan fikiran dan enjoy life without thinking about office and work.
Eh, TERspeaking laksss... kihkihkih..

Google punya google, search dalam waze jugak, terjumpa la satu restoran ni... 
Restoran Mabiq.
Sebenarnya kat sini ialah maahad tahfiz Al-Quran & akademik anak-anak yatim dan fakir miskin.
Ramai gile kot yang datang makan kat sini.
Parking pun susah nak dapat.
Meja pun asik penuh je.
Tapi nasib baik laa time Kekna sampai tu terus dapat parking kereta dan meja.
Semuanya kena self service ye.
Air pun kena amik sendiri.
Tapi trust me, makanan kat sini semua sedap-sedap dan murahh!
TER over murah.



Total untuk kedua-dua pinggan nasik, teh ais satu dan sirap ais satu = RM12.50!!!
Terkezuttt mak okeh!
Sape kata kat Malaysia ni takde makanan murah.
Ade okeh!!
Antara rajin dan malas je nak cari.

Dah kenyang, barulah kitorang cari hotel.
Bajet bawah RM120/night.

Cari punya cari, nampak la hotel Skytree Kuantan.
RM90/night. Ok sangat-sangat lerr tu kan.
Dah la dekat sangat-sangat dengan bandar Kuantan.
3-4 minit je nak pergi ke East Coast Mall.

Kitorang amik 2 buah bilik.
Bilik Kekna takde tingkap.
Memang Kekna suka laaaa sebab tido sensorang kan.
Idok lerr rasa seram sangat. Hihih..



Toilet ada hose ok!
Itu yang penting.
Kalau tak, nak berak pon tak selesa. Huhuhu...



Boleh tahan la hotel ni sebab hotel baru kan.
So, perabot semua baru. Bilik pun kemas, selesa dan bersih.
Kot la sesape yang nak bercuti dengan bajet yang sedikit, Kekna sangat-sangat-sangat recommend this hotel.
Tapi jangan lerr pulok amik bilik takde tingkap macam Kekna ni.
Duk sorang-sorang boleh laaa bilik camni.
Kalau dah berdua tu, tak best la kan.
Amik la bilik besar sikit. Boleh tergolek jauh sikit.
But still harga kat sini murah.

Dah check in tu, haruslah rehat-rehat kejap.
Kekna sempat la terlelap sementara nak kuar semula nanti.

Lepas asar, kitorang keluar pergi East Coast Mall.
Jalan-jalan dan marathon tengok 2 movie.
Jurassic Park & Insidious Chapter 3.

Actually sebab ni laaaa Kekna sukaaaaa sangat dapat bilik yang takde tingkap.
At least nak tido tak takut sangat mengingatkan balik citer Insidious tu.
Yang si member tu pulak mulut puaka pergi usik-usik Kekna.
Hoiiihhh...


Sebelum tengok wayang, kitorang isi perut dulu makan tako tao.
Nyumssssss!
Nak makan malam pun, still awal lagi.
Lepas tengok wayang nanti, barulah dinner.


Kami...
Eh, kena blur kan muka dia. Taknak reveal lagi.
Kekekeke... :P


Kami lagi.
Sebelum movie Jurassic Park (JP) start.

Masa tengok JP ni, kemain Kekna terjerit-jerit...
Kawan Kekna dah risau dah.
Kalau movie JP ni pun terjerit-jerit, nanti tatau la cemana time tengok Insidious.
Hahaahaha...
Tu la, Kekna dah cakap tak nak tengok wayang malam-malam.
Kan dah takut...
Tapi kannnn... masa tengok Insidious tu, bukannya Kekna yang terjerit.
Kawan Kekna tu yang terjerit.
Kuat lak tu... hahahaha..

Habis tengok wayang, barulah kitorang pergi dinner.
Kitorang makan kat Nando's.


Tengok la hasil kesenian ittew...
Dah macam bentuk lipas dah Kekna tengok. Huhuhu...


Kawan Kekna pulak minum teh je.
Dia ni takleh minum air sejuk. Nanti batuk-batuk.
Plus dia ni jenis healthy freak.
Nak makan yang healthy healthy je.
Stressss iolssss....
Pastu terjeling-jeling tengok Kekna minum ais. Dah kenapa?
Heyy hellowww, iolsss suka minum ais.
Sila terima iollss seadanya. Gittew.



Ni makanan healthy dia.
Kekna tatau la healthy kat mana.
Dia kata ada carbo and protein.
Ok fine... healthy laaa sangat!

Pukul 11 malam, kitorang balik bilik masing-masing.


Nasib baik Kekna boleh tido lena.
Conquer katil king sensorang adalah sangat heaven!
Serius best! 

Total habis duit pun tak banyak sebab memang bajet sangat-sangat kan.
Seronok betul holiday macam ni.

Esoknya kitorang check out dan menuju ke satu tempat lagiiiiiiiiiiiiiiiii heaven!
Awal-awal kitorang booking.
Nak tahu kat mana?
Tunggu next entri ya! Hihihi...

No comments: