Monday, August 24, 2015

Makan-makan dan jenjalan di Mid Valley

Salam readers...

Haritu Kekna ada kuar jenjalan dengan Kak Siti.
Al-maklum laa kekadang bosan jugak duk kat rumah ni.
Pastu datang pulak mood malas nak masak.
So, Kekna dan Kak Siti together gether cari makan kat luar.
Sambil-sambil tu haruslah shopping kan.
Kitorang pergi ke Mid Valley.

Benda pertama yang terlintas masa sampai Mid Valley, kitorang cari makanan untuk breakfast dulu.
Perut memasing lapar ni.
Kitorang singgah kat  Belanga.

Jom tengok ape yang ada kat Belanga tu...









Takde lah mahal sangat kan....


Kekna order ini.
Sedap. Murah dan paling penting portion banyak...
Kenyang sungguh-sungguh lepas makan nasi goreng ni.


Udang fresh uolsss...
Kekna makan nasik dulu. Udang ni makan kendian. Hihii..


Kak Siti order nasi tumpang.
Dia cakap sedap jugak la...



Kak Siti...


Kekna...

Dah makan, kitorang shopping kat Nichii.


Sempat la sambar 2 helai baju.

Owh, semalam kan Kak Siti pergi Nichii lagi tau.
Pastu dia tunjuk baju-baju yang dia beli.
Lawa hohhh!
Ya ALLAH, menggelupur ni nak beli.
Tapi itulahhh... kena tunggu gaji dulu.
Sekarang ni Kekna kena jimat.
Ada 2 kali vacation sedang menanti nih!
Kat mana?? Tak leh habaq lagi.

Semua benda dah di booked untuk kedua-dua vacation tu.
Parent Kekna pun tahu Kekna nak kemana.
Senang pergi dengan orang-orang bujang ni.
Set je bila-bila nak pergi, kompem available.
Ada duit, semua jalannn je.
Alhamdulillah ALLAH swt permudahkan perjalanan hidup Kekna selepas apa yang dah berlaku.
Bersyukur sangat.

Eh! Tetibe termelalut ke lain pulak ye.
Kekekeke...

Actually hari tu banyak jugak yang Kekna shopping.
Pastu lepas shopping makan lagi.
Lepas makan, sambung shopping lagi dan begitulah sehingga petang hari.
Agak-agak dah lama bebenor bertapa dalam MV tu, kitorang pun balik dengan senang hati.
Maunya tak senang.
Berbeg-beg plastik kitorang bawak balik.
Banyak benor shoppingnya.


Tapi sebelum balik, sempat singgah di Sumptuous Dessert.
Beli durian crepe.
Tetibe rasa teringin pulak nak makan durian crepe ni walaupun perut dah over kenyang.
Best sangat uolsss...

Ok, tu je nak citer.
Takde modal la nak buat lawak...
Hahaha... ok, tak klaka!

Bai!

No comments: