Monday, August 17, 2015

Projek aiskrim Malaysia... nyumsssss

Salam readers...

Selalunya setiap hari Jumaat tengahari, pompuan yang bekerja ni mesti amik peluang keluar dari opis kan?
Yang lelaki pulak memang wajib pergi solat Jumaat.
Kalau pergi jalan TAR tu, huiiihhhh, ramainya lautan wanita-wanita disana di saat para lelaki bersolat di masjid.

Opis Kekna ni jauh dari bandar.
15 minit kalau naik LRT.
Kira jauh la tu.... 30 minit pergi balik kan.
Sebab tu kekadang kitorang terjah NU Sentral.
Tapi kekadang tu malas pulak nak keluar.
Kang kalau asik keluar je, ade pulak yang bising.
Al-maklum laaa sesetengah manusia ni takleh tengok orang bersenang-lenang sikit.
Mesti sokseksoksek mengumpat kat belakang.

Kesahnya, 05 Jun 2015 (dah lama kan peram citer ni... hohoho...) Kekna dan geng avengers plan nak buat 1 projek...
Projek yang dah lama jugak kitorang plan tapi tertangguh-tangguh nak buat.
Projek aiskrim 1 Malaysia.

Dah lama kan tak nampak aiskrim Malaysia?
Memasing teringin nak makan aiskrim milo, asam boi....
Ape lagi, ade masa terluang kitorang terus pergi beli barang-barang.

Sebaik saja lelaki-lelaki opis kuar pergi solat Jumaat, teruslah kitorang start projek kitorang.





Kitorang buat 3 flavors.
Milo, laici dan asam boi...
Yang laici tu kitorang letak buah laici kat dalam tu.





Tadaaaaaaa...

Dah siap.
Pantang ada kelapangan, mesti kitorang akan makan aiskrim ni...
Guess what, aiskrim milo yang paling laku.
Of course la kan...
Aiskrim lejen tuuu...

***SAU bijjjes, jom buat aiskrim lagi...
Sleeping bijjj tu dah takleh join dah... disqualified. Hahahha...

No comments: